Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, September 21, 2015

B.I.R.T.H.D.A.Y

Sementara nak siapkan entry Perhentian yang terperap sekian lama tu, aku up dulu short entry ni. 16 September aritu birthday anak buah aku, Adam yang ke-13. Aku dah janji nak bawak dia makan-makan kat Salon Du Chocolat sempena birthday. Padahal maksu dia yang lebih nak makan kat situ sebenarnya. Haha. Birthday boy pun ikut je la, asal ikhlas katanya. Hehe.
 
So, malam semalam pergi la ke Salon Du Chocolat, Publika. Kami pergi berempat je. Aku, hubby, Iman dan birthday boy, Adam. Adam kata janji maksu dah setel. Tinggal pak lang je belum setel. Hikhikhik.
 
 Chocolate Waffle (Half)
 
 Waffle Stick. My feveretttttttttttttttt
 
 Chocolate Crepe. Aku request tulis 'HAPPY BIRTHDAY'
 
Birthday boy bizi main game. Budak-budak sekarang. Hmmmm
 
Kepada Adam,
Happy birthday from maksu-paksu.
Moga jadi anak yang soleh dan baik sentiasa.
Belajar rajin-rajin.
Jangan asyik main game je. Hehe.
 
 
 
Xoxo,
 
 


Wednesday, September 02, 2015

RAYA DAH HABIS

Haha.. Dah 2 minggu habis raya baru nak buat entry raya. Make it simple. Tahun ni aku beraya kat kampung aku, Rembau most wanted. 2 hari before raya aku dah balik kampung. Mak dengan ayah dah balik seminggu awal. Maklum lah, rumah tu takde orang duduk. Kena la balik awal sikit nak berkemas sume kan. Suruh upah je maid harian tu, mak tak nak pulak. Lagi puas hati buat sendiri kot. So, aku gerak dari rumah aku. Konon nak gerak lepas sahur (kononnnnn je), tapi nan ado ya. Jam 8 ke 9 baru aku gerak. Sampai je kampung, along aku n family dah sampai dulu. Padahal diorang lagi jauh dari Kota Damansara sana. Hehe.
 
Start siapkan bahan-bahan, masak mesti la mak yang jadi chef. Hihi. Bila raya kampung sendiri ni seronok lain macam. Excited je. Korang tunggu la entry raya aku tahun depan. Turn kampung hubby. Uwaaaaaaaaaa. Aku beraya kat kampung aku sampai raya ketiga. Lepas tu gerak ke Temerloh pulak. Beraya kat belah hubby.
 
Takde apa cite sangat pun. Pergi beraya rumah sedara-mara. Posing-posing dengan anak-anak sedara dan hubby.  Dok ulang-ulang macam tu je lah. Hikhikhik.
 
 




1st raya
 








 2nd raya

 
3rd raya

 Dah sampai Temerloh
 

4th raya
 
Xoxo,
 
 


Tuesday, February 17, 2015

Felda Residence Tekam

Cerita lama sebenarnya. Ikutkan hati malas nak cerita. Tapi takpe lah, mana la tau ada yang tengah mencari tempat nak short vacation dengan family, gitu. Bulan November last year, angah aku ajak pergi Felda Residence Tekam ni. Mula-mula takde plan pun nak ikut sebab baru balik dari Boracay, tapi last minit pergi jugak lah sebab angah nak sponsor chalet. Hehe.




Sebelum ni family aku pernah ke Felda Residence Tekam ni. Tapi ada la belas-belas tahun dulu. Masa aku masih muda remaja. Hahaha. Masa tu Felda Residence Tekam ni pun sendu je lagi. Sekarang ni dah lain. Banyak penambahbaikan kat Tekam ni. Kitorang pergi 4 kereta semuanya. Ada la dalam 20 orang kot. Lama dah tak bercuti ramai-ramai macam tu. Seronok jugak kan. Kitorang pergi 2D1N je. Kata short vacation kan. Jadik la dari takde. Hehe.

Aku sampai Tekam dalam tengahari. Perjalanan lebih kurang 3 jam dari Kuala Lumpur. Lepas check in, rehat kejap. Jam 2.30 petang kitorang gerak ke Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. Tau tak aktiviti apa yang kitorang nak buat? Hehe. Jangan tak caye kitorang nak explore gua yang ada kat sini. Banyak gua sebenarnya tapi kitorang cuma pergi dalam 10 gua kot. First time kot aku buat aktiviti macam ni. Knowing me, aku memang tak berapa suka aktiviti lasak especially kat dalam hutan ni. Sebab macam-macam sangat bahaya yang aku pikir. Hehe. Yang paling penting, aku takut pacat/ lintah!!!!!! Lagi satu, takut terserempak dengan apa-apa jenis haiwan yang bahaya. Angah aku pulak memang dari dulu aktif buat aktiviti lasak macam ni. So, aktiviti ni memang WAJIB la. Mak ayah tinggal kat chalet je sebab diorang nak berehat. Nasib baik la mak ayah tak ikut kalau tak penat je nak tunggu. Sebab lewat petang baru setel aktiviti memanjat gua ni. 












