Showing posts with label snorkeling. Show all posts
Showing posts with label snorkeling. Show all posts

Thursday, October 08, 2015

Pulau Perhentian Part 3 : Day 3

Last day di Perhentian, pagi ni plan nak hiking ke Kincir Angin. Kononnnnnnnnnnnnnnnnn. Ada masa lagi sebab kitorang decide nak balik naik last boat jam 4 petang nanti. Sebabnya tak puas lagi kat sini sebenarnya. So, pagi-pagi bersiap dan turun cari breakfast dulu. Kena la makan dulu sebab nak kumpul tenaga kan. Hihi.
 
 Timur Laut Café
 
Nasi lemak ayam goreng dan teh tarik. RM10. Ok jugak harga dia. Kat Long Beach ye.
 
Lepas breakfast, tanya-tanya orang kat resort, akhirnya kitorang jumpa la jalan nak hiking ke kincir angin tu. Menurut kata orang-orang kat sana, kurang sejam dah boleh sampai atas tu. Semangat la ni aku nak hiking. Kononnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. Hahahahaha. Sekali baru jalan sket nak masuk hutan tu, terus hilang semangat sebab aku dah ternampak biawak besoooooooooo. Bapak besoooooooooo. Dah la aku berdua je. Kang kalau dia makan kitorang, cemane. Bisik hati kecilku. Sedangkan cicak yang kecik pun aku fobia, inikan pulak biawak. Tak boleh jadi ni, misi terpaksa dibatalkan. Kitorang pun berpatah balik ke pantai.
 

 Long Beach di pagi hari
 
Tanya-tanya pulak dengan kakak bot tu, berapa tambang water taxi nak ke Kincir Angin, dia bagitau RM10/sehala untuk sorang. Maknanya kalau pergi balik untuk kitorang berdua ialah RM40. Tak pasal-pasal terbang RM40. Hahahaha. Tak lama pun, ada la dalam 5 minit dah sampai sana. Masa tu dalaam pukul 10 lebih aku rasa. Ke 11 ntah. Lebih kurang la. Yang aku pasti matahari memang tengah terik masa tu.


Nampak tak?
 
Tak nampak?
 

 Jeti Kincir Angin
 
Sampai kat jeti Kincir Angin tu pulak, 1 hal lagi. Boleh pulak jeti tu runtuh, kauuuuuuuuuu! Senget jeti tu. Kena pulak aku merangkak atas tu. Ok, aku exaggerate. Nak naik tangga pun alahai. Dah la tangga kayu je. Takde tempat pegang pulak. Aku kan over. Aku dok imagine kalau tengah panjat tangga tu tetiba aku jatuh cemane. Dah la takde orang. Hubby aku pun takat berenang-renang ke hulu boleh lah. Akhirnya, ketakutan mengatasi semangat yang ada. Aku decide tunggu je kat jeti senget tu sementara hubby aku naik atas nak amik gambar jap. Kejap tak kejap lah, ada dekat sejam kot. Aku ni ibarat ikan paus terdampar di sudut jeti. Dah la sorang-sorang kan. Macam-macam pulak aku pikir. Lanun datang lah, orang jahat culik aku lah, yg hubby pulak lama sangat kat atas tu. Sampaikan aku pikir dia dah pengsan kat atas tu haaaa. Kahkahkah.
 













Gambar ni dari SJCam
 


Ni lah Kincir Angin. Ni sume gambar yang hubby snap.. Memang cantik!
 

Ni gambar yang aku sempat ambil
 
Tak lama lepas tu hubby turun. Ada sekali couple omputih dengan india, dengan monyet peliharaan sekali. Aku ingatkan girlfriend dia tu mmg dari India, berabuk aku speaking London. Rupanya org Malaysia jugak. Hehe. Tak lama tu, dengar dia cakap melayu je dengan hubby aku. Hubby dok teringin nak terjun kat situ, tapi tak tau dalam macamana kat situ. Bila ada orang berani la sikit dia nak try terjun. Tapi sebelum tu dia cakap dulu kat omputih tu dia tak pandai sangat berenang. So, soh omputih tu standby lah. Kikikikiki.
 
