Thursday, November 20, 2014

Boracay, Philippines ::Day 2::

Hari ni dah amik pakej Island Hopping. Pagi-pagi breakfast dulu kat hotel. Jam 8.00 pagi diorang dah datang amik kat hotel. Beria-ria diorang kata nak datang amik, aku ingatkan sama la macam kat Krabi ke Phuket ke, diorang datang naik van, bas or bas ala-ala trak tu. Rupanya lainnnnnnn. Diorang datang jalan kaki. Menapak la kitorang semua ke White Beach. Jauh jugak nak berjalan tu. Rasanya ke Station 1, White Beach. Otw nak ke White Beach tu, sempat jugak aku dan hubby beli sunnies sebab lupa nak bawak. Murahhhhh gila wehhhh! 100 peso/pcs (RM7.50). Beli la sorang satu. Hikhik. Semalam kan sampai Boracay dah malam, so tak nampak la pantai yang CANTIKKKKKKKKKKKKKKKKK sangat tu. Harus la pagi ni teruja sangat. Sempat lagi snap pic kat pantai. Hehe.

Gila kauuuu tak cantik mcm ni????????!!!! Pic ni amik guna hp je 

Bila aku upload pic ni, ramai yang ingatkan lukisan or aku edit. Tak ye korang. Ni memang betul-betul. Bukan cobaan. Hihi.

 Ni lah sunnies RM7.50 tuuuuuu. Murah kan? Murah kan? Hehe.

Sampai je kat booth company tu, aku pulangkan balik lesen yang diorang bagi semalam. Lepas tu, isi borang untuk insurans. Kena bayar 200 peso/pax (RM15). Yang ni bayar asing ya. Tak termasuk dalam pakej semalam tu. Lepas tu, sewa snorkeling set 100 peso (RM7.50). Dah setel semua, bergerak la ke bot. 

 Ni masa baru nak gerak dari White Beach. Mendung je. 






Masa atas bot tu tengok langit dah mula gelap. Hujan sikit tapi tak lama. Cuma langit memang mendung la. Tak cerah dan tak panas. Mula-mula kami dibawa ke Crocodile Island. Crocodile Island ni pulau kecik je. Just berhenti untuk snorkeling dan bagi ikan makan roti. Aku yang tak adventure ni mesti la dok atas bot je bagi ikan makan. Hahahaha. Lagi 5 orang dok snorkeling kat situ. Tengah syok diorang snorkeling, ada la datang 2 orang ni. Aku buat tak tau je la. Rupanya datang nak kutip snorkel fee. Kahkahkah. Baru aku tau nak snorkeling kat situ kena bayar 20 peso/pax (RM1.50). Tak lama pun aktiviti kat sini. Tak sampai sejam pun. 

  Tak nampak sangat ke'crocodile'an nya. Ni lah Crocodile Island. Hehe.
 

 
 
  Snorkeling di Crocodile Island.

Dah setel snorkeling, bot bergerak pulak ke Crystal Cove Island. Entrance fee kena bayar sendiri ya. 200 peso/pax (RM15). Masuk je dalam tu, ada la hujan turun kejap. Yang hubby aku pulak mentang-mentang kali ni bawak monopod, kemain lagi dia berselfie. Over pulak dari aku. Aktiviti kat sini, masuk gua. Gua yang pertama tu, kecik je. Turun tangga then kat bawah tu boleh mandi. Hubby aku kan pantang nampak air. Sempat lagi dia terjun kejap sementara kitorang berehat. Macam kan penat sangat. Hihi. Naik balik ke atas. Sambung posing-posing jap. Lepas tu gerak ke gua kedua pulak. Jauh sikit laaa. Berpeluh gak nak berjalan. Nasib la cuaca tak panas. Gua kedua ni macam adventure sikit la. Sikittttttt je. Sebab gua ni besar sikit dari yang tadi. Nak masuk tu kena menunduk/merangkak je. Untuk info korang boleh click CRYSTAL COVE ISLAND.

Crystal Cove Island

 US!

 Girls.
 Group photo!!


Cove 1


 Otw to  Cove 2
 Mencabar jugak nak turun tangga ni

 View di Crystal Cove Island. Beautiful.


 Tuuuuuuuu....

 Nak masuk ke Cove 2

Lepas tu, singgah pulak ke Magic Island. Dekat je dengan Crystal Cove Island tu. Entrance fee 150 peso/pax (RM11.25). Magic Island ni takde apa sangat. Yang best pun korang boleh buat cliff jumping dari ketinggian 7, 9 atau 10 meter. Daripada kitorang berenam, tiga orang je yang try. Hubby aku, Jue-A dan Azmi.

 Pic tak cantik. Screenshot dari video. Teruja sangat sampai lupa nak snap gambar. Hehe.





Bye Magic Island!

We LOVE Boracay

 Parasailing
  

Island hopping ni sampai tengahari je. Balik hotel, mandi-mandi dan bersiap. Then, lunch dulu kat hotel. Makan apa lagi kalau bukan pek Brahim's. Hehe. Aku dan hubby makan nasi briyani bukhara Brahim's. Lepas tu aku ada beli kuah ayam percik Brahim's jugak. Just panaskan kat dalam microwave. Tadaaaaaaaa. Siap. Lepas perut kenyang, baru la boleh teruskan aktiviti menjelajah White Beach. Hihi. Naik tricycle ke D'Talipapa. Harga 10 peso sorang (75 sen). D'Talipapa ni adalah tempat shopping ya adik-adik. Lebih kurang macam D'Mall tapiiiiii harga jauh lebih murah ya. Pandai-pandai la ko tawar-menawar kat situ. Contohnya kat D'Mall, fridge magnet dijual 75 peso/pcs. Kat D'Talipapa ko boleh dapat 50 peso/pcs. Kalau beli banyak boleh mintak kurang lagi.
 

