Thursday, December 30, 2010

HARIMAU MALAYA BAHAM GARUDA!!!!!!!!!!!

Hello peeps!!

Dari minggu lepas semangat berkobar-kobar nak update blog. Kononnya nak buat 'special entry'pasal Final AFF Suzuki Cup 2010 tapi sebab line kat ofis selow yang amat, semangat berkobar tadi beransur-ansur padam. Bencikkkkkkkkk tawww.

Harimau Malaya vs Garuda.
Malaysia vs Indonesia.

Saya sebagai anak Malaysia sangat la berbangga sampai kembang lubang idung bila Malaysia berjaya dalam Final AFF Suzuki Cup 2010.

1st Final @ Bukit Jalil.

Saya dan hubby gigih beli tiket (ohh saya tipu, bukan kami yang pegi beli tiket tp kwn hubby yang tolong belikan), tapi kami tetap gigih ke Bukit Jalil semata-mata nak menyokong Malaysia secara LIVE!!! Hehe... Game start jam 8.00 malam, hubby pulang dari kerja jam 7.30 malam. Kami bersiap ala kadar, yang penting hakak pakai baju kuning biru okehhh.

Sampai di stadium, ya ampunnnnnnn!!!! Macamana nak masuk ni, orang penuh giler ni. Kami naik ke tingkat atas pulak. Penuh jugak. Hubby ajak turun balik. Kami berhimpit-himpit dan akhirnya dapat duduk jugak. Kat tangga je dek non. Tapi tak kisah la asal dapat tengok pun ok la. Dipendekkan citer, Malaysia kalahkan Indonesia 3-0. Memang gegak gempita la stadium bila Malaysia jaringkan gol. Hakak pun tak ketinggalan ok. Seriously masa tu rasa semangat 1 Malaysia la sangat. Even tak kenal orang sebelah, bila gol boleh pulak bergumbira bersama-sama. *terharu*

Berbekalkan 3 gol, semalam (29 Disember 2010) team Malaysia berkunjung pulak ke Jakarta untuk 2nd Final. Kali ni kami tak dapat tengok live. Tengok kat tv je la. Tapi tetap semangat pakai baju kuning. Hehe.. Akhirnya lepas 90 minit, Malaysia menang dengan agregate 4-2. Memang saya orang paling kuat menjerit sambil melompat kat rumah. *ye saya over*. Rasa nak menangis tau sebab akhirnya kita dapat buktikan kat Indonesia biar apa pun taktik dan tekanan yang diorang bagi, pemain Malaysia tetap tak gentar. Kata HARIMAU kan...

Satu yang saya puji game di Indonesia, sampai game tamat, even diorg kalah pun, peminat Indon takde pulak baling-baling botol air ke tengah padang. Tak macam di Bukit Jalil, berterbangan botol air ke tengah stadium. Yang peliknya botol air tu datangnya dari peminat Malaysia. Dah jadik habit agaknya kan baling-baling botol ni.

Ape-ape pun, TAHNIAH sekali lagi buat K.Rajagopal dan semua pemain Malaysia yang berjaya membuktikan keupayaan Malaysia dalam sukan bola sepak. Moga terus berjaya!!!!

I L.O.V.E MALAYSIA!!!

Wednesday, September 15, 2010

AIDILFITRI 2010

Fuhh.. fuhhh... fuhhhh... Buang habuk dulu. Lamanya tak update blog ni. Banyak benda sebenarnya yang nak ditulis tapi penyakit 'M' melanda diri. Hehe.

Tahun ni merupakan tahun pertama.... Beraya sebagai isteri kepada incik suami. Tahun pertama juga saya tidak beraya bersama keluarga tersayang di Negeri Sembilan kerana beraya dulu di Temerloh. Tahun pertama tiada pertelingkahan, tiada masam muka, tiada perang mulut sebab berebut nak balik kampung siapa. Bila hubby kata ok ke tak if beraya di Temerloh dulu, saya terus setuju. Sebab.. Sebabbbb... Sebabbbbb... Saya nak berlama-lama di kampung saya. Hehehe.

