Thursday, November 14, 2013

Krabi, Thailand ::Day 1::

Dah sebulan balik dari Krabi, sebulan jugak lah entry ni terperam dalam draft. Kemalasan nak pilih gambar. Bila bos ada memang tak sempat lah kan nak fokus kat blog. Bajet busy sangat. Hihi.

Bulan Oktober biasanya memang aku dan hubby akan plan bercuti ke mana-mana. Kata anniversary kan. Hihi. Selalunya pergi time hujung bulan sebab anniversary kami pada 23 Oktober (merangkap birthday hubby). Tapi sebab kebetulan promo (tapi takde lah murah sangat pun), kali ni pergi awal bulan. Hentam je lah. Janji vacay kan.


Aku macam biasa lah, tiap kali vacation mesti nak kena ada baju baru. Gedik lebih. Haha. So, sebulan sebelum vacay ni, aku dah membeli sikit-sikit baju untuk diri sendiri dan hubby ku. Tiap kali nak bercuti pun mood tak menyabar je nak pergi. Hari-hari dok bilang berapa hari lagi nak pergi. 

Akhirnya 6 Oktober pun menjelma. Chewahhhh. Flight pukul 7.00 pagi. Untuk pengetahuan korang, percutian kali ni ialah percutian bajet. Kami just tukar duit RM1040 = 10,000 Bhat. Aku berazam tak nak withdraw duit or tukar duit lagi kat sana. Nantikan sama ada azamku berjaya atau nan adoooooo je. Hihi.

Perjalanan ambil masa dalam 1 jam je. Waktu kat Krabi ni lambat 1 jam dari Malaysia. So sampai sana lebih kurang pukul 7.00 pagi gak lah. Hihi. Iols suka naik flight pagi-pagi sebab dapat spend time lama sikit kat sana. Flight balik biar petang or malam. Lepas dah settle cop passport bagai, menonong la aku dan hubby mencari kaunter shuttle bus untuk ke Aonang. Harga tiket ke Aonang 150 Bhat/seorang (RM15). Jadinya 2 orang ialah 300 Bhat (RM30). Shuttle bus dia ala-ala macam bas city liner je. Tapi ok sikit lah dari public bus kat Ho Chi Minh. Hihi. Tambang pun harus la jauh beza, ok. 





Nota tambahan : Kalau nak ke Krabi Town, harga tiket 90 Bhat (RM9). If nak pergi tempat-tempat lain, sila rujuk gambar kat bawah ni. Hihihi.
 

Masa naik bas ni, hujan gerimis. Tapi dalam perjalanan hujan makin lebat dan lebat dan lebat. Sedihlah aku sebab trip kali ni asyik hujan je. Dah la aku ni bukan jenis dok memerap dalam bilik hotel. Kaki ni gatal je nak merayap. Haha. Bas gerak dalam 7.55 pagi. Perjalanan hampir 1 jam. Sampai Krabi Town, bas akan berhenti di agensi pelancongan. Ramai yang kata jangan beli pakej kat sini sebab mahal. Aku pun memang dah niat nak cari pakej dekat Aonang je nanti. Maka nya takde la aku turun dan survey. So, tak tau harga mahal ke murah. Dalam pukul 8.45 pagi, akhirnya kami sampai ke Aonang. Sebelum naik bas tu, diorang akan tanya duduk hotel mana. Nanti senang diorang berhenti terus depan hotel. Aku tempah hotel Aonang View La Villa. Tak famous sangat hotel ni di kalangan orang-orang kat Krabi. Haha. Dapat 1000 Bhat (RM100) untuk 2 malam. Kira ok la tu. Aku book hotel ni di BOOKING.COM. Bilik hotel ni kira ok la. Aku berkenan sebab design moden sikit. Kebanyakan hotel yang aku survey, mesti guna katil kayu design lama-lama macam dalam cite hantu. I is takut okeh. Hihi.






