Monday, April 23, 2012

HUTANG!!!

Aduhhh. Banyaknya hutang entry. Terlalu banyak yang nak diceritakan tapi kebizian membataskan masa nak berblogging. Hikhik. So, lepas ni nak melunaskan hutang tu sikit-sikit. Hutang entry Jakarta-Bandung patutnya buat bulan 2 or atleast early March aritu. Tapi bizi sangat study bod Travel. Then, entry pasal Ho Chi Minh & Cotton. Lepas tu entry pasal Beijing. Lagi apa eh? Jap nak ingat balik. Till then, peeps!

Thursday, April 05, 2012

SETAHUN

Hari ni genap setahun pemergian wan tersayang mengadap Illahi. Tapi wan sentiasa ada dalam hati aku. Wan meninggal di usia 87 tahun. Aku ingat lagi. Seawal usia 80 tahun wan sihat lagi. Wan duduk kat kampung sorang-sorang. Biasa la orang tua kan, bila ajak datang ke KL, susah sangat nak ikut. Kalau ikut pun sekejap je. Lepas tu dah nak balik kampung semula. Wan memang ada kencing manis tapi takde la tinggi sangat. Satu hari tu, sepupu mak call bagitau wan sakit. Tak bangun. Cepat-cepat kitorang balik kampung. Rupanya wan kurang gula dalam darah. Tu yang dia jadi macam tak sedar. Then, mak decide nak bawak balik wan ke KL. Masa ni wan dah start lupa-lupa. Tapi masih boleh jalan. Aku satu-satunya cucu perempuan wan. Cucu kesayangan. Aku la yang rajin melayan wan. Aku mandikan wan, pakaikan baju, pakaikan bedak, pakaikan minyak wangi. Lepas tu aku pimpin wan bawak duduk kat luar. Boleh la wan tengok-tengok orang lalu lalang. Main-main dengan kucing. Aku bawakan breakfast kat luar. Layan wan borak-borak. 

Sedihnya nak teruskan. Air mata jadi murah je bila ingat balik. Lama wan duduk kat rumah parents aku. Bertahun-tahun. Memang mak dah tak bagi wan duduk kat kampung sebab risaukan takde orang nak tengok-tengok wan. Bila dah lama-lama wan makin pelupa. Sampaikan masa aku tunang kan. Wan menangis sebab dia kata buat kenduri tak jemput abang-abang wan. Masalahnya abang wan semua dah meninggal masa tu. Masa mula-mula lupa tu, wan masih ingat nama mak, nama semua orang. Lama-lama wan dah tak ingat. Cuma nama aku sorang je yang wan ingat. Dua minggu sebelum wan meninggal, aku memang dah dapat rasa lain macam. Tapi aku tak nak pikir bukan-bukan. Masa ni wan dah start makan bubur. Dah tak boleh jalan. Dulu kadang-kadang wab malas nak jalan, wan mengengsot je. Tapi masa ni memang wan tak nak. Dia baring je dalam bilik. Berak kencing. Mula-mula pakaikan pampers wan tak nak jugak. Mak pulak hari-hari la mop bilik, layan wan. Bila hari cuti aku la yang melayan wan.

Teringat masa tu, hubby kebetulan cuti. Aku drive ke ofis. Sampai je ofis, tak sempat masuk parking lagi, hubby call tanya dah sampai ofis ke belum. Aku ingat dia call nak tanya tu je. Aku jawab la baru masuk parking. Lepas tu hubby cakap slow-slow suruh balik rumah sebab wan meninggal. Sepanjang perjalanan, aku memang menangis tak henti-henti. Bawak kereta pun laju sebab nak balik tengok wan. Masa aku sampai wan masih ada atas katil. Baru nak alihkan ke ruang tamu. 

Alhamdulillah, aku dan mak dapat mandikan wan sekali. Sepanjang mandikan wan tu, aku try tahan air mata dari menitik. Paling sedih bila dah siap kapankan wan. Aku cium dahi wan. Memang makin kuat aku menangis. Lagi sedih bila sedara mara yang datang asyik dok ulang cakap aku yang paling rapat dengan wan. Aku kesayangan wan. 

Alhamdulillah, lepas Zohor jenazah wan selamat dikebumikan di tanah perkuburan area rumah parents aku. Moga rohn wan sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Aminnnn...

Rindunya kat wan. Adik rindu sangat. :( :( :(
 Banyak pic wan dalam pc aku ni tapi mostly tak bertudung. Jadi aku letak yang ni je.