 
Yang couple tu selamba je terjun tauuu. Dia campak monyet dia dulu. Lepas tu baru diorang terjun. Pandai pulak monyet tu berenang. Kecik ati aku. ^__* Bila hubby terjun, lama sikit lah baru dia boleh timbulkan diri balik, omputih tu dah risau terus terjun pi tarik hubby aku. Tapi memang best kata hubby. Aku? Memang TAKKAN la try.
 
Monyet yang pandai berenang
 

Sempat mengabadikan kenangan di jeti runtuh. Hehe
 

Dah puas kat situ, water taxi pun sampai. Kitorang pun balik la ke Long Beach. Lepas tu jalan kaki pulak ke Coral Bay. Sebabnya hubby dok ajak naik kayak. Harga kat Long Beach mahal sket, tu yang gigih pergi Coral Bay. Hehe. Masa ni dalam jam 12 macam tu. Kitorang sewa sejam je. Jadi la buat merasa. Aku malas sebenarnya sebab penat nak dayung nanti. Dah la kayu dayung tu berat gak. Lagi satu aku takut kayak tu terbalik. Hahahaha. Ok, imaginasi aku over.

 Lakonan semata-mata. Hikhik
 

 Batu karang di lautan
 


 Long Beach di waktu petang
 


Lepas habis kayak, kitorang singgah lunch kat Ewan's Café. Dah habis lunch terus ke Long Beach. Ada misi yang perlu dilaksanakan. Nak tau apa?



 
Mandi lautttttt!!!! Tengahari buta berendam dalam laut. Akibatnya sampai hari ni, kaki aku masih hitam. Tapi puasssssssssssssss wehhhh. Bila bab mandi laut ni memang la feveret aku. Mandi-mandi sampai puas. Dekat jam 3 baru naik. Mandi dan siap-siap sebab bot datang jam 4 petang. Dah siap aku pergi beli fridge magnet. Mahal gila weh. RM12. Baik la korang beli masa kat Jeti Kuala Besut nanti je. Sama je tapi harga berganda murah. Nasib aku beli 2 je masa kat pulau. Hehe.
 
Mandi laut tengahari buta
 
Bye Rock Garden! Bye Long Beach! Bye Perhentian. Sobsobsob
 

Masa balik ni cuaca tak berapa ok sangat. Melambung-lambung bot dipukul badai. Gitu. Nasib la bot besar takde la rasa sangat. Sampai kat jeti, singgah beli fridge magnet jap lepas tu tunggu van nak ke airport. Perjalanan lebih kurang sejam. Lama jugak la kitorang bertapa kat airport sebab flight kul 11 malam.
 
Kesimpulannya, aku dan hubby PASTI akan ke Perhentian lagi. Bestttttt!
 
 
TAMAT
 
 
Xoxo,



Wednesday, September 23, 2015

Pulau Perhentian Part 1 : Day 1

Dah lebih 2 minggu balik dari Perhentian tapi tak sempat-sempat nak update blog. Banyak info pun dah ingat-ingat lupa. Sebelum banyak lagi info aku lupa, let's jom update trip ke Perhentian ni. Plan ke Perhentian ni decide last minute. Sebabnya asyik teringat-ingat je laut lepas balik Redang aritu. Aku pun pantas la survey flight tiket, kalau ada murah proceed je ke Perhentian. Kalau mahal, postpone dulu. Harga tiket dalam RM146 untuk 2 orang. Terus la aku booking date seminggu lepas tu. 
 
 
Booking details. RM73/pax (return)
 

Terbang di subuh hari

Dalam masa yang sama aku call chalet-chalet kat Long Beach, Perhentian Kecil. Mostly suruh walk in je nanti sebab aku tak nak amik pakej. Nak uruskan sendiri je. Long Beach jadi pilihan sebab tempat ni paling happening kalau kat Perhentian. Just suka-suka nak tengok 'ke-happening-an-nya'. Redha je la tak booking chalet. Dari airport Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut aku booking dengan geng group travel aku je, Yoe. Yoe ni boatman kat Perhentian. Memang anak jati Perhentian. So, deal return van dan return boat dengan Yoe. RM50/sorang untuk van (pergi balik) dan RM50/sorang untuk bot (pergi balik). Harga sebenar bot RM70 tapi Yoe bagi diskaun. Hehe. 
 
