Friday, December 30, 2011

Phuket :: Part 2 ::

Dah bersawang blog saya ni sementara nak tunggu sambungan citer Phuket. Masa banyak tapi mood takde. Hehe. Sekarang mood dah ada. Nak update blog sampai lebam. Sambung citer untuk 2nd day di Phuket. Hari yang sangat pack.

Pakej Phi Phi Island saya dah beli masa 1st day sampai. So travel agent tu dah tulis akan pick up dalam kul 7.00 - 7.15 pagi. Ada citer suspen masa ni. Saya terjaga (tgk jam kat hp baru pukul 4 pagi waktu Malaysia). So masa tu dalam ati ni, alahhh baru pukul 3 lebih. Hubby masih lena lagi. So kita bukak fb dulu. Masa ni memang bising kat bawah hotel tu. Bunyi orang bercakap, wat keje la, bising sangat. Saya pulak dok pikir diorang ni tak reti nak tido ke or atleast wat keje slow2, kan time orang tido ni. Then tiba-tiba rasa nak bbm my niece kat kl. Saya bbm, my niece reply. Saya tanya dia tak tido ke. Dia jawab - dah pagi la maksu, mesti la bangun nakg skool. Saya memang menggelupur gila masa ni. Baru teringat my hp teroff smlm. Lama baru on blk and jam tu dah silap sebab lupa nak betulkan masa dia.

Uwaaaaa.. Cepat-cepat capai hp hubby. Tengok dah kul 6 lebih rupanya. Cepat-cepat siap, kejut hubby. Saya siap betul-betul pukul 7. Takut sangat-sangat if driver tu dah datang n tengok kiterang takde ke, dia dah tinggalkan kami ke.. Then saya turun dulu. Nasib baik la driver tu datang 7.15 pagi, so sempat la kami. Hehe.. Saya terfikir, if tadi saya tak bbm my niece tu, memang smpai ke sudah la tak sedar jam tu salah . Patut la mata ni memang dah segar n takmo tido lagi... Hikhikhik.

So, driver datang pick up, kami menuju ke jeti untuk naik feri ke phi phi island. Saya suggestkan kawan-kawan yg nak ke Phi Phi Island, better naik speed boat sebab feri tak dapat bawak detail sangat tempat-tempat yang ada sekitar tu (e.g : maya bay, viking cave etc). If naik feri kita cuma tengok dari jauh, snap pic gitu-gitu aje. Yang saya ni sebab takut, ingatkan speed boat yg kecik tu, yang muat tak sampai 10 orang. Rupenya speed boat dia besar, boleh muat dalam 30 orang gitu. Kami naik feri kat tingkat 3 - aras paling atas n open takde bumbung, feeling-feeling macam omputeh kekdahnya nak berjemur. Haha.

Suasana dalam feri...

Maya Bay

Viking Cave.. Tengok dari jauh je sebab feri takleh masuk. If naik speedboat boleh pergi dekat dan masuk bawah cave tu.

Saya. Hehehe.

Saya dan Cinta Hati. Heeeee..

Stop kejap untuk snorkeling di Monkey Beach. Semua tengah bersiap-sedia nak snorkeling. Saya? Hehe.. Tukang amik gambar and jaga beg. Hubby sorang je snorkeling.

Snorkeling Time!!!

Phi Phi Pier

Welcome to Phi Phi Pier peeps!

Lunch di PP Princess

Dalam pukul 2.10 petang, kami kena berkumpul balik kat feri. Jam 2.30 petang feri start bertolak balik. Insya Allah kalau ada rezeki lagi ke phuket, memang saya nak naik speedboat pulak ke Phi Phi Island ni. Hehe.

Kami sampai dalam pukul 4 petang. Tunggu pulak penumpang lain yang naik 1 van dengan kami. Jem sket la masa nak balik ni. Kami pulak rush nak ke Phuket Fantasea lepas ni. Driver tu akan pick up jam 6.15 - 6.30 petang gitu. Sampai hotel dalam pukul 5 lebih. Rehat kejap, bersiap pulak nak ke Phuket Fantasea..


Welcome to Phuket Fantasea...