Friday, January 06, 2012

8 Tahun Yang Membosankan!!!

Aah betul. Aku tak tipu. Jarang kot aku citer pasal hal opis kat dalam ni. Tapi dah tak tahan. Aku bosan dah sejak 8 tahun lepas (dari mula masuk kerja) sampai la sekarang aku masih di Jabatan yang sama, Department yang sama malah Unit yang sama. Korang dapat bayangkan tak kebosanan aku dengan opis ni. Hehe. Seriously memang dah bosan dengan rutin kerja yang tak mencabar minda apatah lagi mencabar keupayaan aku. Haha. Bajet hebat kan. Itu pun nasib baik lah sepanjang kerja ni bos aku sentiasa bertukar (ok, aku seorang Personal Assistant a.k.a Sexytery yang tak seksi). Kakakakaka...

Sepanjang 8 tahun ni, bos aku boleh dikatakan silih berganti. Setakat ni dah 8 bos pass baton jadik bos aku. Haha. Tapi takde la tiap-tiap tahun bertukar. Ada bos yang tak sampai setahun pun. Maklum la, badan beruniform kan. Harus la kena sentiasa ditukarkan. Kalau tak, ditakuti akan menggalakkan rasuah. Agaknya laa... So far bos-bos aku ialah 7 lelaki dan 1 perempuan. Luckily juga aku sentiasa dapat bos yang okay. Takde la strict sangat, takde la manja sangat, takde la mengada sangat, dan paling penting takde la panas baran sangat, asyik nak maki hamun je keja kau kan.

Tapi walaupun bos sekarang ni consider okay jugak, tapi aku dah bosan dengan suasana kerja yang membosankan. Tambahan pulak dengan officemate yang membosankan. Banyak kan perkataan bosan dalam ni. Hehe. Teringin rasanya nak mintak pertukaran ke tempat lain. Nak cuba suasana baru, bos baru, kawan-kawan baru, skop kerja baru, tempat kerja baru (aku boring bekerja di tempat yang agak hulu ni). Kikiki.

Tapi kan, sanggup ke aku amik risiko ek. Kalau dapat bos yang takde hati perut macam sesetengah kawan aku dapat tu, boleh ke aku bertahan? Tu la sebab utama sampai sekarang aku tak isi-isi lagi borang pertukaran. Wakakakaka. Maka, aku akan tetap di sini selagi aku tak ditukarkan. Korang pulak macamana ek? Ada tak sesapa yang rasa macam aku ni? Jom bincang. Hikhikhik....

Bersama 'partner in crime' aku.


Thursday, January 05, 2012

Fareeda Berhantu? Eh.....

Eh betul ke ni? Bukan butik Fareeda yang berhantu tau. Tapi yang aku maksudkan tudung Fareeda tu sendiri. Sangat-sangat menghantui diri ni. Selagi tak dapat, asyik la dok teringat je. Mandi tak basah, tido pun tak lena. Kekekekeke. Tak caya tanya Cira http://cicira.blogspot.com/. Boleh baca kat sini : http://cicira.blogspot.com/2011/12/penangan-tudung-fareeeda.html.

Mula-mula masa Cira citer pasal tudung Fareeda aku wat tak tau je. Konon-kononnya tak minat la tu. Hikhik.... Lepas tu ada baca jugak sis Purpleplum http://mypurpleplum.blogspot.com/ post dalam forum pasal penangan Fareeda ni. Sekali ntah macamana, masa bulan puasa aritu, bln Ogos kan.. Aku ajak partner in crime kat office pegi butik Fareeda, Bangi. Kata dah nak raya kan, harussss la menyoping je carik tudung nak melaram masa raya nanti. Kebetulan pulak masa tu Fareeda ada sale. Cari punya cari, last-last aku amik tudung paling murah lepas sale, tudung Mawar. RM80 lepas sale. Sambil belek-belek tudung tu, aku ngan kawan aku mengomel pasal apa la orang gila sangat ngan Fareeda ni. Konon-konon lepas ni takmo dah beli Fareeda. Tapi kata-kata aku tu makan tuan. Hikhik. Sekarang ni memang gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ngan Fareeda ni.

ni la 1st tudung Fareeda aku. Kuning menyala gituuuu...


