Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Wedding Alai-Irene di JB

Last month, aku dan family ke Johor Bahru kerana menghadiri majlis pernikahan dan persandingan Alai dan Irene. Amir Fakhry atau panggilan manja dalam keluarga, Alai. Ni actually family angkat angah aku dari Brunei. Angah aku kenal family diorang ni masa dia jadi anak angkat untuk Program Pertukaran Belia Asia tahun 1990-an dulu. Dan pertalian tu masih utuh sampai sekarang. Alai ni anak bongsu dalam family. Kebetulan isterinya orang Johor, maka family aku pun ikut menghantar ke sana. Family daripada Brunei datang lebih kurang 70 orang. Mak dan ayah aku dah pergi awal dengan rombongan Brunei.

Aku dan yang lain pergi ke JB hari Jumaat. Dok dekat Scholar's Inn kat dalam UTM tu. Nikah pagi sabtu tu. Jam 9.00 pagi. Lama jugak dok tunggu Tok Kadi tak sampai-sampai. Hehe. 

 Pelamin
 
 Pengantin Lama
 
 Ketibaan Pengantin Perempuan
 
 Pengantin Lelaki menanti
 
Tok Kadi baru sampai
 


Sah dengan sekali lafaz
 
 Bergambar kenangan dengan pengantin
 
 

 Gila kamera!
 

 Gediks
 
 

Lepas nikah balik bilik kejap untuk rehat dan tukar baju untuk majlis persandingan pulak. Untuk majlis sanding, kitorang pakai baju tema kaler electric blue. Buat pengetahuan korang, lelaki Brunei kalau ke kenduri kahwin memang diorang akan pakai baju melayu lengkap, siap bersamping bersongkok.

Adat orang Johor pulak sebelum pengantin lelaki nak naik ke pelamin tu, akan ada lah sedara mara ramai-ramai jaga 'tol'. Tiap kali nak lalu kena la bayar 'tol' tu dulu. Tol paling mahal mesti la kat pengapit yang dok tutup muka pengantin perempuan kat atas pelamin tu.

 Menunggu
 
 Tol pertama
 
 Tol kedua
 
Tol ketiga
 


Tol keempat
 
Finally, dapat jugak pengantin naik pelamin. Hihi
 
Lepas bersanding, diadakan pulak 'Adat Berbasuh Kaki' di mana saudara mara terutamanya belah pengantin lelaki akan membasuh kaki pengantin dan memberi wang yang akan diterima sepenuhnya oleh pengantin. Adat ni merupakan adat puak Tutong dari Brunei. Biasanya, akan disediakan 1 tempat letak kaki atau kolam kecil dan di dalamnya diletakkan parang dan pengasah parang. Kemudian kaki pengantin akan diletakkan di atasnya di mana kaki pengantin lelaki di atas dan pengantin perempuan di bawah. Duit yang diperolehi dari Adat Berbasuh Kaki ni biasanya digunakan oleh pasangan pengantin baru untuk berbulan madu. Setelah selesai, beberapa orang ahli keluarga akan terus mengira duit yang diperolehi dan diumumkan pada semua. Boleh rujuk gambar ya.
 

 Parang dan pengasah parang
 
 Bapak Bolhassan selaku tukang cerita
 
 Kaki pengantin diletak bertindih di atas parang dan pengasah
 
 Adat dimulakan oleh bapa pengantin lelaki
 
 Beratur dulu
 

Gambar kenangan bersama pengantin
 
SELAMAT PENGANTIN BARU ALAI DAN IRENE. MOGA BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT.
 
 
Xoxo,
 
 


 


Thursday, December 31, 2009

~My Big Day... 23/10/2009 & 24/10/2009~

hmmmm... dah 2 bulan wedding aku berlalu... baru arini berkesempatan nak citer.. haishhh... dah jadik pengantin lama hokehh...