Hotel RM50/night - Aonang View La Villa Hotel

Oh lupa pulak nak bagitau, sebelum booking tiket ke Krabi ni, pleassssseeeee lah korang, tolong lah check dulu cuaca dan musim kat Krabi ni. Masa aku pergi ni tengah low season. Cuaca tak menentu. Dan yang sedihnya, kata receptionist, dah 3 hari berturut-turut hujan turun. Sobsobsob. Memang jauh berbeza harga hotel dan pakej semasa low season dan peak season. Peak season semua harga melambung naik. Hotel yang aku duduk ni, harga low season 450 Bhat je (RM45), tapi kalau peak season harga bilik jadi 1600 Bhat (RM160). Peak season start bulan Disember hingga Mei. Low season pulak start bulan Mei hingga November. Boleh check cuaca sekali dekat website ni WE LOVE KRABI. Tapi nasihat aku, kalau nak enjoy better lah pergi masa peak season. Memang akan sesak sikit dan semuanya melambung naik, tapi worth it lah sebab laut cantik, cuaca cantik, ombak pun tak sekuat masa aku pergi.

Lepas check in, rehat sekejap dalam bilik. Dalm 10.20 pagi, kami dah keluar untuk survey pakej-pakej yang ada. Perut pun dah lapar. Jadi marilah kita pusing-pusing Aonang dulu. Jalan kaki je. Baru la rasa macam backpackers. Haha. Lagipun time vacay je lah aku boleh berjalan kaki tanpa henti. Kalau kat sini, M.A.L.A.S gila nak jalan kaki. Rasa tak larat je. Haha. 11.30 pagi kami dah ada kat gerai tepi jalan area Krabi Resort. Kawan aku si CUJEN yang beria soh try makan pancake makcik Yaminlah ni. Aku cari bagai nak gila tak jumpa pulak. Aku pun tanya lah dekat gerai lain tu, dia bagitau makcik tu tak datang berniaga hari ni. So option lain, jom lah lunch je terus kat sini. 




Gerai ni berdekatan dengan Krabi Resort. Kalau datang dari arah pantai, Krabi Resort ni kat belah kiri. Jalan depan sikit. Dari jauh dah nampak banyak gerai atas motor ni. Diorang ni masak sambil duduk atas motor je. Kau hadoooooo???

 Bajet gadis melayu terakhir di Krabi gitu. Kihkohkihkoh.

 Udang tempura favourite aku. 50 Bhat/sepinggan (RM5)

Spring roll dan udang tempura
 

 Mango Shake. Sedapppppppppppp. Harga dalam 25 Bhat ke 30 Bhat gitu. 

Okey lah makan kat sini. Harga pun okey. Aku berdua makan tomyam seafood + udang tempura + kari daging + telur dadar (menu wajib) + 2 nasi = 270 Bhat (RM27). Tak macam harga kat Bamboo atau Lemon Restaurant. Orang kata agak cekik darah. Tapi aku tak sempat try kat sana. Next time, maybe.

Lepas perut dah kenyang, jom lah kita sambung jalan-jalan. 


 Tuk-Tuk. 20 Bhat (RM2) kalau naik sekitar Aonang.


 Lampu hiasan. Mahal gak. 300 Bhat (RM30)


Ni pakej ke 4 Island by Long Tail Boat. 
Aku dapat murah jugak lah. 700 Bhat untuk 2 orang termasuk return transport dari hotel ke jeti. Lepas tu, diorang siapkan lunch makanan halal. Tapi memang tobattttttt lah aku memang tak nak naik long tail boat ni lagi. Sebab apa? Nanti aku cerita dalam next entry. Hihi. 
Lepas tu kitorang pergi sewa motor kat area Aonang tu. Nak sewa motor pun lama sebab nak decide motor mana. Mula-mula nampak motor Manchester United. Sebagai isteri kepada MU Die Hard Fan, aku ingat hubby aku memang confirm lah pilih motor tu tapi rupanya tak sebab hubby ku memahami aku ni macam gedik nak motor PINK. Hahaha.  Lepas sewa motor, pergi makan pancake dulu sebab aku asyik lapoooooo je. Hihi. Kali ni pergi kat stall halal tu naik motor lah pulak. Kejap je dah sampai. Haha. 

 Motor sewa FINO. 150 Bhat/24 hours. Minyak sila isi sendiri. Aku isi 50 Bhat (RM5). Cukup lah pergi balik dan jalan-jalan kat Aonang sikit. Minyak kat sini mahal k.

 Macam comel jew. Macam comel jew. 

