Hello peeps!!
Dari minggu lepas semangat berkobar-kobar nak update blog. Kononnya nak buat 'special entry'pasal Final AFF Suzuki Cup 2010 tapi sebab line kat ofis selow yang amat, semangat berkobar tadi beransur-ansur padam. Bencikkkkkkkkk tawww.
Harimau Malaya vs Garuda.
Malaysia vs Indonesia.
Saya sebagai anak Malaysia sangat la berbangga sampai kembang lubang idung bila Malaysia berjaya dalam Final AFF Suzuki Cup 2010.
1st Final @ Bukit Jalil.
Saya dan hubby gigih beli tiket (ohh saya tipu, bukan kami yang pegi beli tiket tp kwn hubby yang tolong belikan), tapi kami tetap gigih ke Bukit Jalil semata-mata nak menyokong Malaysia secara LIVE!!! Hehe... Game start jam 8.00 malam, hubby pulang dari kerja jam 7.30 malam. Kami bersiap ala kadar, yang penting hakak pakai baju kuning biru okehhh.
Sampai di stadium, ya ampunnnnnnn!!!! Macamana nak masuk ni, orang penuh giler ni. Kami naik ke tingkat atas pulak. Penuh jugak. Hubby ajak turun balik. Kami berhimpit-himpit dan akhirnya dapat duduk jugak. Kat tangga je dek non. Tapi tak kisah la asal dapat tengok pun ok la. Dipendekkan citer, Malaysia kalahkan Indonesia 3-0. Memang gegak gempita la stadium bila Malaysia jaringkan gol. Hakak pun tak ketinggalan ok. Seriously masa tu rasa semangat 1 Malaysia la sangat. Even tak kenal orang sebelah, bila gol boleh pulak bergumbira bersama-sama. *terharu*
Berbekalkan 3 gol, semalam (29 Disember 2010) team Malaysia berkunjung pulak ke Jakarta untuk 2nd Final. Kali ni kami tak dapat tengok live. Tengok kat tv je la. Tapi tetap semangat pakai baju kuning. Hehe.. Akhirnya lepas 90 minit, Malaysia menang dengan agregate 4-2. Memang saya orang paling kuat menjerit sambil melompat kat rumah. *ye saya over*. Rasa nak menangis tau sebab akhirnya kita dapat buktikan kat Indonesia biar apa pun taktik dan tekanan yang diorang bagi, pemain Malaysia tetap tak gentar. Kata HARIMAU kan...
Satu yang saya puji game di Indonesia, sampai game tamat, even diorg kalah pun, peminat Indon takde pulak baling-baling botol air ke tengah padang. Tak macam di Bukit Jalil, berterbangan botol air ke tengah stadium. Yang peliknya botol air tu datangnya dari peminat Malaysia. Dah jadik habit agaknya kan baling-baling botol ni.
Ape-ape pun, TAHNIAH sekali lagi buat K.Rajagopal dan semua pemain Malaysia yang berjaya membuktikan keupayaan Malaysia dalam sukan bola sepak. Moga terus berjaya!!!!
I L.O.V.E MALAYSIA!!!
Showing posts with label football. Show all posts
Showing posts with label football. Show all posts
Thursday, December 30, 2010
Sunday, July 11, 2010
Spain VS Holland

Demam World Cup 2010 dah nak sampai ke penghujung. Jam 2.30 pagi esok penentu siapa juara. Actually saya takde la minat sangat dengan football ni. Tapi World Cup memang saya tunggu-tunggu.
Macam biasa, team favourite saya untuk WC ialah Brazil dan England tetapi malangnya dua-dua tak dapat ke final. Sobsobsob. Sangat sedih okay especially Brazil. England saya memang tak harap sangat sampai ke final.
So, final pagi esok Spain VS Holland. Masa mula-mula WC aritu, saya ada tanya anak sedara saya, si Dinie. Siapa juara WC tahun ni. Dia pilih Spain. Kalau nak diikutkan PAUL the Octopus pun pilih Spain tapi MANI pulak pilih Holland. Tak pasal-pasal si PAUL dan MANI ni popular.
Memandangkan pilihan saya adalah di antara Spain atau Holland, saya pasti pilih Spain sebab ada David Villa. Sorry Fafau. Ngeeeeeee~

Nota Kaki : Malam ni saya nak tidur awal. Jam 2.00 or 2.30 pagi baru bangun. Tapi esok keje. Uwaaaaaaaaaa!!!!!
Nota Kaki Tangan : Teringin nak joint Fafau dan team Hot FM tengok World Cup kat i-City, Shah Alam sambil memakai kain batik. Tapi esok keje. Uwaaaaaaaaaaaa lagi sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)