Showing posts with label bestfriend. Show all posts
Showing posts with label bestfriend. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

Ladies Day Out

Ladies day out katanya. Wah tajuk tak nak kalah kan. Dah 2 bulan pun berlalu. Update la jugak sebab gambar dah ada. Hihi.
 
Dah lama aku tak berjimba dengan girlfriend I yang sorang ni. Lepas discuss sikit dalam whatsapp, jom lah kita ke spa. Aku bab spa ni memang suka lah. Ada ke pompuan yang tak suka manjakan diri kan? So decide la nak kuar on weekend. Kebetulan dua-dua pun bizi memanjang kan. Nasib la ada gak date yang free. Kononnnnn. Ntah ape yang dibizikan pun tak tau. Kehkehkeh.
 
Mula-mula jom kita pi spa dulu. Aku amik makcik tu kat lrt station area Kerinchi tu. Lepas tu terus ke Pullman Bangsar. Nasib la tak susah nak cari. Appointment pukul 10.30 pagi kot. Aku amik pakej 2 jam. Mula-mula sampai tu, diorang suruh isi borang dulu. Lepas tu masuk dalam, tukar baju dan sauna dulu 30 minit. Sebenarnya boleh pilih nak steam bath atau sauna, tapi kitorang prefer sauna. Berpeluh-peluh kooooooo kepanasan dalam tu. Mula-mula masuk suhu dalam 40 darjah. Makin lama makin naik sampai 50 lebih kot.
 
Loker
 

Smile :)
 
Sauna Room
 
Sauna
 
Shower Room
 
Hujung skali tu Steam Room
 
Dah setel sauna, diorang suruh mandi/shower dulu. Dah lah shower gel dia best je bau. Tenang je. Lepas shower baru masuk dalam bilik massage tu. Sejam massage memang tak cukup la untuk aku. Kalau 3-4 jam baru lah best. Tapi jadi lah tu kan dari takde. Lepas massage tu buat ear candling pulak. Gambar kat dalam ni memang takde la kan. Hihi.
 
 Laluan ke Massage Room
 
 Massage Room
 
 Kat bawah tu dia letak fresh flower dengan lavender. Tenang je
 
Setel massage sume, tukar baju balik dan bersiap. Diorang dah siapkan ginger and lemongrass tea dengan banana cake. Ginger tea memang favourite aku. Ok, perut dah lapar ni. Tak tau nak makan kat mana. Last-last kami ke Bangi. Hahahaha. Punya la banyak kedai makan kat area Bangsar, Bangi jugak jadi pilihan hati. Borak-borak dalam kereta. Lamanya tak borak dengan makcik sorang ni. Dulu-dulu selalu la jugak jumpa. Sekarang ni nak ke Shah Alam tu pun bercinta aku rasa. Yang dia pulak tak berani nak drive pegi tempat yang tak biasa.
 
 Reflexology Room
 
 My girl, Makcik (bukan nama sebenar)
 
 Tuan Tanah
 

 Minum jap
 
 Suasana di lobby
 
 Penunjuk arah
 
 Cuci mata kat swimming pool jap
 

Wefie!


Colourful!
 
 Lif. I like the colour!
 
 Fake macaroons!
 

Sampai kat Bangi kompius pulak nak makan kat mana. Aku ajak pi makan kat Cibiuk. Selalu dengan Jue-A dengan Mimi je cite pasal Cibiuk ni. Kali ni jom kita. Sorang lagi kawan kitorang, si G pun nak join skali kat Cibiuk. Kebetulan dekat dengan ofis dia. Makan-makan la kat Cibiuk sambil mengimbau kenangan lalu. Chewahhhhh......

 Cibiuk
 
 Rumah Makan Khas Sunda - Cibiuk
 
 Romantik je....
 
 Daftar menu
 
 Rajanya sambal, jaguhnya talapia, topnya ayam kampung!
 

Gambar gegar. Lapar sangat kot. Hahahaha
 
 Ayam bakar dan side dishes
 
Sambal dalam kuali tu free ok. Sedappppp. Ada macam-macam jenis sampai tak tau mana 1 yang paling sedap. Hihi

Wednesday, February 18, 2015

REUNION ADIK BERADIK 6E

Tak lama pun plan nak wat reunion ni. Dalam 2 minggu je. Kisahnya dah lama adik beradik 6E ni tak lepak ramai-ramai. Last dulu masa bulan puasa kot. Eh tak. Masa bulan raya. Lepas tu masing-masing bizi. Kalau jumpa pun tak semua ada. So plan la cuti New Year hari tu nak berjimba kat tempat yang bebas sikit. Senang budak-budak nak main ke nak berlari ke. Lepas discuss dalam whatsapp, akhirnya kitorang memilih Pusat Rekreasi Air di Pullman, Putrajaya. Yang Ziah pulak gedik nak pakai baju sama. Kalut la aku dok mencari orang yang boleh buatkan t-shirt dalam masa yang singkat, yang penting harga murah. Google punya google jumpa la dalam Facebook. Lepas discuss warna t-shirt dan design, dah setel payment. Aku ni dok risau tak sempat sampai sebab dengan cuti Krismas lagi, tapi alhamdulillah selamat sampai. Siap seller bagi button badge free lagi.