Sayangnya kamera tak boleh bawak masuk. Kena tinggalkan kat sini la dulu.

Nak berjalan ke show teater tu agak jauh jugak la. Nak-nak kita ni nak cepat kan, laaagi la rasa jauh. Tapi apa-apa pun show kat Phuket Fantasea ni memang first class. Best sangat-sangat. Patut la kawan-kawan forum Cari suggest sangat-sangat pergi tengok show ni. Kami masuk show dah start dalam 5 minit. Lepas 1 1/2 jam, show pun habis. Then g amik kamera. Perut memang dah lapar sangat, cepat-cepat ajak hubby terus ke The Golden Kinnaree Buffet Restaurant, tunjukkan je pas masuk kita. Nanti diorg akan bagitau no meja dan tunjukkan section halal. Overall agak sedap jugak makanan kat sini especially kuah kari. Sedappp...





Lepas makan baru senang ati nak berposing. Hehehe.

Jam 10.30 malam kami dah keluar. Driver pun dah tunggu. So, kami dah puas snap pic, pergi la tunggu dalam van. Lepas tu 1 couple dari Russia pun dah tunggu. Then datang pulak 1 guy dr Australia, dengan gf thai dia. Hehe. Kami sempat la berborak dengan couple Russia dan Australian guy tu. Russia tu boleh tak tau Malaysia kat mana. Uwaaaaaa.... Puas dok explain kat dia. Patut la diorang pelik sangat bila kami kata kami datang 3 hari je. Diorang datang for honeymoon. 3 weeks yoooo. Lepas tu baru Australian guy tu menyampuk. I loooooove Kuala Lumpur. Love love.. Kuala Lumpur nice. Nice people, Petronas Tower...bla bla bla... Bangga kejap. Hikhik. Sampai je hotel, mandi and terus tido. Zzzzzzzzzzzzzzzzz...

Tuesday, November 01, 2011

Phuket :: Part 1::


2nd wedding anniversary tahun ni, saya dan hubby plan nak ke Phuket. Last saya ke Phuket dalam13 tahun lps kot. Hehe. Masa tu baru form 2 gitu. Hubby pulak 1st time ke Phuket. Flight kami jam 7.25 pagi, hujan lebat masa ni kat lcct. Tapi flight tetap ikut jadual.

Sampai di Phuket International Airport dlm 8.00 pagi (waktu Phuket, waktu kat Phuket ni lewat 1 jam dari Malaysia). Keluar je dari cop passport kat imigresen, ramai la agen yg menunggu kat luar tu, dok tanya kalau kami nak taxi etc. Kami ikut salah sorang tu pergi kat kaunter, biasa la... Die dok promote pakej Phi Phi Island, Phuket Fantasea etc. Harga memang cekik darah la sikit tapi boleh bargain. Saya tetap berkeras taknak pakej, just nak taxi. Last-last diorang bagi pakej Phi Phi island + lunch untnk 2 persons B2400 dengan free taxi ke hotel (1 way je.. hehe). So kami dapat pakej ke Phi Phi Island by ferry dalam B900 sorang, which is bole dapat kat area patong beach dlm B700 SAHAJA.


Kawan-kawan, plz take note ya tak payah la amik apa2 pakej kat airport or mana-mana tempat yg driver taxi tu bawak. Beli je kat patong beach. lagi banyak choice, if pandai bargain mmg akan dapat murah.. Hehe


Dalam sejam perjalanan, kami smpai di hotel. Kami dok di Silver Resortel, Patong Beach. Booking from agoda, recommended. Staff sangat helpful, lembut je. Tapi if muslim, plz take note JANGAN amik breakfast sekali sebab menu diorang ada pork jugak. Takut-takut kot diorang masak guna minyak yang sama pulak... Ewwww..

Kami sampai dalam kul 10 pagi, awal lagi. Check in jam 1 tengahari paling awal. So kami tinggalkan barang-barang kat hotel. Start berjalan di area patong beach tu. Singgah every booth yang jual pakej, riki-riki harga dulu. Then last-last lepas jauh berjalan, kami decide nak beli pakej Phuket Fantasea Show + Dinner Buffet dengan 1 lady ni. Rata-rata harga pakej Phuket Fantasea yg diorg bg ialah B1700. Ada la 2,3 booth bagi B1600.Tapi kami beli dengan lady ni dapat la B1550 per person... Which is RM155 sorang.