Aku banyak membeli kat kedai 116 D'Talipapa ni. Owner dia pun ok. Lama kitorang berkampung sebab Mimi memborong kat sini. Bila beli banyak boleh la tawar-menawar sikit tapiiiii memang harga souvenir kat Boracay ni masih murah. 


Ni owner kedai ni. Suami isteri. Sempat diorang suruh kami ajar Bahasa Melayu sikit-sikit. Siap tulis dalam notebook lagi.
 
Dari mula-mula masuk kedai ni aku dah berkenan dengan clutch bag ni. First, sebab colourful. Second, sebab nampak unik. Beg ni diperbuat dari bunga waterlily katanya. 
Mesti la aku beli kan. Warna dia memang favourite akak, Senahhhhhhh. Harga diorang bagi mula-mula mahal jugak. Aku pun kononnya nak pergi survey kedai lain dulu. Lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii mahal rupanya. Bila datang balik kedai ni, clutch bag warna ni dah takde! Mimi dah rembat. Nasib baik la Mimi baik. Dia bagi kat aku. Hehehe. Harga lepas tawar-menawar 300 peso ye adik-adik. Tu pun sebab beli banyak. 
Pen ni owner kedai bagi kitorang sorang 1. Comellll. Hehe. Of coz la aku pilih colour pink kan. 
T-shirt ni dapat 150 peso (RM11.20) 2 helai. Murah kan?
Lepas tu berjalan-jalan kedai lain pulak. Macam-macam la souvenir dan barang-barang yang diorang jual. 

Beg.

Beg lagi.


Fridge magnet ni aku beli kat merata-rata kedai di D'Talipapa. Korang jangan beli kat D'Mall tau. Fridge magnet yang sama tapi harga lagi mahal kat D'Mall. Fridge magnet ada macam-macam harga. Ada yang 3pcs 100 peso. Tapi aku mintak 4pcs. Hahaha. Ada yang diorang jual 8pcs 100 peso. Ada yang 1pcs 50 peso. Pandai-pandai la tawar-menawar. Tu yang penting. Tapi ada gak penjual yang kedekut tak nak turunkan langsung harga. Memang aku bye bye je lah. Cari kedai lain. Hehe.

Gelas I LOVE BORACAY ni aku dapat 130 peso (tak sampai RM10 pun).

Kat D'Talipapa ni jugak ada wet market. Wet market ni ialah pasar yang menjual macam-macam jenis seafood. Lobster, bermacam jenis udang besar-besar (aku tak tau nama.. haha), sotong, segala jenis ketam, scallop (chewahhhh, sejak layan Masterchef ni aku dah kenal scallop.. kahkahkah), kerang, segala ikan. Sume benda ada lah. Kita boleh beli. Lepas tu, kat sekeliling wet market tu ada Paluto Cooking Service iaitu kedai yang menyediakan khidmat memasak seafood yang kita beli tu. Harga upah masakan bergantung pada jenis masakan dan beratnya. Korang boleh lah survey-survey dulu nanti. Aku nak tekankan kat sini, korang WAJIBBBBBBBB pandai tawar-menawar ya. Yang tak pandai menawar jangan pandai-pandai nak beli. Sebab diorang memang akan letak harga mahal melampau. Macam kitorang aritu, lobster 3 ekor yang beratnya hampir 2kg. Diorang bagi harga 5000 peso (RM375) ok. Mahalllll gila sebab info yang aku baca diorang dapat lagi murah. Tawar punya tawar, akhirnya dapat la 2000 peso (RM150). Jauh tak beza harga dia. Lebih 50% diorang mark up. Hahaha. Nasib tak terkena.
 
Landak laut dan ikan tak tau nama

 
 Lobster






Wet market. Ni kedai lobster ya. 



Sababi Exotic Foods katanyaaaaaa. Ni salah satu kedai yang menyediakan khidmat memasak atau Paluto Cooking Service ya. Tapi kami tak makan kat kedai ni. Ngeriiii. Hihi.

 Laparrrr tapi posing tetap WAJIBBBB

Lobster grill with cheese. Harga di wet market ialah 2000 peso (3 ekor, berat almost 2kg)

Udang grill butter. Harga 600 peso (21 ekor, berat 1kg+)

Sotong grill. Harga 400 peso (berat 1kg)

Kitorang makan grill-grill je. Tak try masakan lain sebab baca review macam tak berapa kena dengan tekak. Ala-ala tak sedap la. Grill ni ok la especially grill with cheese or lemon butter or butter. Perut dah kenyang kitorang pun balik la hotel dengan perasaan gembira. Haha.

 I LOVE D'Talipapa

Balik tu naik tricycle lagi sebab perut dah kenyang tak larat jalan. Haha. Malam ni MNL ada buat Full Moon Party gitu kat roofdeck. Siap ada DJ youuuuuuu. Hensem pulak tu. Haha. Aku ada la naik jap pegi tengok-tengok. Lepas tu, masing-masing balik ke bilik untuk rest. Aku dan hubby kan dok kat tingkat 4. Kitorang lepak dulu kat hammock dekat dengan pantry tu. 

 Ni gambar masa siang.