Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, October 21, 2015

Fesyen Lelaki Berkulit Gelap


Siapa kata lelaki berkulit gelap tak menawan? Siapa kata lelaki berkulit gelap tak boleh berfesyen? Salah ye adik-adik. Bak kata YB KJ, tall, dark and handsome. Lelaki berkulit gelap pun boleh berfesyen asalkan mengikut beberapa panduan berfesyen supaya memiliki penampilan yang sempurna. Penampilan yang sempurna dan fesyen yang bersesuaian adalah penting untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Untuk lelaki yang inginkan penampilan sempurna, juga wanita yang inginkan suami atau kekasih korang sentiasa berfesyen dan sentiasa menarik, ada beberapa tips fesyen lelaki yang boleh dijadikan panduan;
 


Hitam? A big no no no. Jika mempunyai tona kulit yang gelap, JANGAN memakai pakaian yang berwarna gelap juga. Warna-warna seperti hitam, biru tua, hijau tua atau ungu tua adalah warna yang harus dielakkan. Oh, tak boleh pakai warna hitam. Jom pakai warna cerah lah pulak.
 

Off white? Ni lagi satu warna yang tak berapa sesuai dengan lelaki berkulit gelap kerana padanan warna yang kontra dengan kulit. Tapi jangan risau. Kalau nak jugak memakai pakaian berwarna cerah bolehlah memilih pakaian berwarna beige atau krim.
 

Nak tau tak warna apa yang sebenarnya sesuai dengan lelaki berkulit gelap? Pilihan tona lembut adalah pilihan paling ideal. Isteri-isteri take note ya. Pastikan pakaian berwarna pastel menjadi pilihan. Warna-warna seperti lavender, light pink, baby blue dan mint green haruslah berada di dalam koleksi pakaian lelaki berkulit gelap.
 
 
Untuk seluar pulak, bolehlah memilih seluar berwarna gelap. Jika ingin memakai seluar berwarna coklat, pilih light brown atau khakis untuk penampilan yang sempurna.
 
 
Stoking pulak? Pakai sarung kaki atau stoking berwarna hitam. HANYA HITAM!
 
 
Xoxo,
 


Wednesday, April 15, 2015

TIPS HO CHI MINH : Restoran Halal

Masa mula-mula aku pergi Ho Chi Minh ni dulu, makanan halal agak terhad sikit la. Boleh kira dengan jari. Hehe. Yang famous masa tu, VN Halal, Halal @ Saigon, Hajah Basiroh (masa tu kedai kecik je). Ada jugak kedai yang jauh sikit dari area Ben Thanh tu, kat area masjid tapi aku tak berkesempatan nak try. Yelah, asyik dok ulang alik pi Ben Thanh je. Hikhikhik.

Dulu harga makanan kat kedai-kedai ni boleh tahan mahal. Yelah, kedai halal susah nak cari kat sana. Yang ada pun kedai beraircond, pintu bertutup ala-ala restoran mahal, harus la harga pun mencekik kan. Tapi sekarang ni restoran halal banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat dah. Especially kat Lorong Melayu tu. Ada yang mahal, ada yang murah sikit. Korang pilih la sendiri ikut tekak dan poket. Hihi. 


VN Halal. Nampak tak air bandung tu? Air bandung paling sedap!!!! Tapi sayangnya last visit aku ke HCM bulan Februari aritu, VN Halal ni dah tutup. Tak tau cite la pindah ke ape. I is sedihhhhhhh. Baru bercita-cita nak minum air bandung puas-puas.  ^__*

 


Vietnam Delights ni jauh la sikit dari area Ben Thanh tu. Kena jalan kaki dalam 15 minit kot lebih kurang. Address ada kat gambar tu. Hihi.






Serai. Area belakang Ben Thanh. Kedai ni belah kanan kalau dari Ben Thanh. Makanan so-so aje seingat aku lah. 
Ni tak ingat kat mana. Tapi rasanya kedai ni dekat area Serai tu jugak tapi belah kiri jalan. Makanan tak berapa sedap kat tekak aku. 

Baru-baru ni aku pergi, kat area Lorong Melayu tu dah meriah dengan restoran halal. Gambar tak dapat nak letak. Entah apa masalah hp aku tu. Gambar-gambar ada yang hilang pulak. Tapi aku sangat recommend Restoran Aysah. Sedap gila weh nasi goreng dia. Dekat kedai lain, bila makan nasi goreng, rasa macam nasi goreng Vietnam. Tapi kat Aysah memang sedapppppppppppp. Tiga kali berturut-turut aku makan kat sini masa bulan Februari aritu. Restoran Aysah ni sederet dengan Restoran Hjh Basiroh. Restoran-restoran lain yang ada kat area ni : Restorang Kampung Melayu, Restoran Amin Halal, Restoran Salima dan banyak lagi. 

Nota kaki : Sape-sape yang gilakan kopi, WAJIB try Kopi Ais Vietnam. Hubby aku memang gilakan kopi ais ni. Tapi hubby aku prefer yang jual kat atas motor tu. Lagi sedap dan murah dia cakap. Hihihi. Cari motor yang ada tanda Halal ye. 