Mak Jemah bizi 


Jajan




 Cupcakes dan fruit tart ni aku yang buat. Lawa tak? Kuikuikuikuikui

Cuaca awal tahun tu pulak tak menentu. Risau jugak kalau tiba-tiba hujan ke apa. Terpaksa pulak cancel nanti. 2-3 hari sebelum tu asyik la dok tengok weather forecast. 1 Januari tu diramalkan tak hujan. Janji melayu tak boleh pakai. Tapi janji adik beradik 6E laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi la tak boleh pakai. Hahahahahaha. Konon-konon janji kul 3 petang. Tapi nan adooo la. Tetap dekat kul 4 jugak baru nampak batang hidung. Ratu janji tinggal janji dah tentu la si Liz. Hehe. Kitorang pakat buat potluck. Makanan ringan-ringan sebab picnic kononnya kan. Takde apa aktiviti pun. Just nak borak-borak, gossip-menggosip macam zaman-zaman bujang dulu. Rinduuuuuuuuuu..

Oh, lupa pulak nak bagitau. Mesti ada yang tertanya-tanya pebende la Adik Beradik 6E tu. Hahahahaha. Sebenarnya 6E tu blok rumah kitorang duduk masa zaman bujang kat Putrajaya ni dulu. Bukan la semua dok sekali. Ada batch. Hehe. Actually, rumah tu rumah mak Aimee dan Kak Jihan. Mula-mula sekali yang dok situ is Kak Jihan, Kak Sha, Liz, Ziah, Yam, Shema. Aku selalu la menumpang kasih kat situ masa tu. Bila Kak Jihan, Yam dan Shema dah kahwin, aku pulak pindah masuk rumah ni. Aimee pulak datang bila dia off. Lepas tu, Lela pulak masuk. Jadinya 2nd batch is Kak Sha, Liz, Ziah, aku, Lela, Aimee. Nana datang sesekali menumpang kasih. Kikikikiki. Banyak kenangan suka duka dengan diorang ni. Ziah dan Liz ni childhood friend aku. Kitorang berjiran dari kecik. Aimee dan Nana pulak aku kenal masa sekolah menengah. Yam dan Shema aku kenal masa mula-mula masuk kerja sebab diorang satu ofis dengan Ziah dan Liz. Kak Sha dan Lela pulak satu ofis dengan 2nd ofis Liz. Huda tak dok kat 6E tapi dia pun childhood friend kitorang dan dia selalu join aktiviti 6E. Panjang kalau nak cite salasilah kitorang ni. Hehe.

Teringat zaman-zaman bujang dulu, takde kereta lagi. Pergi kerja naik bas Nadi Putra tu. Nak pergi makan, menapak la ke kedai mamak terowong kat Presint 9 tu. Kadang-kadang kul 2 pagi perut lapar, menapak la kitorang ni tengah-tengah malam buta semata-mata nak makan cheese naan. Uncle maple tu pun dah kenal kitorang. Bila hari gaji, naik la bas pergi Alamanda nak beli barang-barang rumah. Lepas tu berganding bahu pulak angkut barang naik atas. Nasib ada lif. Hehe. Lagi, pergi tengok wayang sama-sama, joging sama-sama dengan Liz sampai sesat barat kat Presint 8. First time pergi Jakarta ramai-ramai tahun 2008. Menangis sama-sama bila masing-masing ada masalah. Seriously, aku rinduuuuu.. :(

Sekarang ni, mostly dah berkahwin. Dah ada anak pun masing-masing. Dah tak boleh nak hang out macam dulu. Sedihhhh :(

So bila jumpa ni, apa lagi, bergossip, mengutuk sesama sendiri. Lama dah tak mengutuk sesama sendiri. Hehe. Paling penting, berposing tak abis-abis sampai hubby masing-masing jemu melayan. Kikiki. Sambil-sambil tu makan  la apa yang ada. Banyak sangat jajan macam buat birthday party la pulak. Layan gambar la pulak. Jangan ada yang muntah dah la. Hehe.




 Nasib la ko Lel. Sape suruh dok dekat dengan makanan. Hehe







Ni gambar mula-mula. Baru perasan aku dok kat area orang-orang tinggi. Tukar tempatlah

Ni baru betul




Ni nama dia posing cekak pinggang. Yang kanan sekali tu je perasan model. Hehe



Diorang pun nak jugakkkkk

With Aydean. Pesal ntah gambar ni tak boleh rotate. Grrrrrrrrr


Xoxo,