Wednesday, February 18, 2015

REUNION ADIK BERADIK 6E

Tak lama pun plan nak wat reunion ni. Dalam 2 minggu je. Kisahnya dah lama adik beradik 6E ni tak lepak ramai-ramai. Last dulu masa bulan puasa kot. Eh tak. Masa bulan raya. Lepas tu masing-masing bizi. Kalau jumpa pun tak semua ada. So plan la cuti New Year hari tu nak berjimba kat tempat yang bebas sikit. Senang budak-budak nak main ke nak berlari ke. Lepas discuss dalam whatsapp, akhirnya kitorang memilih Pusat Rekreasi Air di Pullman, Putrajaya. Yang Ziah pulak gedik nak pakai baju sama. Kalut la aku dok mencari orang yang boleh buatkan t-shirt dalam masa yang singkat, yang penting harga murah. Google punya google jumpa la dalam Facebook. Lepas discuss warna t-shirt dan design, dah setel payment. Aku ni dok risau tak sempat sampai sebab dengan cuti Krismas lagi, tapi alhamdulillah selamat sampai. Siap seller bagi button badge free lagi.


Mak Jemah bizi 


Jajan




 Cupcakes dan fruit tart ni aku yang buat. Lawa tak? Kuikuikuikuikui

Cuaca awal tahun tu pulak tak menentu. Risau jugak kalau tiba-tiba hujan ke apa. Terpaksa pulak cancel nanti. 2-3 hari sebelum tu asyik la dok tengok weather forecast. 1 Januari tu diramalkan tak hujan. Janji melayu tak boleh pakai. Tapi janji adik beradik 6E laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi la tak boleh pakai. Hahahahahaha. Konon-konon janji kul 3 petang. Tapi nan adooo la. Tetap dekat kul 4 jugak baru nampak batang hidung. Ratu janji tinggal janji dah tentu la si Liz. Hehe. Kitorang pakat buat potluck. Makanan ringan-ringan sebab picnic kononnya kan. Takde apa aktiviti pun. Just nak borak-borak, gossip-menggosip macam zaman-zaman bujang dulu. Rinduuuuuuuuuu..

Oh, lupa pulak nak bagitau. Mesti ada yang tertanya-tanya pebende la Adik Beradik 6E tu. Hahahahaha. Sebenarnya 6E tu blok rumah kitorang duduk masa zaman bujang kat Putrajaya ni dulu. Bukan la semua dok sekali. Ada batch. Hehe. Actually, rumah tu rumah mak Aimee dan Kak Jihan. Mula-mula sekali yang dok situ is Kak Jihan, Kak Sha, Liz, Ziah, Yam, Shema. Aku selalu la menumpang kasih kat situ masa tu. Bila Kak Jihan, Yam dan Shema dah kahwin, aku pulak pindah masuk rumah ni. Aimee pulak datang bila dia off. Lepas tu, Lela pulak masuk. Jadinya 2nd batch is Kak Sha, Liz, Ziah, aku, Lela, Aimee. Nana datang sesekali menumpang kasih. Kikikikiki. Banyak kenangan suka duka dengan diorang ni. Ziah dan Liz ni childhood friend aku. Kitorang berjiran dari kecik. Aimee dan Nana pulak aku kenal masa sekolah menengah. Yam dan Shema aku kenal masa mula-mula masuk kerja sebab diorang satu ofis dengan Ziah dan Liz. Kak Sha dan Lela pulak satu ofis dengan 2nd ofis Liz. Huda tak dok kat 6E tapi dia pun childhood friend kitorang dan dia selalu join aktiviti 6E. Panjang kalau nak cite salasilah kitorang ni. Hehe.