Makan pancake. Sebab makcik Yaminlah takde, aku rasa dulu lah pancake tempat lain. 

Aku beli kat sini. Pancake Popular. Mahal 50 sen dari makcik Yaminlah.
Sebenarnya mula-mula aku malas nak pergi night market ni sebab sure sama je ngan night market lain, lepas tu ramai je yang cite, night market dia ala-ala sendu gitu. Tapi ada yang suggest bagitau fridge magnet kat night market ni murah. Pergi jugak lah akhirnya. Dah lah masa on the way pergi night market tu, hujan turun. Kejap gerimis je, kejap kang tiba-tiba lebat. Nasib lah aku dah beli siap-siap raincoat tu. Hahaha. Ni 1 lagi tips, if nak beli raincoat ni, better beli kat convenience store. Sebabnya kalau beli kat kedai-kedai souvenir yang berderet tu, diorang mark up mahal gila. Masa aku tanya, dia bagi harga 150 Bhat untuk 2pcs raincoat plastik tu. Aku pun merajuk sebab mahal sangat. Tapi takut gak tiba-tiba kang hujan lebat pulak, singgah gak kat convenience store. Aku beli 2pcs. Cuba teka harga dia berapa? Ce teka.. Ce teka..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

58 Bhat for 2 pcs. 
Nasib baik lah aku tak beli tadi. Hahahaha. Ok, boleh lah terus ke Night Market. Dari Aonang ke Krabi Night Market ni adalah dalam setengah jam kot. Kematu bontot aku dok atas motor tu. Boleh pulak tengah syok merempit, tiba-tiba ujan lebat. Berhenti kejap kat kedai dan pakai raincoat baru tadi. Aku sampai kat sana baru pukul 6 petang tapi hari dah gelap. Takde beli apa sangat pun. Hubby beli tako tao 30 Bhat (aku tak makan). Beli sabun hiasan 100 Bhat (RM10). Beli fridge magnet 700 Bhat. FM kat sini memang murah dari kat Aonang. Aku borong banyak gila kot. Lepas tu aku mintak tempat gantung kunci free. Haha.
 Otw ke night market nampak masjid ni. 





 FM yang aku beli.

Balik dari night market ni, stall halal kat Krabi Resort tu pun dah tutup. Biasanya diorang tutup dalam pukul 8 or 9 malam. Bergantung kepada pelanggan dan cuaca. Jalan-jalan dekat dengan hotel, ada pakcik tu jual kue tiaw dan segala mee kat atas motor. Tapi kami tapau je sebab dah letih. Lepas tu beli pancake kat situ gak. Tak berapa sedap. Balik hotel makan, mandi dan terus zzzzzzzzzz. Esok nak bangun pagi sebab nak ke 4 Island. Yahoooooo.





Friday, October 04, 2013

Seoul, Korea ::Day 5 - Day 6::

Hari kelima kat Seoul. Tapi hari terakhir untuk jalan-jalan kat sini sebab esok flight kul 9.35 pagi. Harus la tak sempat nak berjalan dah sebab kul 6.30 pagi of coz dah gerak ke airport. Alaaaaa tak puas lagi. Cemane ni? 

So hari ni banyak tempat nak pergi. Bangun pagi tengok-tengok hujan turun. Tapi salji takde pulak. Hihihi. Dah siap sume, turun bawah dan breakfast. Hujan cemane pun, kena gak pi jalan, kata hati kecilku. Drama sangat. Haha. So, lepas breakfast, berbekalkan sekaki payung, berjalan la kami berempat dalam kesejukan ke Seoul Tower. Tapi serius sejuk gilerrrRRRRR ok. Dah la memang sejuk kan, tambah hujan pulak. Hujan takde la lebat. Ala-ala gerimis je gitu. Seoul Tower memang tak nampak langsung la kiranya sebab berkabus kat atas tu. 

Jalan kaki dari Namsan 3 Guest House ke cable car nak Seoul Tower takde la jauh sangat. Plan nak pergi Seoul Tower ni sebab nak snap gambar tower (tapi memang tak dapat lah sebab tak nampak langsung tower nya) dan nak pergi ke Teddy Bear Museum. 