3 hari sebelum raya (Selasa) saya half day aje sebab nak hantar mak dan ayah balik ke kampung dulu. Incik suami bekerja jadi saya terpaksa hantar sorang diri. Nasib baik anak sedara saya, si Adam meng'offer' diri nak temankan saya tapi dengan syarat bukak puasa kena makan pizza. Demand okehh... Jam 4.00 petang saya bertolak dari rumah ke Rembau, Negeri Sembilan. Jalan tak jem tapi biasa la, bila petang-petang tu mata mengantuk gilerr. 2,3 kali mata ni nak terlelap je. Sampai di R&R Senawang saya berhenti sekejap. Letak minyak cap kapak kat kepala sket dan sambung perjalanan. Ajaibbb... Dah tak ngantuk. Hehe. Jam 6.00 lepas setel turunkan barang dan rehat kejap, saya bertolak balik ke KL. Saya pesan pada Adam supaya jangan tidur sebab takut saya mengantuk. Saya pun melayan la dia dengan teka-tekinya yang mostly saya dah tau jawapannya. Jam 7.30 mlm saya sampai di Pizza Hut Kuchai. Incik suami dah menunggu di sana.

2 hari sebelum raya, saya dan incik suami bertolak pagi-pagi ke Temerloh. Takde la pagi sangat kot sebab pukul 10 pagi baru bertolak. Hehe. Sampai di Temerloh jam 11.30 pagi. Hubby dan abang ngah dah plan nak buat lemang. Jadi petang tu hubby ke kebun amik buluh lemang. Esoknya operasi membuat lemang.

1 Syawal.
Kami sedondon memakai warna kelabu tahun ni. Selepas balik dari masjid, sedara mara hubby yang dekat-dekat dah datang beraya. Lepas dah takde orang baru diteruskan upacara salam dan bermaafan. First time saya melutut dan bersalam mintak ampun dan maaf dengan hubby. Lepas tu, part paling saya suka. Sesi bergambar!!! Hehe

*pic nanti baru upload sebab kat my SIL*

2 Syawal.
Untuk Raya Kedua, saya dengan baju kurung colorful saya dan hubby pula pakai baju melayu krim. Jam 1.00 lebih baru kami bertolak ke Negeri Sembilan. Sampai-sampai family saya dah beraya ke Kota jadi kami terus je ke sana. Lepas tu konvoi 3 kereta beraya ke rumah sedara-mara belah ayah. Maghrib baru pulang ke rumah. Lepas maghrib pula ke rumah sepupu saya. Ada makan-makan sikit.

3 Syawal.
Saya dan hubby sedondon ungu. Saya memakai kaftan dan hubby cuma berpolo-t ungu dan jeans. Kata dah raya ketiga kan. No more baju melayu la. Hehe.Beraya pulak ke rumah sedara mara belah mak. Maghrib baru pulang. Penattttt tapi saya suka.

4 Syawal.
Saya memakai baju kurung pahang kain saree kaler Royal Blue/ Pink manakala hubby berpolo-t pink. Esok hubby dah start keje. So kami pulang harini. Kebetulan along dan angah pun nak pulang ke KL. Kami plan nak singgah di Semenyih. Rumah family angkat kami. Sampai di KL jam 4.00 petang. Rehat dan tido dulu. Lepas maghrib ke rumah Pak Itam di Sungei Way dan terus ke Kota Damansara, rumah along.

Cuma 1 je masalah saya ni bila nak balik kampung especially bila raya sebab kereta saya memang akan penuh. Takde ruang langsung. Dengan kuih raya berbalang-balang, kasut berpasan-pasang (rak kasut saya sekarang ialah bonet kereta), handbag 5 buah yang telah disusun rapi dalam paperbag, beg baju saya dan suami 2 buah, 1 make up bag, baju-baju raya yang bergantung di kiri dan kanan tingkap belakang (hubby kata sepanjang jalan cuma kereta kami je yang bergantung-gantung macam tu), album kahwin kami yang sangat berat, bantal 2 buah (spare kalau tak cukup bantal di kampung saya + saya tak suka pakai bantal lain). Hehe.. Saya amemang complicated dan sebolehnya saya akan bawak semua barang yang saya 'MUNGKIN' perlukan walaupun separuh dari barang-barang tu memang takkan dipakai.

*layan gambar la ekk... wink*


Sunday, July 11, 2010

Spain VS Holland



Demam World Cup 2010 dah nak sampai ke penghujung. Jam 2.30 pagi esok penentu siapa juara. Actually saya takde la minat sangat dengan football ni. Tapi World Cup memang saya tunggu-tunggu.

Macam biasa, team favourite saya untuk WC ialah Brazil dan England tetapi malangnya dua-dua tak dapat ke final. Sobsobsob. Sangat sedih okay especially Brazil. England saya memang tak harap sangat sampai ke final.

