Wednesday, December 23, 2015

LOMBOK - Day 2

Pagi-pagi dah bangun dan bersiap. Lepas tu pergi breakfast dulu sementara tunggu Pak Ibrahim datang. Pagi ni ke waterfall kita ya! Sebenarnya ada 2 tempat air terjun yang popular di Lombok ni. Kedua-duanya merupakan sumber air terjun dari Gunung Rinjani. Air Terjun Tiu Kelep dan Air Terjun Sendang Gila di Lombok Utara dan pilihan kami ialah Air Terjun Benang Kelambu dan Air Terjun Benang Stokel di Lombok Tengah. Perjalanan dari Senggigi dalam 2 jam lebih.
 
 Jom breakfast dulu
 
 Kayu-kayan
 
 Masjid Riyadhussolihin, Lombok Tengah
 
Pemandangan
 
Sampai je kat sana Pak Ibrahim suggest kitorang tapau dulu nasi untuk bawak ke air terjun. Harga makanan kitorang dalam Rp35,000 je (RM11). Lepas tu, pergi ke kaunter dan bayar entrance fee ke air terjun. Ada banyak harga depends on berapa banyak air terjun yang kita nak pergi. Aku decide amik pakej ke Air Terjun Benang Kelambu dan Air Terjun Benang Stokel. Harga entrance fee untuk 2 air terjun tu ialah Rp140,000. Harga tu dah termasuk dengan sorang tour guide. Lepas tu tambah lagi Rp100,000 untuk sewa 2 ojek. Ojek tu motosikal sewa siap dengan rider skali. Kita bonceng je. Yang lelaki boleh pilih ojek lelaki. Yang perempuan boleh pilih ojek perempuan. Jangan nak mengada pilih jantina lain ye. Hihi.

 Tapau lunch dulu
 
 Ojek-ojek menanti
 
 Kedai makan sedap dan murah
 
Entrance Fee
 
Naik ojek lebih kurang 10 minit ke Air Terjun Benang Kelambu. Yang bawak aku ni budak perempuan umur 16 tahun. Badan kecik je. Aku pulak yang takut sbb jln tak elok. Turun naik bukit jalan merah berbatu-batu lagi. Tapi sempat jugak aku selfie atas motor. Kahkahkah. Ok, tak kelakar. Sampai je sana tour guide je yang bawak kami turun. Ojek-girl dan ojek-boy tunggu kat motor je. Trekking 15-20 minit kot aku rasa nak turun ke bawah tu. Turun tangga takde la letih sangat. Bila sampai je bawah....
 
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Masya Allah!!! Cantikkkkknya ciptaan Allah! Memang rasa terpegun melihat keindahan air terjun tu. Sampai je terus lunch dulu. Perut pun dah lapar mintak diisi. Ni lagi satu. Seriusssssss weh sedap gila kot lauk yang kitorang tapau tu. Dah la murah, sedap pulak tu. Tapi tak sempat nak snap gambar. Haha. Lepas makan, buat aktiviti biasa lah. Posing-posing sampai lebam. Hubby aku memang dah plan nak mandi. Dia tu bukan boleh Nampak air. Pantanggggg. Hihi. Sambil posing sambil berendam. Tapi aku tahan kejap je sebab sejuk gila kot. Yelah, air dari gunung kan. Apa yang aku perasan, dekat tempat air terjun jatuh tu akan terbit pelangi kat dalam air. Tapi kalau kita berdiri kat situ je Nampak. If orang yang snap gambar memang takkan perasan.
 




 


Tak ready...
 








 
Lama jugak kitorang habiskan masa kat sini. Nasib tour guide nak melayan aku dan hubby. Kak Jun dengan Abang Mie lepak-lepak kat belah bawah je. Dah puas kat situ kitorang balik ke tempat parking. Lepas tu jalan kaki je ke Air Terjun Benang Stokel. Jalan kaki dalam 10 minit kot. Kak Jun dan Abang Mie tak ikut. Tak larat katanya. Jadi aku je lah pegi. Alang-alang dah sampai kan. Pergi je la kejap. Jam 2.15 kitorang balik ke tempat parking. Bagi la tips sikit kat tour guide aku tu. Nama dia Rajap. Rajap ni ada jugak sediakan kereta sewa dan supir (driver). Dia jugak boleh bawak orang hiking ke Rinjani. Korang boleh hubungi dia kat no ni. +62 852 0542 1370. Boleh la tanya-tanya harga dan nego dengan dia.

 Air Terjun Benang Stokel. Lebih kecil....
 


