Tuesday, November 01, 2011

Phuket :: Part 1::


2nd wedding anniversary tahun ni, saya dan hubby plan nak ke Phuket. Last saya ke Phuket dalam13 tahun lps kot. Hehe. Masa tu baru form 2 gitu. Hubby pulak 1st time ke Phuket. Flight kami jam 7.25 pagi, hujan lebat masa ni kat lcct. Tapi flight tetap ikut jadual.

Sampai di Phuket International Airport dlm 8.00 pagi (waktu Phuket, waktu kat Phuket ni lewat 1 jam dari Malaysia). Keluar je dari cop passport kat imigresen, ramai la agen yg menunggu kat luar tu, dok tanya kalau kami nak taxi etc. Kami ikut salah sorang tu pergi kat kaunter, biasa la... Die dok promote pakej Phi Phi Island, Phuket Fantasea etc. Harga memang cekik darah la sikit tapi boleh bargain. Saya tetap berkeras taknak pakej, just nak taxi. Last-last diorang bagi pakej Phi Phi island + lunch untnk 2 persons B2400 dengan free taxi ke hotel (1 way je.. hehe). So kami dapat pakej ke Phi Phi Island by ferry dalam B900 sorang, which is bole dapat kat area patong beach dlm B700 SAHAJA.


Kawan-kawan, plz take note ya tak payah la amik apa2 pakej kat airport or mana-mana tempat yg driver taxi tu bawak. Beli je kat patong beach. lagi banyak choice, if pandai bargain mmg akan dapat murah.. Hehe


Dalam sejam perjalanan, kami smpai di hotel. Kami dok di Silver Resortel, Patong Beach. Booking from agoda, recommended. Staff sangat helpful, lembut je. Tapi if muslim, plz take note JANGAN amik breakfast sekali sebab menu diorang ada pork jugak. Takut-takut kot diorang masak guna minyak yang sama pulak... Ewwww..

Kami sampai dalam kul 10 pagi, awal lagi. Check in jam 1 tengahari paling awal. So kami tinggalkan barang-barang kat hotel. Start berjalan di area patong beach tu. Singgah every booth yang jual pakej, riki-riki harga dulu. Then last-last lepas jauh berjalan, kami decide nak beli pakej Phuket Fantasea Show + Dinner Buffet dengan 1 lady ni. Rata-rata harga pakej Phuket Fantasea yg diorg bg ialah B1700. Ada la 2,3 booth bagi B1600.Tapi kami beli dengan lady ni dapat la B1550 per person... Which is RM155 sorang.

Silver Resortel

Step in Patong Beach.. Both of us wif love <3

Hotel ke pantai tak sampai 200 meter pun. Hehe

Lepas tu dalam pukul 2 ptg, kami balik ke hotel, masuk bilik n rest kejap. Layan pic bilik kami dulu. Hehe.






Dalam pukul 3 ptg kami keluar untuk lunch pulak. Makan kat area patong beach tu, ngadap laut kekdahnya. Kami order air kelapa 2, nasi putih 2, tomyam seafood, sotong chilli, telur dadar. Dalam RM30+. Tomyam sedap,pekat, mengancam.. Hehe. Nama kedai ni ialah
Wai Restaurant No. 6. Halal.

Layan picca makanan yang delicious ni dulu.....





Lepas makan just jalan-jalan sekitar pantai kejap n sambung jalan kat kedai-kedai. Kami berjalan sampai ke Jungceylon, which is jauh la jugak. Tambah dengan sesat lagi. Hikhikhik. Tapi sebab berjalan melalui kedai-kedai kat belah kiri, dan laut kat belah kanan, tak terasa pun jauhnya. Bolehlah exercise sekali kan.

Layan picca di Patong Beach.



Jungceylon, antara mall terbesar di Phuket

Oh btw, saya ada beli hat B200... diorg letak harga B450... mula-mula saya bargain B250... senang-senang je dia bagi, pastu bila dah confirm nak beli saya mintak kurang lagi, pun dia bagi. Beli pulak deco lamp kat Jungceylon. Mostly kedai yang jual deco lamp ni letak harga B1000 untuk lampu tu. Then, sy bargain punya bargain dapat la B500 tapi muka seller tu dah lain macam tau sbb dia bagi kurang mula-mula sampai B800 je, saya mintak jugak B500, last dia bagi B550 tapi saya tetap nak harga yang saya mintak tu. Kekekeke. Saya buat tak tau je, janji dapat harga yag saya nak. Haha.

me wif pink mini bus

Malam tu aktiviti berjalan je kat sekitar Patong n Jungceylon. Plan 1st nite konon-konon nak pegi tengok Simon Cabaret dah cancel sbb rasa takmo g pulak. Kekeke. So malam ni just plan nak makan kat Kusuma. Mula-mula nakg Marina Kitchen tapi tak jumpa pulak address. Sewa motor B200 for 24 hours. Memang dah janji nakg dinner dengan Kak Jun n Abang Mie (kami memang plan nak celebrate wedding anniversary yang kebetulan sama ke Phuket tapi Kak Jun g sehari awal, balik pun sehari awal), so diorang dah pergi pusing-pusing dulu cari Kusuma Restaurant tu, while me and hubby setelkan pasal sewa motor. Then diorang datang balik, bagitau ada orang promote restaurant lain plak. Kat area Kusuma jugak, sebelah-sebelah je. End up tak jadi makan kat Kusuma.

Menu dinner is tomyam seafood, ikan siakap 3 rasa, telur dadar, sotong goreng tepung, nasi 4, air 4.. rm140... Rasa plak so-so je sebab tomyam dia tak pekat mcm tomyam masa lunch. Huhu.

Layan pics yooo.

me wif kak jun

tomyam seafood

siakap 3 rasa

sotong goreng tepung

Balik dinner jalan-jalan naik motor. Singgah Patong Shopping Paradise. Then g hard rock. Snap pic sikit, melawat Rock Shop rikiriki t-shirt and keychain. Huhu. Masa naik moto nak balik ke hotel lalu pulak kat depan Simon Cabaret. Stop jap nak snap pic. Balik hotel n tido.. zzzzzzzzzzzzz

antara club yang bersepah kat Phuket

@ Patong Shopping Paradise


Hard Rock Cafe Phuket

depan bangunan Simon Cabaret Show

2 comments:

  1. salam kenal.

    teringat masa ke sana bulan Feb lalu..

    ReplyDelete
  2. salam yan... best kan Phuket? hopefully dpt repeat lg nnt... 3D2N sangat tak puas.. hehe

    ReplyDelete