Selamat mencuba!

Tuesday, April 14, 2015

TIPS HO CHI MINH : Tempat Menarik Dan Tempat Shopping

Tujuan utama aku ke HCM adalah bershopping sikit untuk bisnes kecik aku. Jadi aku takde la berjalan beria sangat bila pergi sana. Malu pulak nak ngaku Sungai Mekong pun aku belum pernah jejak. Puppet show pun tak sempat tengok lagi. Niat tu dah ada tapi memanjang tak sempat. Hihihihi. So, aku nak cerita tempat-tempat yang aku pernah pergi.

CHU CHI TUNNEL - Aku beli pakej ke Chu Chi Tunnel ni dari AVA Hotel. Harga tak silap aku dalam USD11/pax. Nanti diorang akan amik kat hotel. Perjalanan dari hotel ke Chu Chi Tunnel lebih kurang dalam sejam atau lebih. Chu Chi Tunnel dari Wikipedia -
"The tunnels of Củ Chi are an immense network of connecting underground tunnels located in the Củ Chi district of Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam, and are part of a much larger network of tunnels that underlie much of the country. The Củ Chi tunnels were the location of several military campaigns during the Vietnam War, and were the Viet Cong's base of operations for the Tết Offensive in 1968.
The tunnels were used by Viet Cong soldiers as hiding spots during combat, as well as serving as communication and supply routes, hospitals, food and weapon caches and living quarters for numerous North Vietnamese fighters. The tunnel systems were of great importance to the Viet Cong in their resistance to American forces, and helped to counter the growing American military effort". Di akhir tour tu nanti diorang akan bagi makan ubi rebus. Bukan main lagi mamat-mamat omputih tu suka sangat dapat makan ubi rebus. Hahahaha. Tour ni separuh hari je. Dalam jam 2 macam tu diorang akan hantar balik ke hotel masing-masing. 

Ehemmm *kelip-kelip mata*




Chu Chi Tunnel

TEMPAT MEMBUAT PERHIASAN - Dalam perjalanan ke Chu Chi Tunnel, diorang akan singgah kat tempat membuat perhiasan. Banyak perhiasan yang ada jual di Ben Thanh atau Night Market ada dibuat kat sini. Tapi harga semuanya mahal-mahal. Aku tak beli. Cuci mata je. 





HARD ROCK CAFE - Aku jalan kaki je ke Hard Rock Cafe ni. Masa first time pegi, kitorang naik teksi. Tapi boleh tak driver tu tak tau Hard Rock tu ape. Puas aku explain, dia tak paham jugak. Rupanya dia tak tau. Kena sebut nama bangunan kat Hard Rock tu baru dia paham. Balik tu jalan kaki je. Jauh la jugak berjalan. Tapi kitorang pun memang nak santai-santai sambil tengok life kat sini malam-malam. Lepas-lepas tu dah tau jalan, takde la jauh mana pun sebenarnya. Hehe.




 Anak muda melepak di HCM

MUNICIPAL THEATRE (SAIGON OPERA HOUSE) - Sekali je pun aku pernah sampai sini. Tu pun kebetulan balik dari Hard Rock. Singgah kejap je amik gambar kenangan sekeping dua. Tu pun sebab nampak ramai orang. Hahaha. Kat sini tak silap aku ada pertunjukan akrobatik atau A O Show. Aku tak masuk jadi tak tau la pertunjukan apakah itu. Tapi korang boleh check website ni A O SHOW.


Harga tiket


 Municipal Theatre (Saigon Opera House)

SAIGON CENTRAL POST OFFICE (BUU DIEN) - Ni salah satu tempat menarik jugak untuk bergambar especially waktu malam. Kat area sini jugak agak happening la malam-malam. Ala-ala macam Dataran Merdeka gitu. Kalau korang feeling-feeling nak pos poskad bagai boleh la pergi ke Buu Dien ni ya!


Saigon Central Post Office

Actually banyak lagi tempat-tempat menarik sekitar Ho Chi Minh ni. Tapi sebab aku pun pergi sebab business trip, maka tak dapat la nak cover semua tempat. Tour ke Sungai Mekong pun aku tak pergi. Ni sebagai panduan je la kat korang. Tempat-tempat ni boleh jalan kaki je dari Ben Thanh tu. Tak perlu pun naik teksi. 


 



Ben Thanh
 

Saigon Square
 
Hoang Anh - baju kurung ready made
 
Taka Plaza


Ben Thanh Night Market


Thursday, April 02, 2015

TIPS HO CHI MINH : Airport, Bas Awam, Teksi Dan Hotel

Sebenarnya ni kali ke-6 kot aku pergi ke Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon. Sebelum ni tak pernah rasa nak share trip ni sebab biasanya aku pergi untuk short trip a.k.a business trip. Jadi aku fikir takde yang menariknya trip aku ke HCM ni. Tapi kali ni aku nak share serba sedikit tips dan tricks ke HCM. Gambar akan bercampur dari tahun 2011-2015. Ya, first time aku berjinak-jinak dengan HCM ni pada tahun 2011. Ok, let's jom aku cerita sikit pasal HCM ni.