 #followme
 

 
 On the way balik ke Senggigi, singgah kejap di Sasaku. Sasaku ni kedai souvenir. Kalau nak beli baju t-shirt yang kualiti elok sikit dan kain tebal sikit boleh la beli kat sini. Lawa-lawa design baju kat Sasaku ni. Harga pun takde lah mahal sangat. Hubby beli t-shirt Lombok, aku pulak beli pareo. Lepas tu terus pegi minum petang sambil cuci mata kat atas bukit di Senggigi. Dah nak maghrib tu suruh supir hantar balik ke hotel untuk mandi. Then keluar balik ke Senggigi town. Supir hantar ke town je dan terus balik. Masa ni aku dah separate dengan Kak June. Dia nak massage , aku pulak nak survey bot ke Gili Trawangan. Tips aku : better pegi sendiri ke jeti dan bargain.





End up, aku tak beli pun apa-apa pakej or sewa bot ke Gili Trawangan. Lepas tu perut lapar. Nampak truck martabak terang bulan Seno. Pak supir dah bagitau martabak Seno ni famous dan sedap. Wajib la cuba kan. Hihi. Aku beli banana cheese choc. Harga Rp25,000. Size apam balik besar tu weh. Tapi lagi tebal dan sedapppppp. Dah habis makan kat sini (aku makan kat gerai tu je), jalan kaki nak ke ATM pulak. Tapi malangnya tak boleh withdraw duit. Aku tak tau apa masalah ATM tuh. Tapi kami terjumpa couple dari Malaysia jugak, borak-borak lah dulu kat situ. Tak lama lepas tu ada sorang lagi budak Malaysia join. Dia dah penah jumpa couple Malaysia tu.

 Senggigi
 
 Senja di Senggigi
 
 Sate. Yang kiri tu ala-ala ketupat lah..
 


 Keluar balik
 
 Harga shuttle bus dan boat service
 
 Martabak Terang Bulan Seno di Senggigi
 


Borak-borak lah dari depan ATM sampai lah ke kedai makan. Hahaha. Diorang dah balik dari Gili Trawangan. Banyak la tips-tips yang diorang share dengan kami. Sebelum tu aku dan hubby pinjam motor diorang kejap nak ke ATM CIMB Niaga yang terletak tak jauh dari Senggigi. Lepas tu janji nak jumpa di kedai makan je. Diorang tunggu sana. Makan la pulak sambil borak-borak lagi. Diorang suggest aku naik public bot je lebih murah. Dah habis makan diorang pun gerak balik ke hotel. Aku dan hubby jumpa Kak June dan singgah di Martabak Seno lagi. Singgah kat mart beli barang sikit. Lepas tu jalan kaki je balik ke hotel. Masa tu lebih kurang jam 12 tengah malam. Jalan masuk ke Bumi Aditya Hotel tu gelap dan sunyi sikit. Tapi sebab kami berempat, aku berani la jugak. Kalau berdua je harus la aku naik taxi je balik. Hihi..


 Kak Senduk dah bukak hotel kat Lombok?!
 
 Map hotel di Senggigi
 


Bumi Aditya Hotel

Balik ke bilik untuk rehat dan zzzzzzzzzzzz. Esok nak ke Gili Trawangan. Yeayyyy!


Bersambung,


Xoxo

 


Tuesday, December 08, 2015

LOMBOK - Day 1

Last month, sempena wedding anniversary, macam biasa lah aku dan hubby dah plan nak bercuti. Kali ni destinasi pilihan kami ialah Lombok, Indonesia. Sebelum ni orang-orang Malaysia tau pasal Lombok pun sebab katanya ada anak gadis Malaysia yang dibawa lari ke Lombok. Aku pun tak tau kenapa aku pilih Lombok tapi rasanya sebab aku dan hubby kan prefer pantai. Bila tengok gambar Gili Trawangan terus jatuh cinta. Google lagi, jumpa Air Terjun Benang Kelambu pulak. Cantikkkknya.
 
Ok, tiket dah dibeli awal masa promo Airasia tahun lepas. Hihi. Nak murah kan kena la plan dan beli tiket awal. Dapat lah RM165/sorang untuk return ticket. Aku pergi berempat. Kak Jun dan suami pun join sekali. Flight dari KL jam 8.40 pagi.
 

Hotel dan sewa mobil aku dah setelkan awal-awal. Hotel beli dari Agoda je. Lama jugak la aku memilih hotel yang sesuai dengan bajet kitorang. Flight ok, takde delay. Aku risau jugak kalau delay sebab tengah jerebu masa tu kan. Sampai di Airport Lombok lebih kurang jam 12 tengahari. Pak Ibrahim, supir kami di Lombok dah menunggu kat luar.
 
 Dari dalam flight
 
 Pak Ibrahim
 
Welcome to Lombok Sumbawa
  
Tempat pertama yang dituju mestilah tempat makan. Sebelum pergi jalan baik lah isi perut dulu. Baru best. Hehe. Pak Ibrahim bawak singgah makan Nasi Balap Puyung. Tak jauh pun dari airport.
 