1st Rozanna 3 Layer ^_^


Ni satu-satunya Selendang Mawar yang tinggal. Yang lain dah selamat diletgo. Hehe


Rozanna 3 Layer Polkadot Soft Green * _ *


Rozanna 1 Layer Zebra Black-White


Masa mula-mula dulu beli tudung Mawar sebab murah kan. Then pegi beli lagi, tak amik gak Rozanna sebab mahal. Tapi sekarang ni aku kena penangan Rozanna 3 Layer. Minat berFareeda ni aku share dengan Cira & Anum. Memang agak meroyan jugak la. Nak-nak butik Bangi tu bukannya jauh sangat. Lately Fareeda pulak asyik la wat sale la, crazy price la.. Lagi la menambahkan kegilaan kitorang. Hehe. Beli online pun ada jugak tapi aku jarang la sebab harga diorang jual mahal sikit dari harga sale kat Fareeda. Tapi ada gak beli 3,4 helai. Pejam mata je la. Tapi sekarang ni aku nak behave sikit la. Cukup la 1-2 helai sebulan kot?... Hikhik...

Tapi kan, sekarang ni design, colour n corak Fareeda makin menarik, tertarik, da bomb. Cemane nak stop ni? Adoiiiii.....

Antara koleksi Rozanna


Campuran Selendang Suraiya, Sara Marissa, Soffiya, Dania, Mawar & Selendang Mawar.
Tapi no 2, no 4, no 5, no 9 dari kiri dah letgo kat orang. Tinggal no 3 (coklat-kuning). Sapa-sapa nak boleh tinggalkan message ek. Hehe.


Love. Love. Love.



No 2 & no 4 belikan untuk kawan. 2 lagi untuk diri sendiri.



Tudung ni baru sampai kelmarin. Lepas ni nak kurangkan sikit kegilaan Fareeda ni. Hope la aku bertahan. Cira & Anum macamana pulak ek? Hehehe.

Surprise!!!

Yeah... Lepas 2 bulan baru nak update pasal surprise birthday untuk hubby. Kami balik dari Phuket malam 22 Oktober 2011, sampai kat LCCT dalam pukul 12 tengah malam 23 Oktober which is birthday hubby yang ke-29.

Saya dah plan senyap2 nak buat birthday untuk hubby. Jusr jemput kawan-kawan rapat je. X ramai pun, dalam 10 orang gitu. Punya la susah (kononnya) nak decide either nak buat di Fullhouse or Delicious (http://www.thedeliciousgroup.com/). Last-last saya pilih Delicious Dua Residency sebab gedik nak makan Mascarpone Pesto Chicken. Yummeh!

Memang pack sangat hari ahad tu. Hubby keja shift siang. So dia balik dalam pukul 7 malam. Pagi tu mak ajak pegi kenduri kahwin pulak kat Melaka. Kalau nak diikutkan penat gak baru sampai umah pukul 2 pagi kan. Tapi ikutkan je la. Hehe. Before pegi Melaka tu, saya dah balut siap-siap hadiah untuk hubby. Then, deco kad sket. Lepas tu, siapkan belon yang saya order online. Gediks lebih nak belon-belon bagai. Hikhik. Kek pulak, ada citer sedih. Saya dah plan nak kek MU (hubby die hard fan MU. Hehe..) tapi kak Jun http://edalinascakehousess.blogspot.com/ cirit birit pulak balik dari Phuket. So tak dapat la nak buatkan kek tu.

Balik dari Melaka pukul 4 petang. Rehat kejap. Pukul 6 lebih saya n Liz (my bff) keluar dari rumah ke KLCC. Nak pegi masukkan gas belon kat Memory Lane, then nak carik kek last minute. Dapat la kek kat KLCC tu. Beli yang kecik je. RM30 tapi sedappppp. Hehe. Liz tunggu je dalam kereta. Sambil tu amik Adi (bf Liz) skali. Lepas tu jumpa dengan Aimee n Azli dan gerak ke Delicious. Dah dekat je ngan KLCC tu.

Tapi kan, boleh pulak hubby call pukul 7 tu bagitau dia balik lambat sebab nak pegi tengok bola MU lawan mana ntah. Saya terkedu kejap. Sume preparation dah buat. Reservation kat Delicious pun dah buat. Tapi if birthday boy tak datang, apakah maknanya. Sedih.... Nasib baik gak idea menipu cepat je datang. Hikhik. Saya call hubby bagitau mintak tolong amikkan pass kerja saya kat Liz. Sebab Liz lupa nak bagi saya n dia cuti esoknya. Saya bagitau memang urgent sangat. Liz tunggu kat area Delicious tu. Part tu Liz la kena main peranan. Dia call hubby n suruh hubby datang before pukul 8.30 malam sebab dia nak gerak ke Genting. Hehehe. Idea spontan ni. Last-last hubby setuju g amik tapi dia memang marah gila dengan saya sebab tak dapat tengok bola ngan kawan-kawan dia. Hikhik.

