Wednesday, September 15, 2010

AIDILFITRI 2010

Fuhh.. fuhhh... fuhhhh... Buang habuk dulu. Lamanya tak update blog ni. Banyak benda sebenarnya yang nak ditulis tapi penyakit 'M' melanda diri. Hehe.

Tahun ni merupakan tahun pertama.... Beraya sebagai isteri kepada incik suami. Tahun pertama juga saya tidak beraya bersama keluarga tersayang di Negeri Sembilan kerana beraya dulu di Temerloh. Tahun pertama tiada pertelingkahan, tiada masam muka, tiada perang mulut sebab berebut nak balik kampung siapa. Bila hubby kata ok ke tak if beraya di Temerloh dulu, saya terus setuju. Sebab.. Sebabbbb... Sebabbbbb... Saya nak berlama-lama di kampung saya. Hehehe.

3 hari sebelum raya (Selasa) saya half day aje sebab nak hantar mak dan ayah balik ke kampung dulu. Incik suami bekerja jadi saya terpaksa hantar sorang diri. Nasib baik anak sedara saya, si Adam meng'offer' diri nak temankan saya tapi dengan syarat bukak puasa kena makan pizza. Demand okehh... Jam 4.00 petang saya bertolak dari rumah ke Rembau, Negeri Sembilan. Jalan tak jem tapi biasa la, bila petang-petang tu mata mengantuk gilerr. 2,3 kali mata ni nak terlelap je. Sampai di R&R Senawang saya berhenti sekejap. Letak minyak cap kapak kat kepala sket dan sambung perjalanan. Ajaibbb... Dah tak ngantuk. Hehe. Jam 6.00 lepas setel turunkan barang dan rehat kejap, saya bertolak balik ke KL. Saya pesan pada Adam supaya jangan tidur sebab takut saya mengantuk. Saya pun melayan la dia dengan teka-tekinya yang mostly saya dah tau jawapannya. Jam 7.30 mlm saya sampai di Pizza Hut Kuchai. Incik suami dah menunggu di sana.

2 hari sebelum raya, saya dan incik suami bertolak pagi-pagi ke Temerloh. Takde la pagi sangat kot sebab pukul 10 pagi baru bertolak. Hehe. Sampai di Temerloh jam 11.30 pagi. Hubby dan abang ngah dah plan nak buat lemang. Jadi petang tu hubby ke kebun amik buluh lemang. Esoknya operasi membuat lemang.

1 Syawal.
Kami sedondon memakai warna kelabu tahun ni. Selepas balik dari masjid, sedara mara hubby yang dekat-dekat dah datang beraya. Lepas dah takde orang baru diteruskan upacara salam dan bermaafan. First time saya melutut dan bersalam mintak ampun dan maaf dengan hubby. Lepas tu, part paling saya suka. Sesi bergambar!!! Hehe

*pic nanti baru upload sebab kat my SIL*

2 Syawal.
Untuk Raya Kedua, saya dengan baju kurung colorful saya dan hubby pula pakai baju melayu krim. Jam 1.00 lebih baru kami bertolak ke Negeri Sembilan. Sampai-sampai family saya dah beraya ke Kota jadi kami terus je ke sana. Lepas tu konvoi 3 kereta beraya ke rumah sedara-mara belah ayah. Maghrib baru pulang ke rumah. Lepas maghrib pula ke rumah sepupu saya. Ada makan-makan sikit.

3 Syawal.
Saya dan hubby sedondon ungu. Saya memakai kaftan dan hubby cuma berpolo-t ungu dan jeans. Kata dah raya ketiga kan. No more baju melayu la. Hehe.Beraya pulak ke rumah sedara mara belah mak. Maghrib baru pulang. Penattttt tapi saya suka.

4 Syawal.
Saya memakai baju kurung pahang kain saree kaler Royal Blue/ Pink manakala hubby berpolo-t pink. Esok hubby dah start keje. So kami pulang harini. Kebetulan along dan angah pun nak pulang ke KL. Kami plan nak singgah di Semenyih. Rumah family angkat kami. Sampai di KL jam 4.00 petang. Rehat dan tido dulu. Lepas maghrib ke rumah Pak Itam di Sungei Way dan terus ke Kota Damansara, rumah along.

Cuma 1 je masalah saya ni bila nak balik kampung especially bila raya sebab kereta saya memang akan penuh. Takde ruang langsung. Dengan kuih raya berbalang-balang, kasut berpasan-pasang (rak kasut saya sekarang ialah bonet kereta), handbag 5 buah yang telah disusun rapi dalam paperbag, beg baju saya dan suami 2 buah, 1 make up bag, baju-baju raya yang bergantung di kiri dan kanan tingkap belakang (hubby kata sepanjang jalan cuma kereta kami je yang bergantung-gantung macam tu), album kahwin kami yang sangat berat, bantal 2 buah (spare kalau tak cukup bantal di kampung saya + saya tak suka pakai bantal lain). Hehe.. Saya amemang complicated dan sebolehnya saya akan bawak semua barang yang saya 'MUNGKIN' perlukan walaupun separuh dari barang-barang tu memang takkan dipakai.

*layan gambar la ekk... wink*