Turun je dari cable car, kitorang start naik tangga nak cari Seoul Tower tapi serius memang tak nampak kat mana Seoul Tower nya. Tapi kitorang tak stress, peluang yang ada digunakan untuk posing lagik. Tempat memang lawa. Walaupun hujan kejap-kejap macam lebat sikit tapi sikit pun tak mematahkan semangat nak berposing. Gituuuuuu.

 
Cable car

 View dari atas






 Kat tangga kayu ni kena hati-hati sikit bila jalan sebab licin jugak
 




Akhirnya sampai gak ke bangunan Seoul Tower. Gambar takde sebab kabus. Disebabkan berkabus dan hujan, kalau naik atas tower pun memang lah tak nampak apa-apa kat bawah ni, kitorang decide tak naik ke Seoul Tower tu (sobsobsob.. Seoul tunggu aku datang lagik). Tiket masuk ke Seoul Tower ni ialah 9,000krw (Adult), 7,000krw (Teenager) dan 5,000krw (Child). If amik pakej Seoul Tower + Teddy Bear Museum lagi murah. Aku dan kak jun menggedik nak pergi ke Teddy Bear Museum. Hubby kami dah tentu lah tak nak pergi dan diorang decide tunggu kat bawah je sambil minum kopi. Hihi. Tiket ke Teddy Bear Museum ialah 8,000krw (Adult), 6,000krw (Teenager) dan 5,000krw (Child). Lebih kurang RM24 la sorang. 

Boleh check kat sini Seoul Tower dan Teddy Bear Museum 

Takde la best sangat teddy bear museum untuk umur-umur macam kami ni. Lain la kalau bawak anak perempuan ke kan. Tapi bila dah masuk dalam tu, excited lain macam. Hahahaha. Tengok gambar je lah.









































Otw turun balik ke cable car
Ada macam-macam jenis miniature bear ni. Ada bear yang tengah bertukang, ada bear yang berniaga, ada yang kat zoo, ada bear yang tengah mengadap maharaja kat istana. Macam-macam lagi lah. Enjoy snap gambar je kat dalam ni. Hihi. Dah setel kat Teaddy Bear Museum ni, aku dan kak jun turun balik ke bawah. Masa ni still hujan lagi. Hadoiiii lah. Dah la arini plan banyak. Takkan nak cancel sebab hujan pulak. Esok dah nak balik. So, marilah kita ke Namdaemun Market. Hujan pun hujan lah. Hentam saje lah. Kami turun balik ke cable car, dan berjalan kaki ke subway station. Dari Myeongdong (Subway Line 4) - Hoehyeon (Subway Line 4) - Exit 5. 1 station je dari Myeongdong sebenarnya. Tak jauh pun. Jalan kaki pun boleh tapi sebab hujan kan, tak koser lah nak jalan kaki bagai. Hihi. Gambar kat Namdaemun Market takde langsung sebab lupa snap, ditambah pulak kelam kabut kejap hujan macam lebat sikit, kejap kang gerimis je.

Masa kat Namdaemun Market ni, aku dan kak jun berpecah sebab dia dah tak larat nak berjalan, dengan sejuknya lagi. Yang aku pulak nak mencari brooch untuk souvenir family dan bff aku. Jadi nya berpusing la kat Namdaemun tu mencari tempat jual brooch. Barang-barang lain tak beli pun kat sini sebab pada aku harga kat sini agak mencekik darah. Aku ada berkenan vintage luggage ni. Tapi harga dia bagi memang tak masuk akal. Malas nak tawar beria-ria sangat sebab warna yang aku nak takde pulak. 

Click sini Namdaemun Market


 Yang over ni harus la daku yang punya. Hihihi
 Untuk 2 orang anak buah ku yang perempuan, Amanda dan Iman


Untuk mak, mil, makcik, sil, biras segala. Untuk bff takde pulak gambar. Brooch kecik macam aku punya kat atas tu

Tak banyak pun souvenir yang aku beli kat Korea ni. Ada la beli fridge magnet sikit, keychain, t-shirt dengan brooch ni. 