 Dah sampai. Jeti Kuala Besut
 

Membelah samudera di pagi hari
 
Aku memang amik flight paling awal sebab nak masuk Perhentian awal pagi. Sebab utamanya kerana nak walk-in cari chalet. Kang pegi lambat-lambat takde bilik ada yang kena tido atas pasir beratapkan bulan dan bintang je nanti. Haha. Flight dari KL jam 6.35 pagi. Sampai di KB jam 7.35 pagi. Driver van dah siap menunggu dengan nama aku. 4 orang je penumpang yang ada. Kebetulan sama flight dengan aku. Perjalanan dari airport ke Kuala Besut 1 jam. Sampai di Kuala Besut jam 8.50 pagi. Terus ke office Perhentian Trans untuk uruskan pembayaran. Lepas tu bayar dulu RM5/sorang untuk Taman Laut dan terus naik bot. 

Perjalanan ke Perhentian lebih kurang dalam setengah jam dengan speedboat. Mula-mula hantar orang lain dulu ke Coral Bay, Perhentian Besar, last sekali baru ke Long Beach, Perhentian Kecil. Speedboat ni akan berhenti kat tengah-tengah sikit. Nanti ada la water taxi yang akan amik kita dan bawak ke tepi pantai. Bayaran RM2/sorang. Sampai-sampai je kat Long Beach, Ya Allah.... Seriously cantikkkkk sangat. Pendapat peribadi aku Perhentian lagi cantik dari Redang. Tapi dua-dua pun aku suka oiiiiiiiiiiiiii... Hubby aku laaaaaagi la. Pantai dan laut memang favourite dia. Tiap kali nak pergi bercuti pun hubby prefer ke pantai/ pulau. Ketagih laut kekdahnye.





 
Ok, sambung balik setelah almost 4 bulan. Huaaaaaaaaaaaaaaaa. Sadis betul tulis entry macam ni pun berbulan-bulan.
 
Sampai je kat Long Beach tu, kitorang cepat-cepat la mencari  chalet-chalet yang aku dah finalize sebelum datang. Mula-mula pergi ke Lemongrass. Location ok, chalet pun nampak ok tapi tak boleh tengok bilik lagi sebab ada orang. Tengahari nanti bila diorang check out baru boleh tengok bilik. So, kitorang jalan-jalan tengok chalet lain pulak. Pergi ke Rock Garden. Menapak sket lah naik tangga hoiiii. Tapi takpe lah, anggap je tu exercise. Bila tanya kat receptionist, diorang kata tunggu kul 11 kalau ada orang check out. So kitorang pun tunggu la kejap. Standard room (fan) with bathroom RM130/night. Mahal sikit sebab aku pergi ni weekend. Tak tunggu lama pun, receptionist bagitau ada bilik. Terus setuju je lah. Tapi nak booking 2 malam terus diorang kata 1 malam je dulu. Esok baru tengok balik ada bilik ke tak. Aku pun tak paham apesal. Tapi receptionist ni bagitau omputih kat sini kadang bila tiba hari check out, tiba-tiba diorang nak sambung stay situ. So, diorang pun tak tau ada bilik kosong ke tak. Alah panjang sangat la aku membebel.
 
View Long Beach dari Rock Garden Chalet
 
 Bilik basic je. Jadik lah.
 
 Kipas dinding. Tu pun sejuk malam-malam weh.
 
 View dari bilik kami
 
 Chalet-chalet
 
 Chalet kami
 
Straight to the point je lah. Lepas setel bayar, kami pun check in. Rehat-rehat kejap lepas tu terus turun. Tak sabarrrrr dah ni. Hehe. Mula-mula plan nak pegi lunch dulu.
 
Lunch kat Long Beach dulu. Family Café
 
 Bandung dan Nescafe Ais
 
 Alas perut dulu. Total RM35. Mahal ke idokkk?
 