Teringat zaman-zaman bujang dulu, takde kereta lagi. Pergi kerja naik bas Nadi Putra tu. Nak pergi makan, menapak la ke kedai mamak terowong kat Presint 9 tu. Kadang-kadang kul 2 pagi perut lapar, menapak la kitorang ni tengah-tengah malam buta semata-mata nak makan cheese naan. Uncle maple tu pun dah kenal kitorang. Bila hari gaji, naik la bas pergi Alamanda nak beli barang-barang rumah. Lepas tu berganding bahu pulak angkut barang naik atas. Nasib ada lif. Hehe. Lagi, pergi tengok wayang sama-sama, joging sama-sama dengan Liz sampai sesat barat kat Presint 8. First time pergi Jakarta ramai-ramai tahun 2008. Menangis sama-sama bila masing-masing ada masalah. Seriously, aku rinduuuuu.. :(

Sekarang ni, mostly dah berkahwin. Dah ada anak pun masing-masing. Dah tak boleh nak hang out macam dulu. Sedihhhh :(

So bila jumpa ni, apa lagi, bergossip, mengutuk sesama sendiri. Lama dah tak mengutuk sesama sendiri. Hehe. Paling penting, berposing tak abis-abis sampai hubby masing-masing jemu melayan. Kikiki. Sambil-sambil tu makan  la apa yang ada. Banyak sangat jajan macam buat birthday party la pulak. Layan gambar la pulak. Jangan ada yang muntah dah la. Hehe.




 Nasib la ko Lel. Sape suruh dok dekat dengan makanan. Hehe







Ni gambar mula-mula. Baru perasan aku dok kat area orang-orang tinggi. Tukar tempatlah

Ni baru betul




Ni nama dia posing cekak pinggang. Yang kanan sekali tu je perasan model. Hehe



Diorang pun nak jugakkkkk

With Aydean. Pesal ntah gambar ni tak boleh rotate. Grrrrrrrrr


Xoxo, 
 

Tuesday, February 17, 2015

Felda Residence Tekam

Cerita lama sebenarnya. Ikutkan hati malas nak cerita. Tapi takpe lah, mana la tau ada yang tengah mencari tempat nak short vacation dengan family, gitu. Bulan November last year, angah aku ajak pergi Felda Residence Tekam ni. Mula-mula takde plan pun nak ikut sebab baru balik dari Boracay, tapi last minit pergi jugak lah sebab angah nak sponsor chalet. Hehe.




Sebelum ni family aku pernah ke Felda Residence Tekam ni. Tapi ada la belas-belas tahun dulu. Masa aku masih muda remaja. Hahaha. Masa tu Felda Residence Tekam ni pun sendu je lagi. Sekarang ni dah lain. Banyak penambahbaikan kat Tekam ni. Kitorang pergi 4 kereta semuanya. Ada la dalam 20 orang kot. Lama dah tak bercuti ramai-ramai macam tu. Seronok jugak kan. Kitorang pergi 2D1N je. Kata short vacation kan. Jadik la dari takde. Hehe.

Aku sampai Tekam dalam tengahari. Perjalanan lebih kurang 3 jam dari Kuala Lumpur. Lepas check in, rehat kejap. Jam 2.30 petang kitorang gerak ke Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. Tau tak aktiviti apa yang kitorang nak buat? Hehe. Jangan tak caye kitorang nak explore gua yang ada kat sini. Banyak gua sebenarnya tapi kitorang cuma pergi dalam 10 gua kot. First time kot aku buat aktiviti macam ni. Knowing me, aku memang tak berapa suka aktiviti lasak especially kat dalam hutan ni. Sebab macam-macam sangat bahaya yang aku pikir. Hehe. Yang paling penting, aku takut pacat/ lintah!!!!!! Lagi satu, takut terserempak dengan apa-apa jenis haiwan yang bahaya. Angah aku pulak memang dari dulu aktif buat aktiviti lasak macam ni. So, aktiviti ni memang WAJIB la. Mak ayah tinggal kat chalet je sebab diorang nak berehat. Nasib baik la mak ayah tak ikut kalau tak penat je nak tunggu. Sebab lewat petang baru setel aktiviti memanjat gua ni. 