Okey, dah selesai membeli brooch jom kita ke Dongdaemun. Lama gila kot aku kat tempat brooch ni sebab aku pening kepala nak pilih yang mana. Ikut hati rasa nak beli semua. Tapi sebab kena ikut poket, maka terpaksa la aku memilih best among the best gitu. Haha. Mencari kak jun tak jumpa pulak. Patutnya kami dah janji nak jumpa kat 1 tempat, tapi cari-cari dia takde. Perut pun dah lapar. Beli kebab dulu. Sambung cari balik tak jumpa jugak. So, aku dan hubby decide nak singgah balik ke guest house dulu. Rupanya kak jun dah balik ke guest house sebab dia dah tak larat sangat.

Plan ke Dongdaemun dan Cheonggyecheon Stream diteruskan tanpa kak jun dan abang mie. Aku ni kalau bercuti memang susah sikit nak duduk kat hotel je. Nak-nak tempat macam ni. Bukan selalu boleh pergi. So, kena all out lah. Maka aku pun pergi berdua je. Saja nak pergi tengok tempat-tempat yang kawna-kawan dalam forum suggest.

Dari Myeongdong (Subway Line 4) - Dongdaemun Station (Subway Line 4) - Exit 6. Actually kat Dongdaemun ni agak lost jugak. Tapi main jalan je dan tanya-tanya orang. Mula-mula sekali jumpa Dongdaemun Gate ni. Snap gambar dari jauh je sebab tak tau apa benda tu. Haha. Boleh baca pasal Dongdaemun Gate ni kat sini Dongdaemun Gate





Jalan punya jalan nak cari Dongdaemun Shopping Complex - Dongdaemun Shopping Town a.k.a Dongdaemun Market. Patutnya kalau nak ke Dongdaemun Shopping Complex ni better ikut Exit 8 atau Exit 9. Sebab kami dah ikut Exit 6, maka jalan la tanpa arah tuju. Lepas tanya-tanya kat orang, finally sampai jugak. Boleh click sini Dongdaemun Shopping Complex. Aku sebenarnya prefer Dongdaemun lagi kot dari Namdaemun. Tapi tak tau lah kot la sebab cuaca hujan tu mematahkan semangat nak bershopping kat Namdaemun tadi. Hihi. 




Yang paling aku suka kat Dongdaemun ni ialah kedai aksesori dan pearls dia. Geram sangat tengok. Dapat la aku beli sikit untuk aksesori baju raya. Hikhik. Harga dah tak ingat tapi murah lah. Ada kedai jual macam-macam jenis butang. Ya ampunnnn! Stylo nya. Dongdaemun ni tutup dalam pukul 6 atau 7 mlm macam tu. So better susun itinerary betul-betul eh. Aku tak dapat shopping lama kat sini sebab dah nak tutup.






Lepas keluar dari Dongdaemun tu, plan nak Cheonggyecheon Stream. Tapi kami berjalan tanpa arah tujuan. Ikut je mana kaki ni nak pergi sebab Cheonggyecheon Stream ni panjang. Cheonggyecheon Stream ni lebih kurang macam Sungai Klang lah tapi dah dinaiktaraf, dah dibuat cantik-cantik dan jadi salah satu tempat pelancongan atau 'must visit' oleh pelancong-pelancong luar. Lagi cantik kalau pergi waktu malam sebab ada lampu-lampu. Hihi. Boleh tengok kat sini Cheonggyecheon Stream 


 Ni lah Cheonggyecheon Stream 








 Sebenarnya kat area lain lagi cantik. Yang aku pergi ni ala-ala je. Hihihi. 

 Walking Course Cheonggyecheon Stream




Ni gambar Cheonggyecheon Stream dari website. Cantik sangat!
Credit to VISIT KOREA




Vintage bag macam kaler merah-putih tu la idaman aku. Kat sini dia bagi murah tapi takde jugak kaler yang aku nak. Harga dia bagi berganda murah dari kat Namdaemun. Tapi tak ingat underground shopping ni kat subway station mana. Ok, perut dah lapar. Jom la kita dinner dulu sebelum balik ke Myeongdong. Macam biasa lah, dinner kat Murree Restaurant sebab dah addict dengan kari ayam dia. Hihi. Kali ni dinner berdua je. Dari Dongdaemun Station (Subway Line 4) - turun kat Samgakji dan tukar ke Subway Line 6 - turun di Itaewon - Exit 3.

