Monday, April 21, 2014

SALON DU CHOCOLAT

Aku ni kan pantang dok umah. Rasa pening je kepala kalau tak keluar bila ari cuti. Hihihi. So semalam cakap ngan hubby, boring dok umah. Nak kuar jalan-jalan. Sebenarnya teringinnnnn sangat nak pergi Dip n Dip. Tapi sebab aku tak berapa puas hati dengan dessert kat Dip n Dip, cepat-cepat la aku google mencari kat mana lagi dessert coklat yang sedap-sedap. Cari punya cari, jumpa lah beberapa tempat. Tapi akhirnya ada satu yang menarik perhatian aku. Chewahhhh.

Salon Du Chocolat. Bila aku tengok, macam lebih kurang Dip n Dip. Tapi harga murah sikit, takde tax dan yang paling penting baca review orang, mostly kata Salon Du Chocolat lagi sedap dari Dip n Dip. Ajak lah anak buah aku 2 orang sebab hari Sabtu tu birthday Iman, kira birthday treat dari maksu gitu. Lepas tu, aku bawak sekali Qalesha, anak kawan abang aku. 


 SALON DU CHOCOLAT

Salon Du Chocolat ni so far ada 1 branch je kat Publika Shopping Gallery. Sampai Publika, jalan-jalan dulu. Agak boring la tempat ni kalau nak shopping tapi kalau nak makan-makan memang best! Aku order Brownies Crepe (RM24.50), Banana Wrap (RM17.10), Waffle Stick (RM9.50) dan Molten Cake with Ice Cream (RM13.90). Coklat tu ada 3 pilihan iaitu Dark Chocolate, Milk Chocolate Dan White Chocolate. Aku soh campur je tiga-tiga jenis. Air pulak mineral je sudahhh sebab dessert tu semua dah manis gitu kan. 

Pendapat aku, seriousssssssly sedappppppp. Memang sedap dari Dip n Dip. Coklat tak manis sangat tapi memang sedap. Mula-mula aku order Brownies Crepe dengan Molten Cake. Sebab meja kecik gila, memang tak muat lah nak letak semua kan. Brownies Crepe ni crepe biasa tu tapi dalam dia ada brownies coklat. Lepas tu diorang letak pulak 3 jenis coklat kat atas tu. Memang terbaikkkk. Serius masa taip ni pun ailior aku nak meleleh je. Dah la puasa. Haha. Molten Cake pulak, sedap. Lava coklat kat dalam tu dah la panas-panas, tak pahit macam kat Dip n Dip, cuma molten cake dia kecik sikit lah. 


Brownies Crepe (RM24.50)


Molten Cake with Ice Cream (RM13.90)

Lepas dah habis 2 dessert tu, aku order pulak Waffle Stick dengan Banana Wrap. Waffle Stick dia memang tak cukup 1 ok. Waffle tu lembut je, bila gigit waffle tu, nikmat terasa sampai dalam perut. Hahahaha. Waffle tu pun aku soh dia campur tiga jenis coklat. Lepas tu Banana Wrap. Pun lagiii sedap dari Dip n Dip sebab pisang tak kelat (hubby kata Salon Du Chocolat ni pakai pisang montel, aku tak tau betul ke tak, yang aku tau sedap). Pisang tu dibalut dengan crepe dan dicurah tiga jenis coklat jugak. Ya Allah memang serius sedapppppp. 


 Waffle Stick (RM9.50)


Banana Wrap (RM17.10)

Cuma yang tak best nya, tempat ni kecik. Meja pun kecik-kecik je. Tak ramai yang boleh duduk makan. Rasanya ada dalam 10 meja je kot. Owner dia maybe lah kan, mamat Turki tu kot. Sebab hiasan lampu dan hiasan dinding pun ala-ala Turki gitu. Ketua chef dan cashier mamat Turki (aku dah check, memang owner dia orang Turki). Lagi satu, tak banyak sangat menu macam kat Dip n Dip. Hopefully menu tu akan bertambah nanti. :)





Kecik kan meja ni? Hihi.
Kesimpulannya, memang aku puas hati sangat dessert kat sini. Memang aku akan repeat weekend ni nanti. Aku tak kira. Aku tak kira (sambil hentak kaki). Kak Nora bagi 9.5/10 bintang. Korang pergi la ek nanti. Tapi ni sedap ikut tekak aku tau. Kalau tekak korang rasa tak sedap, pedulik apa aku. Hahaha. Bukan apa, ada kadang-kadang kawan-kawan ni bila tengok kita kata makan kat situ sedap, diorang pun nak pergi makan. Tapi bila tak sedap kat tekak dia, nak kondem-kondem pulak. Tak koser aku. 

Total makan kat Salon Du Chocolat ni, 4 dessert + 2 mineral RM68.80. Beza almost RM30 berbanding makan kat Dip n Dip aritu. 

Korang boleh click Salon Du Chocolat atau FB Salon Du Chocolat kalau nak tengok-tengok gambar, cuci mata dan cuci mulut sekali. Hihi.

Till then, 

Bye.

9 comments:

  1. Replies
    1. yang ni serius sedappppp! recommended.. hihi

      Delete
  2. kenyang samapi petang tak ni? aku rasa konsep dia nak duduk dudk and lepak lepak je. thats why dia kecik. okay. lepas ni boleh terjah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jue-a, mesti la lps tu diorg ni lapo lg.. g beli plak hot & roll sorg satu.. haha.. xleh gak nak lepak2 jue-a sbb ada org queue nak masuk plak.. xleh nak lepak sgt la kecuali mmg xde org tgh tunggu kat luar.. hihi

      Delete
  3. Replies
    1. kedai ni kat publika shopping mall sis..

      Delete
  4. Salam sis, nak tanya tapi lari tajuk :)
    Sis ada x latest number seri ulik catering? Saya x ada no terkini. Boleh emel di aieesha.salleh@gmail x? Tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. alamak sis. sy kena check dulu no hp seri ulik ni. x sure diorg tukar no ke x. nanti sy update ya

      Delete
  5. Salam sis, nak tanya tapi lari tajuk :)
    Sis ada x latest number seri ulik catering? Saya x ada no terkini. Boleh emel di aieesha.salleh@gmail x? Tq ya

    ReplyDelete