So, final pagi esok Spain VS Holland. Masa mula-mula WC aritu, saya ada tanya anak sedara saya, si Dinie. Siapa juara WC tahun ni. Dia pilih Spain. Kalau nak diikutkan PAUL the Octopus pun pilih Spain tapi MANI pulak pilih Holland. Tak pasal-pasal si PAUL dan MANI ni popular.

Memandangkan pilihan saya adalah di antara Spain atau Holland, saya pasti pilih Spain sebab ada David Villa. Sorry Fafau. Ngeeeeeee~



Nota Kaki : Malam ni saya nak tidur awal. Jam 2.00 or 2.30 pagi baru bangun. Tapi esok keje. Uwaaaaaaaaaa!!!!!

Nota Kaki Tangan : Teringin nak joint Fafau dan team Hot FM tengok World Cup kat i-City, Shah Alam sambil memakai kain batik. Tapi esok keje. Uwaaaaaaaaaaaa lagi sekali.

Tuesday, March 02, 2010

~ Honeymoon Part 1 : Bali Silq Villa ~

tiba-tiba mood berblogging datang dengan jayanya.. hikhik.. dalam entry sebelum ni saya ada berjanji nak citerkan pasal honeymoon saya & hubby ke Bali... walaupun sudah agak basi cerita honeymoon ini, saya tetap nak citerkan jugak.. hehe...

wahhhhh, saya sukaaaaaaaaaaaa banget sama Bali... especially apabila dapat berhoneymoon di Villa Bali Silq.. sangat bertuah saya kerana dengan pertolongan Cik Haslina from Triways Agency, saya dapat membeli 'Honeymoon Package @ Bali Silq' dengan hanya RM950 for 3D2N including breakfast...
villa ini sangat best.. dengan private swimming pool (saya tidak mandi kerana terlalu dalam dan saya tidak pandai berenang tanpa pelampung.. haha), cuma hubby saja yg swimming.. saya cuma memerhatikan hubby dari tepi kolam (mengesat air mata... sobsobsob)....


di sini la kami breakfast sambil menghadap swimming pool... so romantic.. hehe


private swimming pool.. ohh bilakah saya dapat memilikinya di rumah saya sendiri?
sudah tentu la swimming pool saya tidak terlalu dalam agar saya boleh berenang dengan bikini 2 pcs saya.. hehe


berehat sambil memerhatikan hubby swimming... comelnya dia.. haha


katil kami

L-shape di hall


nonton movie di atas katil


restroom



Bali Silq terletak di Kerobokan, area Seminyak di kota Bali. Di Kerobokan/ Seminyak memang banyak terdapat villa-villa yang sesuai untuk berhoneymoon. Actually, harga pakej villa-villa ini adalah RM1500++ for 3D2N tetapi semasa saya call Cik Haslina di Triways, dia telah memberitahu saya tentang promotion Bali Silq ini. Saya cuma perlu membayar lebih kurang separuh dari harga yang sepatutnya. Wahhhh, sudah tentu la saya sangat teruja!!! Thanks a lot to Ms Haslina ya..

Kenapa Kau Dengkiiiii Haaaaaa???

wallawehhh... tajuk tak leh blah.. hehe

dari semalam aku tergediks-gediks nak update blog, rasa macam-macam benda nak citer.. lama betul aku tak upload shopaholicandlife nih.. tapi dengan berukband yang cam haremmm, kejap connect kejap discon... membuatkan aku malas nak mengupdatekan blog aku...

ari ni aku bengang.. sebab apa??? sebab officer aku, tutttt (nama dirahsiakan.. hehe).. pebende la dia tu nak dengki sangat ngan aku ntah.. bila bos aku takde mula la nak tunjuk koser dia.. uwekkkk... aku meluat ngan ko tau takkkkkkk!!!!!!!!!!

punya la nak carik salah aku.. tetiba pagi tadik dia call handphone aku..

tuttt : "nor, u kat mana?"
aku : "ada la kat tempat saya.. kenapa?"
tuttt : "ohhh ada ke kat tempat u? hmmm (takde idea la tu)... berapa extension u ek?"
aku : (terpinga-pinga kejap.. pehal dia tetiba mintak extension aku... macam la tak tau... bongok) "5004"
tuttt : "ooohhh okay..."


betapa busukkknya hati kau nak carik kesalahan aku time bos aku takde.. get a life la! sucks betul.. bukan sekali ni je kau sengaja nak mencarik salah aku.. tapi dah banyak kali... ada je yang kau tak puas ati... kau dengki kan?? nama je officer tapi perangai kau cam longkang tau tak.. aku tau kau dengki sebab bos aku sayangkan aku... hahahahaaaaaaa...

KAU MEMANG DENGKI!!!!