Thursday, March 19, 2015

KULCATS BARRIO YO!!!





Lama dah aku teringin nak try makan kat Kulcats Barrio ni. First time tengok dalam Instagram Nabila Huda. Lepas-lepas tu selalu jugak Nabila upload makanan-makanan yang ada kat Kulcats Barrio. Terliurrrrrrrnya. Semua nampak macam sedap. Aku ni pulak bukan boleh bila teringin, rasa nakkkk time tu jugak. Hehe. 

20 Feb aritu plan nak ke Kulcats sebab hubby nak belanja sempena besday kekdahnya. Biasanya aku celebrate birthday dengan bestfriends sekali. Tapi tahun ni no plan sebabnya birthday aku 7 Februari, 8hb tu kitorang dah fly ke Ho Chi Minh. Celebrate birthday kat sana kekdahnya. Hikhikhik. So, aku whatsapp la salah sorang bestfriend aku, Liz tanya nak join tak ke Kulcats Barrio. Salah satu restoran yang memang dia nak try jugak. Discuss sikit-sikit terus deal. Aku ada jugak baca review customer Kulcats, better reserved dulu sebelum pergi. Tapi aku degil. Mendapat la tunggu queue dulu. 

Kitorang janji lepas maghrib baru gerak dari rumah. Liz amik Adi kat ofis dulu, aku gerak berdua sebab lepas tu terus nak balik kampung hubby. Jumpa kat Kulcats lebih kurang jam 8.45 malam kot. Dok mencari Kulcats tak jumpa-jumpa padahal dah lalu area tu banyak kali. Hahahaha. Sampai je waiter soh tunggu sebab ada group lain queue sebelum kitorang. Ada lagi 2-3 group. Masa tu la nampak meja-meja kosong yang tertera perkataan 'RESERVED'. Sakittttttnya hati!!! Menyesal pulak tak reserved dulu. Takde la lama sangat menunggu. Liz prefer nak dok kat luar je sebab senang Aydean nak main-main. Mama nya pun senang la nak makan. Hehe. Liz bawak sekali Zety sempena birthday Zety. 

Tengok-tengok buku menu, tanya-tanya kat waitress sikit pasal makanan yang ada. Akhirnya, lepas discuss kitorang order ni.

Cheezy Fries - RM12.00. Sedap jugak la
Ocean 13 - RM29.00. Rasa so-so aje
Aglio Olio Breadcrumbs - RM18.00. Sedap jugak. Tapi tekak aku prefer kalau pedas lagi. Hehe
Royale Chicken Burger - RM19.00
Royale Chicken Burger - RM19.00. Hubby aku dan Adi sepakat pilih burger ni sebab terliur tengok dalam gambar. Tapi komen hubby aku. Hmmmm. Biasa-biasa je untuk harga macam tu. ^__^

Penne Blue Cheese - RM27.00. Muakkkkkkkkk :(
Awesome Chocolate Pavlova - RM10.00. Tak kena dengan tekak aku. Seksa nak habiskan. Buah peach tu lagi buat spoil. Tak boleh lawan pavlova SERAI. Mihmihmihmih.

 L-R : Ribena Lemonade - RM5.00, Dr Greenthumb - RM12.00, Kulcats Lemonade - RM5.00, Ribena Lemonade - RM5.00. Ribena sedapppp. Rasa fresh je bila minum. Dr Greenthumb ni mix green apple+sour plum+mint leaf. Ada masam-masam sikit. Kulcats Lemonade tak kena dengan taste aku. Masammmm. Hahahaha. 

Total semuanya RM163. Makan 5 orang. Kira ok jugak lah. 

Macam biasa la kan, sebelum makan harus la pose-pose manja kat meja. Orang ramai sangat. Nak pose daring pun tak boleh. Eh. 

 Liz, Aku, Zety

 Liz, Aydean, Aku

 Budak baru bangun tido

 2 orang 'budak' dah tak sabar

 Kan aku dah bagitau tadi. Hehehe

 Merpati 2 sejoli. ^_____^

 
 Bukan merpati

Kulcats Barrio


Korang yang teringin nak pergi Kulcats Barrio ni, boleh usha dulu kat FB diorang ni Kulcats Barrio

Ni address diorang :
Kulcats Barrio
No. 35, Lorong Rahim Kajai 13, TTDI

Tapi kan, bila guna waze aku macam kompius sikit, sebab banyak pulak alamat Kulcats ni. Hahaha. Pandai-pandai korang la nanti ya nak cari.

Xoxo,