Murree Restaurant, Itaewon

Balik tu singgah tapau Ankara Picnic Kebab. Tapau untuk pagi esok sekali. Hahaha. Tapi kebab ni better makan panas-panas la baru sedap. Bila dah panaskan macam tak bape nak sedap lah. Tapi laju je hubby ku makan. Aku yang memilih sangat kot?

 Turun naik tangga ni selama 6 hari 5 malam. Exercise gitu.
 Hubby ku dah letih berjalan. Hihihi.

Dari Itaewon (Subway Line 6) - turun kat Samgakji dan tukar Subway Line 4 - turun kat Myeongdong (Subway Line 4) - Exit 7. Aku yang tak reti letih berjalan ni nak singgah dulu kat Myeongdong sebelum balik guest house sebab nak beli make up dan skincare dan jugak tujuan utama nak ke Cat Cafe. Masa ni dalam pukul 9 lebih kot. Singgah jap kat kedai-kedai skincare dan make up yang ada. Terlama la pulak kat Etude House. Sekali tengok jam dah lebih pukul 10.30 mlm. Cepat-cepat bergegas ke Cat Cafe. Sebelum ni aku takut kucing. Tapi sejak anak buah aku bela kucing. Tiba-tiba jatuh sayang gitu kat kucing. Hihihi.



 Myeongdong 



 Yang terbaring tu staff Cat Cafe ni. Bukan pengsan tau. Hehe.

Tapi malangnya diorang dah tak bagi masuk sebab dah nak tutup. Sedih dan frust gila aku rasa. Menyesal tak masuk je semalam even ramai orang. So, aku just dapat snap je gambar-gambar si comel ni. :( :( :( 


 Jalan nak balik ke Namsan 3 Guest House 

 Ada uncle yang offer diri nak snapkan gambat tapi blur la pulak. 

Balik ke guest house, kemas-kemas barang sebab pukul 6.30 pg esok dah janji dengan taxi untuk ke airport. Sedih :( Tambang teksi 65,000krw (dalam RM195.. mahal kan?) tapi sebab balik pagi kan, malas pulak nak menapak tunggu bas. Hihihi. 

Esoknya pagi-pagi lagi dah bangun. Siap-siap dan kemas apa yang patut. Lepas tu breakfast kejap. Pukul 6.30 pagi teksi sampai dan kami bertolak ke Incheon International Airport. Kak jun dan abang mie pergi hantar pocket wifi di kaunter dan kami masuk dulu dan tunggu kat dalam. Jalan-jalan snap gambar lagi.



Tau tak ada 1 je benda yang aku kesalkan sebab tak dapat buat. Try HANBOK! Hanbok ni merupakan pakaian tradisional Korea. Mula-mula nak try kat Gyeongbokgung Palace tapi cari-cari tak jumpa pulak. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
 . 
kami bernasib baik sebab aku terpandangkan signboard TRY HANBOK! Boleh try Hanbok ni free je untuk pelancong luar. Just tunjukkan passport ke tiket balik (tak ingat). Cepat-cepat la aku try. Puas hati sangat dapat try pakai Hanbok. Rasa macam puteri Korea gitu walaupun Hanbok yang aku try tu untuk rakyat marhaen je. Ada pelancong dari Indonesia tu lamaaaaaaa gila ok pakai Hanbok tu macam tak nak bukak dah. Aku baru ingat nak try pulak Hanbok untuk orang-orang kaya tu. Kikiki. Boleh baca sini pasal HANBOK 

 Ehemmmm...






Snap gambar pun nak laju-laju je sebab takut tertinggal flight. Menangis tak berlagu aku nanti. Hahaha. Flight dari Incheon bertolak pukul 9.35 pagi. Dan alhamdulillah kami selamat sampai di bumi Malaysia pada pukul 3.30 petang. 

Tapi serius memang best pengalaman travel sendiri ke Seoul, Korea ni. Thanks to kawan-kawan forum yang banyak membantu terutamanya Chimei. Thanks jugak kepada Kak Jun dan Abang Mie yang sudi jadi travel partner kami. Dan million thanks to hubby sebab sudi bawak i pergi sana. Tapi masa pergi sana tak jumpa Running Man lah. Haruskah aku repeat ke Korea? Jeng Jeng Jeng......