 Nasi Balap Puyung (Plus Ayam Kampung)
 
 Nasi Ayam Kampung
 

Antara menu yang ada
 
Pendapat aku yang cerewet bab makan ni, nasi balap puyung ni sedap! Dah la sedap murah gilaaaaaa pulak tu. Menyesal aku pilih nasi ayam kampong je. Pastu tak puas hati curi ayam balap puyung hubby. Hehe. Harga dalam 5 ringgit lebih (Rp16,000) je. Kak Jun excited sangat sebab murah gila. Lepas dah kenyang makan, kitorang teruskan perjalanan meneroka Selatan Lombok ni. Mula-mula ke Sasak Village.
 
Sasak Village ni kira perkampungan orang-orang asal Lombok iaitu suku Sasak. Masih berpegang teguh pada adat perkahwinan Lombok dan uniknya rumah mereka diperbuat dari simen dan dicampur tahi lembu. Takde entrance fee tapi boleh la derma seikhlas hati. Kat sini jugak ada jual souvenir dan kain-kain tenun. Nasihat aku, pandai-pandai korang la nak gunakan still menawar terhebat kat sini. Hihi.
 

 Tulis nama dulu
 
 Sasak Village
 
 Souvenirs
 
 Kain tenun
 
 Kain tenun lagi
 

 Dapur
 
 Dalam rumah
 
 Pintu memang sengaja dibuat rendah supaya tetamu yang masuk menundukkan kepala, sebagai tanda hormat kepada tuan rumah
 
 Akak menenun
 
 Antara bahan-bahan tenun. Yang aku kenal kapas je. Hihi
 
 Masjid di Sasak Village
 
Dah habis tour Sasak Village

 
Ok, jom teruskan trip Selatan ke pantai pulak. Yeayyyy! Mula-mula kami singgah di Tanjung Aan. Pantai di Tanjung Aan ni cantik tapi banyak rumpai laut. Ada jugak peniaga-peniaga di sini. Kami minum air kelapa, sebiji tak sampai RM5 (Rp15,000). Ok la tu kot. Diorang pun tau kita ni pelancong kan. Jom layan pic Tanjung Aan dulu.
 
 Batu Payung tak sempat pegi sebab kena naik bot bagai :(
 
 Tanjung Aan yang cantik
 
 Pantai di belah kanan
 
Pantai di belah kiri
 
 Sebiji kelapa di Tanjung Aan
 
 Kat sini pun sempat shopping *__^
 
 

 Pondok di Tanjung Aan
 
Damai di Tanjung Aan
 
Lepas tu singgah pulak kat Pantai Kuta. Jangan salah paham ye. Ni bukan Kuta kat Bali tu tapi Kuta di Lombok. Kat sini ramai budak-budak kecik yang meniaga. Jual gelang-gelang. Dia akan ikut je sambil paksa-paksa beli. Kalau tak nak beli tak yah la layan or tanya-tanya ya. Kalau tak sampai ke sudah la dia ikut bontot korang.
 








Dah puas di Pantai Kuta, Pak Ibrahim bawak pulak kami ke Pantai Mawun. Snap gambar kejap je. Banyak anjing kat sini.




 Pantai Mawun
 


Jam 5.45 ptg kami ke Pantai Selong Belanak. Masa ni hari pun hamper gelap. Pak Ibrahim ajak gerak cepat sebab nanti kalau malam jalan kat situ sunti, gelap dan selalu berlaku rompakan. Mula-mula aku ingatkan Pak Ibrahim saje nak takutkan kami, tapi rupanya memang betul. Kawasan tu kerap berlaku rompakan terhadap pelancong terutamanya pelanncong omputih. Make sure korang hati-hati kalau nak ke sana ya. Jangan pergi malam-malam pulak.
 

Sunset di Selong Belanak
  
Perjalanan ke Senggigi lama jugak. Dekat 2 jam ke lebih. On the way tu, Pak Ibrahim berhenti di Ampenan sebab kami dah tak tahan sangat nak makan martabak terang bulan. Hihi.
 




 Ala-ala apam balik. Tapi ada pisang, cheese parut dan chocolate rice. Cheese pun tak kedekut. Hihi.
 

 Martabak Terang Bulan. Sedappppp weh. Rp25,000
  
Singgah dinner di Nada Alam Nyaman. Makan ayam taliwang. Salah satu makanan khas Lombok yang popular. Harga Rp272,000 untuk 4 orang. Mahal sikit lah. Tapi standard harga untuk pelancong la kot.
 
 





Lepas tu baru check in hotel. Lebih kurang jam 10 mlm. Nasib baik lah aku memang dah bagitau yang kami check in lewat. Kami dok 2 malam di Bumi Aditya Hotel, Senggigi. Harga di Bumi Aditya Hotel tu lebih kurang RM80/malam (termasuk breakfast). Ni harga utk bilik standard double aircond. Kalau yang takde aircond dalam RM50+ je.
 
Bumi Aditya Hotel
 
Lepas check in terus masuk bilik dan berehat. Esok nak ke air terjun pulakkkkk..

 
Bersambung...
 
Xoxo,