23 Oct 2009

bangun je dari tidur & mandi, aku tunggu kedatangan kak syikin yang nak lukiskan inai aku... in the same time tunggu kak sue yang nak dtg gubah bunga for pelamin, meja beradab & bilik... pelamin ari dah pasang semalam... kak syikin sampai dalam kul 10.. terus dok kat hall depan n pakaikan inai tangan dan kaki... lps tu lukiskan inai kat tangan aku.. dalam sejam dah siap, tunggu kejap sebab nak bagi inai tu merah... n after dat kak syikin bergegas balik ke shah alam sebab dia ada bukak booth kat sana...


nak tunjuk inai je... hehe


lepas solat jumaat, syenel datang make upkan... untuk baju tukar-tukar... ari suggest wat lepas solat jumaat... tukar 3 baju jek.. sari (aku suke kaler sari ni tapi sangat la susah nak lilit.. hehe), baju jawa ngan puteri perak... lepas tukar-tukar baju n posing-posing gediks sket, aku rest kejap.. after dat syenel touch up make up untuk nikah... aku nikah di rumah after isyak... siap make up dan pakai baju sume.. ohhh ye, bajuku ditempah kat ari wedding couture... kurung moden sajork... kain sari chiffon yang aku beli di masjid india, Kuala Lumpur hokehh... bukan kat Tiruchirappalli, dan bukan juga kat Calcutta (Kolkata)... hikhik... aku dok dalam bilik sementara tunggu pengantin lelaki n rombongan sampai...

bila pengantin lelaki sampai, aku keluar dari bilik dan duduk dekat tepi pelamin, pengantin lelaki dan kadi dok betul-betul kat depan pelamin.. dengar serba sedikit penerangan dan informasi dari ustaz pauzi, tibalah masa yang ditunggu-tunggu... bila tok kadi mula genggam tangan Mr F, aku pulak yang berdebar-debar... sambil-sambil doa... mintak-mintak la sekali lafaz je.. hehe... alhamdulillah... sekali lafaz je aku selamat bergelar isteri Mr F... lepas 6 tahun berkenalan dan bercinta, akhirnya memang jodoh aku ngan dia.. Love u hubby... muahhsss

lepas istiadat batal air sembahyang, Mr F sarungkan cincin kat jari aku yang manis... ehhh jari manisku.. Mr F pakaikan rantai tangan (mas kahwin)... aku sarungkan cincin ke jari Mr F... cium-cium tangan, cium-cium dahi, posing-posing sket... kami masuk ke bilik... posing guling-guling atas katil dulu... pastu tukar baju berinai... songket maroon...


batal air sembahyang



mas kahwin



kami berinai besar di pelamin... renjis-renjis sket... lepas tu sesi bergambar bersama family dan yang paling best... dengan kawan-kawan kami yang gilaaa... haha... macam-macam pose kami buat... pose wajib buat dah tentulah aummmm.... bertukar menjadi harimau jadian.. hehe... Mr F pulang ke rumah kak long... dan aku zzzzzzzzz........


24 Oct 2009

today is kenduri di rumah aku... dari pagi aku busy menyiapkan mana yang patut.. pagi ni jugak ada marhaban kat umah aku... dalam kul 11 am syenel sampai n terus make up... terharunya aku masa tengah make up ex boss aku - Pn Hjh Rokiah datang.. actually dia tengah cuti sakit sebab cancer tapi dia kata dia tetap datang sebab nak tangok aku... terharu :'(.. sorang lagi yang mengetuk pintu bilikku ialah kak yam, wife ex boss aku - Tn. Hj. Baharudin... thanks a lot utk boss-boss aku... Tn. Hj. Baharudin & wife datang dari Melaka, Tn. Ajip & wife dari Batu Caves, Pn. Hjh. Rokiah & hubby from bangi dan Tn. Badaruddin, boss aku sekarang... thanks a lot boss!
dalam kul 1.30 pm, rombongan pengantin lelaki sampai.. kami bersanding dan acara merenjis-renjis dipilis dijalankan... after dat... makannnnnn time... yehaaaa... aku laparrrrr... makan sambil posing membuatkan napsu makan aku terbantut... sebab aku lebih excited utk berposing dari makan... ada gak kawan-kawan yang amik kesempatan amik gambar ngan kami... lepas makan, kami masuk ke dalam & bermulalah acara amik gambar bersama family dan kawan-kawan.. dr kawan-kawan sekolah, kawan-kawan poli, kawan-kawan kerja, kawan-kawan porem n the most important friends ialah kawan-kawan baikku... liz, ziah, huda, aimee, nana, lela, kak sha, jihan.... ohhh ketinggalan pulak azli, abang zaidi dan abg lau...