AIRPORT - Airport HCM ni takde la besar sangat. Jalan pun tak berapa jauh. Bila sampai kat imigresen tu, tak yah la korang nak senyum sangat. Buat muka selamba je. Sebabnya imigresen diorang ni sombong. Muka masam je. Pastu nak tengok kita atas bawah macam orang salah. Hehe. Dah setel dengan imigresen, turun je escalator, lalu kat Kastam dan terus keluar (sebab takde luggage, so tak payah la pergi tunggu kat tempat luggage tu).

BAS AWAM (PUBLIC BUS) - Bila keluar je dari pintu airport tu, sila la terus ke kanan. Jalan terus sikit nanti korang akan nampak bas tunggu/ berhenti kat situ. Sila perhatikan nombor bas dulu ya. Jangan main naik je. Hehe. Bas 152. Bas ni akan berhenti di bus stop kat Ben Thanh. Tambang masa mula-mula aku pergi dulu 4000 Dong je. Sekarang dah naik sikit ke 5000 Dong (dalam 90 sen). Perjalanan dalam 30-45 minit. Airport ni dekat je sebenarnya dengan Ben Thanh, tapi biasa la naik bas slow sikit. Nanti masa naik tu bagitau je kat driver tu, Ben Thanh. Sebab kadang-kadang diorang tak paham English. Kecuali lah korang tau cakap Vietnam. Haha. 

TEKSI - Kalau korang tak nak naik bas, boleh je naik teksi. Tambang teksi lebih kurang 200,000 Dong. Boleh naik teksi Vinasun atau Mai Linh.

Bas 152
Jalan kaki ke hotel
Ben Thanh


Ok. Dah sampai Ben Thanh ni boleh la turun dan lintas jalan. Tips 1) lintas jalan di HCM - jangan lari, jalan je slow-slow nanti motor tu yang akan elak. Tak boleh teragak-agak bila nak lintas jalan. Sebabnya kenderaan utama kat HCM ni adalah motor. Sentiasa ada motor. Kadang-kadang ikut diorang je nak lawan arus ke apa. So, beware ye.

Bila dah lintas jalan ni, nanti korang akan jumpa dengan pakcik-pakcik kayuh beca. Tips 2) AWAS DENGAN BECA melainkan korang bersedia untuk ditipu atau korang lagi terer menipu. Hehe. Sebabnya MOSTLY orang-orang yang naik beca ni memang akan ditipu. Macam kawan aku, sebelum naik pengayuh beca tu janji harga 100,000 Dong. Bila dah pusing-pusing (dekat area Ben Thanh je pun), diorang charge USD100. YA USD ya adik-adik. Mula-mula kawan aku argue jugak, tapi sebab kat tempat orang kan, malas nak gaduh beria sangat. Bayar je la. Memang ramai kawan-kawan group travel aku yang dah terkena. So, hindarkan diri dari beca ya. Aku memang bolayan beca-beca ni semua. Nanti mula la diorang tunjuk testimoni orang Malaysia puji-puji servis diorang. Aku teka testimoni tu ditulis sebelum orang Malaysia ni sedar diorang ditipu. Hikhikhik.

Pasal hotel pulak, aku cadangkan dok dekat Lorong Nguyen An Ninh tapi di kalangan orang Malaysia, lorong ni dikenali sebagai Lorong Melayu. Lorong ni kat sebelah kiri Ben Thanh. Antara hotel yang ada kat lorong ni - Saigon Pink 2, An Tam Hotel, Thanh Tu Hotel, Hotel Hoang Hai Long 2, Gia Huy Hotel. Harga dari RM90 ke atas. Ikut la bajet korang berapa. Ni antara hotel yang aku pernah duduk di HCM.
 AVA Hotel. AVA Hotel ni bukan kat Lorong Nguyen An Ninh tu ya. Yang ni kat belakang Ben Thanh. Kena jalan kaki dalam 5-7 minit.



 A EM Hotel 150 Le Thanh Ton. Ni salah satu hotel favourite aku. Harga dalam RM100+. Betul-betul belakang Ben Thanh. Lintas jalan je sampai Ben Thanh terus. Hehe.




A EM Hotel 60 Le Thanh Ton. 

Ingat ye. Kalau tujuan korang memang nak bershopping kat Ben Thanh, jangan sesekali booking hotel ni!!!! Hahahaha. Aku ni dah tersilap booking. Konon nak dok A EM Hotel kat sebelah Ben Thanh tu. Nampak macam best je. Sekali silap percaturan la pulak. Rupanya jauhhhhh sikit dari Ben Thanh. Terpaksa pulak aku sewa motor sebab malas nak jalan dan tak larat nak mengangkut barang yang MAHA BERAT. Hihi.

Bersambung.....