Mula-mula kena la jungle trekking sikit. Sepanjang jalan mulut aku tak berhenti berzikir, ok. Takut punya pasal. Hehe. Masa mula-mula ni, hujan baru nak berhenti. Ada sorang renjer tukang bawak kitorang semua. Dibantu oleh angah aku la. Bermula lah episod meredah lumpur, air, daun-daun basah, lecak semua. Antara gua-gua yang kitorang pergi ialah Gua Kelawar, Gua Tangga, Gua Penyu, Gua Kota Balai, Gua Terang Bulan, Gua Sanding, Gua Angin, Gua Gajah, Gua Tongkat. Lagi 1 gua aku lupa. Berpeluh jugak la aku memanjat gua-gua ni. Lebih kurang 3-4 jam rasanya. Gua-gua ni ada la ceritanya yang tersendiri. Ada satu gua tu, aku tak ingat yang mana. Kita kena panjat dan melalui satu lubang yang kecik sangat. Tapi dengan teknik yang betul, orang yang berbadan besar pun akan lepas melalui lubang tu. Teknik tu akan diajar oleh renjer yang bawak kita. Aku masa naik ok lagi. Masa nak turun. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, takut sangat sebab kena menggelongsor sikit. Silap gelongsor terus ke dalam lubang yang dalam. Serius memang lama gila turn aku sebab aku tak confident nak turun. Tapi, akhirnya berjaya jugak. Sedangkan budak umur 4 tahun pun boleh, takkan aku tak boleh. Ye dak? 

Nanti bila sampai di setiap gua, renjer tu akan cerita la serba sedikit pasal gua tu. Setiap gua ada la sejarah sendiri. Seronok jugak dengar cerita-cerita tu. Bila masuk hutan ni, yang paling penting mulut tu kena jaga. Jangan lepas cakap dan jangan cakap besar. Tu pantang larang paling penting. Dalam pukul 6 lebih kitorang dah selamat sampai kat kem.











Balik ke chalet, rehat dan bersiap. Lepas maghrib gerak ke restoran kat luar pagar Felda Residence Tekam ni. Sebabnya malas nak keluar jauh-jauh. Lagipun masa tu ada perlawanan bola. Tak ingat dah aku sape yg main. Malaysia kot untuk AFF Cup. Sambil makan sambil menjerit tengok bola. Nasib tak tercekik masing-masing. Hehe. Makanan kat restoran ni not bad jugak la. Dan tak la mahal sangat. 10 orang makan, tak sampai pun RM100. Macam-macam jugak kitorang order. Tomyam, sotong goreng tepung 2, ikan kembung 3 rasa, sup tulang, nasi goreng pattaya. Ape ntah lagi. Kalau korang ke Felda Residence Tekam ni, aku memang recommend restoran ni. Aku lupa nak snap gambar restoran ni. Tapi dia betul-betul kat luar pagar sebelum masuk ke Felda Residence Tekam. Kedai tomyam biasa je. Lepas makan dan bola dah habis, balik ke bilik. Malam takde apa pun aktiviti kat sini.

Esok paginya pulak, angah aku dah arrange flying fox. Aku memang TAK SUDI la nak buat kan. Hehe. Bak kata hubby ku, aku tak adventure. Memang punnn. Pagi tu breakfast dulu kat tempat yang disediakan. Memang 1 chalet termasuk breakfast untuk 4 orang. Banyak jugak pilihan makanan. Rasa pun sedap la jugak. Gambar tak snap sebab lapar sangat. Haha. Lepas breakfast, budak-budak dah tak menyabar nak mandi swimming pool. Swimming pool pun ok jugak. Kalau orang luar kena bayar if nak masuk. Kalau menyewa kat sini, boleh masuk free je. 









Lepas tu, aktiviti flying fox. Ramai jugak la yang berani nak try. Tapi bukan aku. Hehehe. Aku jadi tukang snap gambar je. Ayah pulak penat nak jalan jauh. Ayah rehat je kat swimming pool tu. Layan je la gambar ye. 





Lihat objek di dalam cermin. Hehe




Hubby dan flying fox
Lepas aktiviti flying fox, singgah balik kat swimming pool. Budak-budak tak puas mandi lagi. Tengahari baru balik ke bilik dan bersiap untuk check out. 

 Gambar wajib sebelum balik

Kalau korang berminat nak ke Felda Residence Tekam ni, boleh lah klik sini Felda Residence. Ada jugak Felda Residence di negeri lain. Boleh la pilih yang mana sesuai. Boleh jugak ke FB Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. Di sini aku kongsikan jugak harga chalet dan bilik di Felda Residence Tekam.


On the way balik ke Kuala Lumpur, kitorang singgah kejap ke rumah family hubby aku di Temerloh. Mak suruh singgah sebab dah masakkan lunch untuk kitorang. Seronok sangat diorang ni dapat makan ikan patin masak tempoyak. Hehe. Tu je lah cite aku.

Xoxo,