Mula-mula kena la jungle trekking sikit. Sepanjang jalan mulut aku tak berhenti berzikir, ok. Takut punya pasal. Hehe. Masa mula-mula ni, hujan baru nak berhenti. Ada sorang renjer tukang bawak kitorang semua. Dibantu oleh angah aku la. Bermula lah episod meredah lumpur, air, daun-daun basah, lecak semua. Antara gua-gua yang kitorang pergi ialah Gua Kelawar, Gua Tangga, Gua Penyu, Gua Kota Balai, Gua Terang Bulan, Gua Sanding, Gua Angin, Gua Gajah, Gua Tongkat. Lagi 1 gua aku lupa. Berpeluh jugak la aku memanjat gua-gua ni. Lebih kurang 3-4 jam rasanya. Gua-gua ni ada la ceritanya yang tersendiri. Ada satu gua tu, aku tak ingat yang mana. Kita kena panjat dan melalui satu lubang yang kecik sangat. Tapi dengan teknik yang betul, orang yang berbadan besar pun akan lepas melalui lubang tu. Teknik tu akan diajar oleh renjer yang bawak kita. Aku masa naik ok lagi. Masa nak turun. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, takut sangat sebab kena menggelongsor sikit. Silap gelongsor terus ke dalam lubang yang dalam. Serius memang lama gila turn aku sebab aku tak confident nak turun. Tapi, akhirnya berjaya jugak. Sedangkan budak umur 4 tahun pun boleh, takkan aku tak boleh. Ye dak? 

Nanti bila sampai di setiap gua, renjer tu akan cerita la serba sedikit pasal gua tu. Setiap gua ada la sejarah sendiri. Seronok jugak dengar cerita-cerita tu. Bila masuk hutan ni, yang paling penting mulut tu kena jaga. Jangan lepas cakap dan jangan cakap besar. Tu pantang larang paling penting. Dalam pukul 6 lebih kitorang dah selamat sampai kat kem.











Balik ke chalet, rehat dan bersiap. Lepas maghrib gerak ke restoran kat luar pagar Felda Residence Tekam ni. Sebabnya malas nak keluar jauh-jauh. Lagipun masa tu ada perlawanan bola. Tak ingat dah aku sape yg main. Malaysia kot untuk AFF Cup. Sambil makan sambil menjerit tengok bola. Nasib tak tercekik masing-masing. Hehe. Makanan kat restoran ni not bad jugak la. Dan tak la mahal sangat. 10 orang makan, tak sampai pun RM100. Macam-macam jugak kitorang order. Tomyam, sotong goreng tepung 2, ikan kembung 3 rasa, sup tulang, nasi goreng pattaya. Ape ntah lagi. Kalau korang ke Felda Residence Tekam ni, aku memang recommend restoran ni. Aku lupa nak snap gambar restoran ni. Tapi dia betul-betul kat luar pagar sebelum masuk ke Felda Residence Tekam. Kedai tomyam biasa je. Lepas makan dan bola dah habis, balik ke bilik. Malam takde apa pun aktiviti kat sini.

Esok paginya pulak, angah aku dah arrange flying fox. Aku memang TAK SUDI la nak buat kan. Hehe. Bak kata hubby ku, aku tak adventure. Memang punnn. Pagi tu breakfast dulu kat tempat yang disediakan. Memang 1 chalet termasuk breakfast untuk 4 orang. Banyak jugak pilihan makanan. Rasa pun sedap la jugak. Gambar tak snap sebab lapar sangat. Haha. Lepas breakfast, budak-budak dah tak menyabar nak mandi swimming pool. Swimming pool pun ok jugak. Kalau orang luar kena bayar if nak masuk. Kalau menyewa kat sini, boleh masuk free je. 









Lepas tu, aktiviti flying fox. Ramai jugak la yang berani nak try. Tapi bukan aku. Hehehe. Aku jadi tukang snap gambar je. Ayah pulak penat nak jalan jauh. Ayah rehat je kat swimming pool tu. Layan je la gambar ye. 





Lihat objek di dalam cermin. Hehe




Hubby dan flying fox
Lepas aktiviti flying fox, singgah balik kat swimming pool. Budak-budak tak puas mandi lagi. Tengahari baru balik ke bilik dan bersiap untuk check out. 

 Gambar wajib sebelum balik

Kalau korang berminat nak ke Felda Residence Tekam ni, boleh lah klik sini Felda Residence. Ada jugak Felda Residence di negeri lain. Boleh la pilih yang mana sesuai. Boleh jugak ke FB Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. Di sini aku kongsikan jugak harga chalet dan bilik di Felda Residence Tekam.


On the way balik ke Kuala Lumpur, kitorang singgah kejap ke rumah family hubby aku di Temerloh. Mak suruh singgah sebab dah masakkan lunch untuk kitorang. Seronok sangat diorang ni dapat makan ikan patin masak tempoyak. Hehe. Tu je lah cite aku.

Xoxo,