Silver Resortel

Step in Patong Beach.. Both of us wif love <3

Hotel ke pantai tak sampai 200 meter pun. Hehe

Lepas tu dalam pukul 2 ptg, kami balik ke hotel, masuk bilik n rest kejap. Layan pic bilik kami dulu. Hehe.






Dalam pukul 3 ptg kami keluar untuk lunch pulak. Makan kat area patong beach tu, ngadap laut kekdahnya. Kami order air kelapa 2, nasi putih 2, tomyam seafood, sotong chilli, telur dadar. Dalam RM30+. Tomyam sedap,pekat, mengancam.. Hehe. Nama kedai ni ialah
Wai Restaurant No. 6. Halal.

Layan picca makanan yang delicious ni dulu.....





Lepas makan just jalan-jalan sekitar pantai kejap n sambung jalan kat kedai-kedai. Kami berjalan sampai ke Jungceylon, which is jauh la jugak. Tambah dengan sesat lagi. Hikhikhik. Tapi sebab berjalan melalui kedai-kedai kat belah kiri, dan laut kat belah kanan, tak terasa pun jauhnya. Bolehlah exercise sekali kan.

Layan picca di Patong Beach.



Jungceylon, antara mall terbesar di Phuket

Oh btw, saya ada beli hat B200... diorg letak harga B450... mula-mula saya bargain B250... senang-senang je dia bagi, pastu bila dah confirm nak beli saya mintak kurang lagi, pun dia bagi. Beli pulak deco lamp kat Jungceylon. Mostly kedai yang jual deco lamp ni letak harga B1000 untuk lampu tu. Then, sy bargain punya bargain dapat la B500 tapi muka seller tu dah lain macam tau sbb dia bagi kurang mula-mula sampai B800 je, saya mintak jugak B500, last dia bagi B550 tapi saya tetap nak harga yang saya mintak tu. Kekekeke. Saya buat tak tau je, janji dapat harga yag saya nak. Haha.

me wif pink mini bus

Malam tu aktiviti berjalan je kat sekitar Patong n Jungceylon. Plan 1st nite konon-konon nak pegi tengok Simon Cabaret dah cancel sbb rasa takmo g pulak. Kekeke. So malam ni just plan nak makan kat Kusuma. Mula-mula nakg Marina Kitchen tapi tak jumpa pulak address. Sewa motor B200 for 24 hours. Memang dah janji nakg dinner dengan Kak Jun n Abang Mie (kami memang plan nak celebrate wedding anniversary yang kebetulan sama ke Phuket tapi Kak Jun g sehari awal, balik pun sehari awal), so diorang dah pergi pusing-pusing dulu cari Kusuma Restaurant tu, while me and hubby setelkan pasal sewa motor. Then diorang datang balik, bagitau ada orang promote restaurant lain plak. Kat area Kusuma jugak, sebelah-sebelah je. End up tak jadi makan kat Kusuma.

Menu dinner is tomyam seafood, ikan siakap 3 rasa, telur dadar, sotong goreng tepung, nasi 4, air 4.. rm140... Rasa plak so-so je sebab tomyam dia tak pekat mcm tomyam masa lunch. Huhu.

Layan pics yooo.

me wif kak jun

tomyam seafood

siakap 3 rasa

sotong goreng tepung

Balik dinner jalan-jalan naik motor. Singgah Patong Shopping Paradise. Then g hard rock. Snap pic sikit, melawat Rock Shop rikiriki t-shirt and keychain. Huhu. Masa naik moto nak balik ke hotel lalu pulak kat depan Simon Cabaret. Stop jap nak snap pic. Balik hotel n tido.. zzzzzzzzzzzzz

antara club yang bersepah kat Phuket

@ Patong Shopping Paradise


Hard Rock Cafe Phuket

depan bangunan Simon Cabaret Show