Lunch di pasiran pantai

Lepas tu nak ke Coral Bay kat belah belakang ni nak cari pakej snorkeling. Dari review yang aku baca masa dok survey pasal Perhentian ni, ramai yang cakap area Long Beach tu mahal sket. Kalau kat Coral Bay mostly harga murah la dari Long Beach ni tak kisah la makanan ke, air mineral ke, pakej snorkeling ke, kayak dll. Memang harga di Coral Bay lagi murah. Tapi kena gigih la sket 'jungle trekking' dari Long Beach ke Coral Bay tu. Kalau korang ber'untung' macam aku, memang tiap kali 'jungle trekking' akan jumpa biawak. I is phobia, u know.

Jalan punya jalan, survey punya survey, akhirnya kitorang decide amik pakej kat sini. Paling murah kot kat Coral Bay ni. Korang kalau nak cari pakej snorkeling pegi la Coral Bay pastu cari kedai colour kuning nih.
 
 Short trip RM25/pax, Long trip RM30/pax
 
 Yellow Station
 


Ni pakej ke Pulau Rawa. RM50/pax
 

Kitorang amik pakej snorkeling long trip. RM30/sorang. Harga tu dah termasuk peralatan snorkeling. Fin pun dia bagi sekali. Nak suruh ko berenang laju-laju kekdahnya. Kitorang amik trip pagi. Start jam 10.30 pagi - 3.30 petang. Lebih kurang 5 jam lah. Next entry lah aku cite pasal snorkeling trip ni eh. Dah janji esok pukul 10 pagi kat depan Yellow Station. 
 
Nak balik ke Long Beach tu, singgah jap kedai beli mineral water. RM3. Kalau kat Long Beach RM4. Hehe. Lepas tu singgah pulak kat café ni. Sebabnya nampak ada aiskrim kelapa. Tipah tertipuuuuuuuuuuuuuu bang. Tipah tertipuuuuuuuuuu. Sobsobsob. Aku ingatkan aiskrim perisa kelapa macam Sangkaya tu rupa-rupanyaaaaa....
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 
 Cenggini jah. Aiskrim vanilla dalam kelapa. Kat menu tulis Aiskrim Kelapa!!! Apakah?
 
Zoom sket. Harga RM12. Huhhhhh...


 
Amelia Café n Shop


Jom cuci mata pulak..... Ni dekat Long Beach, Perhentian Kecil
 

 Bubu Villa. Antara chalet mahal di Long Beach
 






 
Jom tengok Coral Beach pulak....
 
 
 
 
 
 
 Bakawan Divers
 
Ewan's Café


 
Dah, jom balik ke Long Beach.................
 
 
 
Chalet kat bawah tu lah Lemongrass. Rock Garden yang kat atas. Kena menapak naik tangga. Fuhfuhfuh.
 
 Kedai makan
 
 Selipar aku *wink*
 
 Sotong berjemur ^_*
 
 Bubu Long Beach Resort untuk orang ada-ada. Hehe
 
 
 
Personally, aku sangattttttttttttttttttttttttttttttttttttt suka Long Beach. Pantai dia pada aku ala-ala White Beach, Boracay cuma pasir kat Boracay lagi putihhhhhh. Padan la dengan nama White Beach tu kan. Seriously tak puas takat 3 hari kat sana.
 
Dah petang tu, kitorang just jalan-jalan dan berendam kejap kat Long Beach. Dekat nak maghrib baru naik atas. Konon nak mandi dan turun bawah balik untuk dinner. Kebetulan malam tu ada Zombie Night pulak. Nak la menengok omputih-omputih tu bertukar jadik zombie. Masa nak naik ke chalet tu tengok ramai dah omputih dengan mekap ala-ala zombie bagai. Wahhh, macam happening je. Tapi dah naik atas lain pulak yang jadi. Kononnya nak rehat kejap je. Tapi nan adooooooooooooo. Tido sampai esok katnya. Hahahahaha.
 
 
Bersambung....
 
Xoxo,