Tuesday, April 14, 2015

TIPS HO CHI MINH : Tempat Menarik Dan Tempat Shopping

Tujuan utama aku ke HCM adalah bershopping sikit untuk bisnes kecik aku. Jadi aku takde la berjalan beria sangat bila pergi sana. Malu pulak nak ngaku Sungai Mekong pun aku belum pernah jejak. Puppet show pun tak sempat tengok lagi. Niat tu dah ada tapi memanjang tak sempat. Hihihihi. So, aku nak cerita tempat-tempat yang aku pernah pergi.

CHU CHI TUNNEL - Aku beli pakej ke Chu Chi Tunnel ni dari AVA Hotel. Harga tak silap aku dalam USD11/pax. Nanti diorang akan amik kat hotel. Perjalanan dari hotel ke Chu Chi Tunnel lebih kurang dalam sejam atau lebih. Chu Chi Tunnel dari Wikipedia -
"The tunnels of Củ Chi are an immense network of connecting underground tunnels located in the Củ Chi district of Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam, and are part of a much larger network of tunnels that underlie much of the country. The Củ Chi tunnels were the location of several military campaigns during the Vietnam War, and were the Viet Cong's base of operations for the Tết Offensive in 1968.
The tunnels were used by Viet Cong soldiers as hiding spots during combat, as well as serving as communication and supply routes, hospitals, food and weapon caches and living quarters for numerous North Vietnamese fighters. The tunnel systems were of great importance to the Viet Cong in their resistance to American forces, and helped to counter the growing American military effort". Di akhir tour tu nanti diorang akan bagi makan ubi rebus. Bukan main lagi mamat-mamat omputih tu suka sangat dapat makan ubi rebus. Hahahaha. Tour ni separuh hari je. Dalam jam 2 macam tu diorang akan hantar balik ke hotel masing-masing. 

Ehemmm *kelip-kelip mata*




Chu Chi Tunnel

TEMPAT MEMBUAT PERHIASAN - Dalam perjalanan ke Chu Chi Tunnel, diorang akan singgah kat tempat membuat perhiasan. Banyak perhiasan yang ada jual di Ben Thanh atau Night Market ada dibuat kat sini. Tapi harga semuanya mahal-mahal. Aku tak beli. Cuci mata je. 





HARD ROCK CAFE - Aku jalan kaki je ke Hard Rock Cafe ni. Masa first time pegi, kitorang naik teksi. Tapi boleh tak driver tu tak tau Hard Rock tu ape. Puas aku explain, dia tak paham jugak. Rupanya dia tak tau. Kena sebut nama bangunan kat Hard Rock tu baru dia paham. Balik tu jalan kaki je. Jauh la jugak berjalan. Tapi kitorang pun memang nak santai-santai sambil tengok life kat sini malam-malam. Lepas-lepas tu dah tau jalan, takde la jauh mana pun sebenarnya. Hehe.




 Anak muda melepak di HCM

MUNICIPAL THEATRE (SAIGON OPERA HOUSE) - Sekali je pun aku pernah sampai sini. Tu pun kebetulan balik dari Hard Rock. Singgah kejap je amik gambar kenangan sekeping dua. Tu pun sebab nampak ramai orang. Hahaha. Kat sini tak silap aku ada pertunjukan akrobatik atau A O Show. Aku tak masuk jadi tak tau la pertunjukan apakah itu. Tapi korang boleh check website ni A O SHOW.


Harga tiket


 Municipal Theatre (Saigon Opera House)

SAIGON CENTRAL POST OFFICE (BUU DIEN) - Ni salah satu tempat menarik jugak untuk bergambar especially waktu malam. Kat area sini jugak agak happening la malam-malam. Ala-ala macam Dataran Merdeka gitu. Kalau korang feeling-feeling nak pos poskad bagai boleh la pergi ke Buu Dien ni ya!


Saigon Central Post Office

Actually banyak lagi tempat-tempat menarik sekitar Ho Chi Minh ni. Tapi sebab aku pun pergi sebab business trip, maka tak dapat la nak cover semua tempat. Tour ke Sungai Mekong pun aku tak pergi. Ni sebagai panduan je la kat korang. Tempat-tempat ni boleh jalan kaki je dari Ben Thanh tu. Tak perlu pun naik teksi. 


 



Ben Thanh
 

Saigon Square
 
Hoang Anh - baju kurung ready made
 
Taka Plaza


Ben Thanh Night Market


6 comments:

  1. Nice info. Senang nak arrange xtvt kat sana. Thanx

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome :) harap dpt la membantu serba sedikit utk sape2 yg baru 1st time ke HCM. n jgn lupa makan di restoran aysah. memang sedappppp

      Delete
  2. Salam
    Nakntanye
    Tempat shopping yg berdekatan ngan hotel di mana ye . Nama hotelnye..
    Dan restoran aysah di mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anne..

      Banyak hotel yang dkt dgn Ben Thanh. Boleh try check kat Saigon Pink 2, An Tam Hotel, Thanh Tu Hotel, Hotel Hoang Hai Long 2, Gia Huy Hotel. A&EM Hotel 150 kat blkg Ben Thanh. Restoran Aysah tu kat Lorong Melayu. dkt dgn restoran hjh basiroh

      Delete
  3. Salam
    Nakntanye
    Tempat shopping yg berdekatan ngan hotel di mana ye . Nama hotelnye..
    Dan restoran aysah di mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Anne. Ben Thanh tempat shopping paling popular di HCM ni. Hotel-hotel yang saya listkan semuanya dekat dengan Ben Thanh. Saya pergi jalan kaki je. Restoran Aysah dekat Jalan Melayu/ Jalan Malaysia sebelah Ben Thanh.. Harap membantu

      Delete