Sampai Delicious dah dekat pukul 8 malam. Saya n Amy naik atas dulu cek tempat. Adi n Azli parking kereta kat bawah. Liz kat depan tunggu hubby saya. Sambil tu saya online dengan Liz kat hp nak tau hubby dah sampai ke belum. Okay. Sume berjalan lancar seperti dirancang. Hubby sampai Liz ajak naik atas kononnya pass saya tu ada kat Adi. Saya dah siap pasang lilin. Tengok-tengok diorang datang dari depan. Hubby memang terkejut abis. Tak sangka saya buat surprise birthday untuk dia. Bila saya tanya, dia kata memang tak pikir apa-apa, memang dia tak dapat tangkap langsung kenapa Liz ajak masuk Delicious tu. Hikhik. Menjadi la surprise kali ni.

Layan pic pulak la. Hehehe.


Baru sampai. Hubby masih terkejut. Hikhik.

birthday boy wif kad, hadiah & kek

kami ber6... thanks to my frenz.. ^_^

Okeh, 3 pic di atas kualiti amat la kurang sebab pakai hp cikai je. Hikhik. Jom tengok pulak gambar guna hadiah yang hubby baru dapat tadi. Hehe.


Hubby's 29th birthday & our 2nd anniversary. Love u so much!!!


Death by Iced Chocolate (yang tengah-tengah) adalah sangat Delicious!

Mascarpone Pesto Chicken

Classic Beef Lasagne

Confit Duck Red Curry with Lychee

Dah kenyang, apa lagiiiiiiiiiiiiiii.... Snap snap snap...








Baru nampak hadiah untuk hubby ^_^

Wednesday, January 04, 2012

Phuket :: Part 3 ::

Okay. Mood ialah sangat rajin nak update blog. So nak sambung citer last day kat Phuket. Last day ni kami free n easy je. Just jalan-jalan je kat area Patong. Kami masih sewa moto. B200 = 24 jam. Lebih kurang dalam RM20 la. So dalam pukul 9 lebih tu dah setel packing barang-barang sume, kami keluar jalan-jalan. Pergi Hard Rock dulu nak beli t-shirt n keychain. Hard Rock ialah tempat wajib shopping kalau pergi mana-mana. Hehe.Lepas bayar tu, cashier ada bagi a voucher B750 = RM75 untuk makan di Hard Rock Cafe. Lepas siap membeli, singgah kat kedai kami tempah baju. Nak fitting. Tak tau la murah ke tak. Hubby wat kemeja long sleeve RM90 kain + upah tailor skali. Saya punye kemeja pun sama RM90. Lepas fitting, kami rempit balik hotel dulu. kami kena cek out pukul 12 tengahari. Rehat sekejap, amik beg dan barang-barang terus cek out. Tapi barang kami tinggalkan dulu kat hotel sebab nak sambung jalan-jalan. Hehe.


Tempat keluar duit. Hehe.



Kami pergi lunch dulu kat tepi patong beach tu. Restoran yg sama masa first day sebab hubby kata tomyam dia sedap....





Lepas makan jalan-jalan kat pantai. Snap-snap gambar dulu.







Lepas tu kami ke Jungceylon. Nak carik keychain n fridge magnet. Dah siap membeli, pergi massage pulak. Saya try thai massage. B250 for 1 hour. Lebih kurang RM25. Sakit ohhhh sebab saya tak biasa dengan thai massage ni. Biasa buat aromateraphy massage. Dah setel massage dalam pukul 4 lebih, kami ke Hard Rock Cafe, utk minum petang guna voucher yang diorang bagi tadi.

Jungceylon


Rock Shop bersambung dengan Hard Rock Cafe





*Camwhore* wink wink*




Pukul 6 petang *waktu Thailand*


Then pukul 6 kami balik, singgah jap amik baju. Then terus ke hotel. Masa smpai hotel, driver taxi dah tunggu. Padahal baru pukul 6 lebih. Kami janji soh amik pukul 7. Tapi takut jem katanya. Charge dari hotel-airport ialah B500. Dalam Rm50 la. Bertolak ke airport. Flight kami ke KL jam 9.40 malam. Luckily flight bertolak tepat pada masanya. Hehe.

Nanti kalau ada rezeki lagi, nak repeat Phuket. Tapi kali ni kena g lama sket. Boleh terus ke Krabi. 3D2N sangat la tak cukup. Hikhik.