setel gediks-gediks depan kamera, keluar ke khemah plak melayan tetamu yang masih ada... dalam kul 5, bila ramai tetamu dah beransur, aku, Mr F serta the most important friends bertolak (errr bkn tolak kete.. kami naik kete) ke Putrajaya untuk sesi outdoor... outdoor di masjid besi, istana kehakiman dan ntah di mana-mana lagi... time to pulangggg... tapi kawan-kawan lapar n ajak lepak maple kembar (Presint 9).. aku bukak crown & aksesori... terusssss ke maple... lepak-lepak makan roti canai... dalam kul 8 baru pulang ke rumah...

aku penattttttttttttttt... mandi-mandi lepas tu acara bukak hadiah... tetap ditemani the most important friends... ngeeee~




zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........

lamanya tak update blog....

lamanya aku tak update blog ni... yelah baru berjinak-jinak dgn dunia blogging ni, kebizian maha hebat melanda... busy dengan wedding preparation... sangat susah hokehhh nak kawen ni... barang-barang hantaran memang aku dah start beli dari awal tahun 2009 ni lagi (sebab dah tergediks-gediks nak kawen... hehe)... so, barang-barang hantaran aku beli sikit-sikit... yang paling best dalam bulan 6 or 7 ada armani warehouse sale @ park royal hotel... setelah puas memujuk-mujuk mr boyfriend, pagi-pagi kul 9 aku dah kuar umah menuju ke park royal hotel... sampai-sampai kat sana... jeng jeng jeng...

huhhhhh.... queue sgt panjanggggggggg...... pesal la derang sume ni datang lagik awal dari aku... ingatkan aku yang paling awal.. haha.. dalam setengah jam aku queue, tibalah giliran aku. dengan senyum kambing dan hidung yg kembang kempis (sebab turn aku dah sampai) aku masuk kat ballroom tu... ya ampunnnnn.... apesal ramai orang lagik dalam ni.. derang ni takmo balik umah ke... grrrrrrr...
actually aku sebenarnya plan nak beli make up for hantaran... setelah berhempas pulas menyelit-nyelit dan ditolak-tolak, aku berjaya jugak grab giorgio armani make up... akhirnya, aku keluar dengan senyuman yang puas.. aku dapat apa yang aku nak.. GA make up - 3 eye shadow, 2 lipstick, 1 lipliner, 1 eye powder, 1 mascara, 1 nail polish (sape nak sila mintak ngan aku), 1 pallette phyton collection, 1 blusher & make up bag GA... believe it or not... it's just cost me RM400.. actually the real price almost 1K... lucky me sebab my friend bagitau pasal warehouse sale ni...

pallette phyton collection


GA as hantaran

hmmm... dah setel pasal hantaran sume, aku mencari butik for my wedding pulak.. actually tak survey pun tempat lain sebab dah terpaut ngan ari wedding couture... so, g jumpa ari to discuss about my wedding.. theme kaler weddingku ialah black-shocking pink.. so, decide nak pakai gown chiffon putih.. kebetulan ari memang buat baju baru so aku tak perlu tambah duit la.. berulang-alik ke rumah ari for 3 months before my wedding.. penat tapi sangat puassss... in the same time, aku busy survey canopy.. last-last lepas survey 2,3 tempat, aku amik canopy dengan accerevent, rawang.. susahnya sebab aku nak scallop dan reben hitam & shocking pink.. banyak tempat yang aku tanya takde scallop & reben hitam... so confirm dgn accerevent..

katering pulak mak & ayah yang uruskan.. jiran aku gak... seri ulik katering.. 3 jenis nasi, ayam goreng, daging, sambal sotong, pajeri nenas, cendol, air, buah-buahan, pelayan, lauk pengantin sume... RM8 per head... hehe... memang murah tapi kalau orang lain tak dapat la harga macam ni... hehe..... photographer aku amik photographer idamanku... allod... upah hantaran ngan kak wanie.. RM65 per dulang.. FF lagik... sangat puas ati sebab kak wanie berjaya buat hantaranku dengan jayanya dan memang exactly macam yang aku nak.. bekas telur aku ialah bekas songket yang dibeli di bandung.. sangattttttttttttt la murahnya kalau nak compare ngan kat sini... paling murah aku tengok kat sini dalam RM2.50 per pcs.. tapi aku beli ngan harga yang sukar dipercayai... 40 sen saje okayyy... hmmm panjangnya entry aku...hikhik