Wednesday, October 02, 2013

Seoul, Korea ::Day 3::

3rd day. Misi ke Nami Island. Tiket dah beli semalam gara-gara plan ke Nami tak jadi sebab tiket sold out. Kami beli tiket jam 9.00 pagi. Awal gila keluar dari guest house sebab nak kena transfer line bagai nanti. So, dalam pukul 7 lebih tu, lepas breakfast kami terus keluar menuju ke subway. Singgah GS 25 kejap nak top up T-Money dulu. Tak ingat kami top up berapa. Rasanya dalam 10,000krw atau 20,000krw kot. Terus naik subway. Dari Myeongdong (Subway Line 4) - turun kat Seoul Station dan tukar ke Subway Line 1 - turun di Yongsan

Sampai je di Yongsan, dok cari signboard ITX. Masa ni belum pukul 8.30 pagi lagi. Aku kan menggelabah sikit. Haha. Terus pi kaunter masuk tu tapi aunty guard tu dok cakap bahasa korea. Mana la aku nak paham kan. Last-last dia tunjuk satu tulisan tu. Pun tulis korea. Tapi ada no 10. So aku assume dia nak bagitau boleh masuk 10 minit before kul 9.00 pagi la kot. Haha. Tapi sebab takut salah, gigih aku pi tanya mamat Kpop yang tengah sebok-sebok kat luar tu. Diorang pun tak paham english. Nasib la sorang tu macam paham jugak. Dia bagitau diorang pun nak ke Nami Island. Nanti ikut je diorang. Mula-mula aku tak nak duduk sebab takut budak-budak tu hilang dari pandangan. Haha. Gila menggelabah. Tapi sebab yang lain dah pergi duduk, dan budak-budak Kpop tu pun nak cari tempat duduk, aku pergi gak la mendudukkan diri tapi mata tak lepas dari pandang budak-budak tu. Takut diorang tinggalkan kitorang. Haha. 


Harga tiket ITX dari Yongsan - Gapyeong ialah 4,800krw/pax

Pintu yang ada tulis ITX tu lah pintu masuk
 Akhirnya, aku duduk jugak. Hihihi


 Posing dulu..

 Orang ramai tengah tunggu masa nak masuk

Masa tunggu ITX ni nanti, cari nombor yang sama dengan tiket kita. Cari nombor tu kat atas lantai. Contohnya macam kami, dapat seat 7A, 7B, 7C, 7D, so cari ITX 7. Nanti tak yah la susah-susah nak cari seat kat dalam tu.

 Ketapi dah sampai. Jommmmmmmm

Keretapi ni selesa. Perjalanan lebih kurang sejam. Sampai je kat Gapyeong, boleh tunggu teksi kat bus stop depan station tu. Perjalanan naik teksi tak jauh pun. Harga pun takde la mahal sangat tapi tak ingat harga berapa. 


 Gapyeong Station


Nampak tak bus stop kat belakang tu. Nanti tunggu teksi kat situ


Dah sampai kat jeti feri Gapyeong. Beratur beli tiket. Harga tiket adult 8,000krw/pax, children 4,000krw/pax. Harga tiket ni termasuklah harga feri pergi-balik dan admission fee ke Nami Island

Jadual perjalanan feri dari Gapyeong dan Nami

Boleh click sini Nami Island

 Mula-mula dok kat dalam. Penuh sangat orang
Jom kita dok luar pulak. Tapi sejukkkKKKKKKKKKKKKKK

WELCOME TO NAMI ISLAND!




 Stop jap panaskan badan



Peminat tegar Winter Sonata mesti kenal 2 tempat kat atas ni kan? Ni lah set penggambaran Winter Sonata. Ini jugak lah yang menjadikan Nami Island ni tempat wajib datang. Haha. Walaupun Winter Sonata dah berbelas tahun, Nami Island masih lagi popular sebagai set penggambaran cite ni. Haha. Jom tengok gambar yang lain.








Winter Sonata!

Actually takde apa sangat kat sini. Just jalan-jalan amik gambar, camwhore, boleh naik basikal, boleh naik train. Tapi kami pilih jalan kaki je. Jalan-jalan sampai letih. Singgah beli coffee dan hot chocolate. Sambung jalan lagi. Snap gambar lagi. Then, pergi lunch. Lepas tu sambung amik gambar lagik. Agak boring la jugak pada aku kalau spend time lama-lama kat sini. Setakat nak jalan-jalan snap gambar ok lah. Tapi sebab dah beli tiket balik jam 4.30 petang. Berjanggut la dok sini. Haha. Patutnya balik dalam kul 2 just nice lah. Happy kat sini sebab banyak gila tempat cantik leh amik gambar. Aku kan camwhore harus la posing sampai lebam. Layan gambar lagi lah.  



 Lunch kami di Cafe Drama. Silalah goncang sendiri nasi goreng tu ye. Kena pakai gloves sebab panas gile. Rasa ok lah. Hihi

 Cafe Yeonga-Jiga (Cafe Drama)




 US

Jom balikkkkk




 Gapyeong Station. Tunggu ITX

Jam 4.30 petang, ITX sampai. Marilah kita pulang. Dari Gapyeong, turun di Yongsan. Dan kami plan nak ke Itaewon terus. Nak pergi ke Masjid Itaewon dan dinner di sana. Itaewon ni kawasan muslim. Banyak lah restoran muslim dan kedai runcit muslim kat sini. Kalau nak beli barang-barang halal pun banyak (kalau nak masak sendiri). Dari Yongsan (Subway Line 1) - turun kat Dongmyo dan tukar ke Subway Line 6 - turun di Itaewon - Exit 3. Masa sampai kat Masjid Itaewon ni, hari dah gelap. Dah nak masuk maghrib. So, solat terus kat sini.





Bila cerita pasal Itaewon ni, automatik je air liur macam nak meleleh bila teringatkan kari ayam kat Murree Restaurant. Sedap sangat-sangat. Rempah kari dia macam lain dari yang lain. Aku sangat suggest kari ayam kat Murree ni. Buat aku sentiasa teringat-ingat. Haha. Over.





Dinner kami malam ni. Plain naan 3,000krw (RM12), ayam tandoori 18,000krw (RM54), kari ayam 18,000krw (RM54), nasi tak ingat harga. Tapi ayam memang banyak. Cukup untuk 4 orang. Kari ayam super sedapppPPPPPPP!

 Murree Restaurant. Recommended!


Sekitar Itaewon

Ankara Picnic

Balik dinner tu, singgah sini pulak. Ankara Picnic. Makan kebab. Ramai yg recommend kebab ni. Memang sedaaapppppPPPPPPPP pun. Kebab paling sedap aku rasa. Specialnya kat cili sos yg dia guna. Lain dari yang lain. Tapi tak leh makan banyak sebab baru lepas dinner. Tank aku ni dah la kecik. Dapat la merasa sikit yang hubby aku makan. Lokasi dia betul-betul kat tepi tangga Exit 3 Station Itaewon. Naik je tangga Exit 3 tu, nanti tengok belah kanan. Sila lah rasa. 

Lepas tu terus balik ke hotel. Esok nak ke Ski Resort pulak. Dari Itaewon (Subway Line 6) - turun kat Samgakji dan tukar ke Subway Line 4 - turun kat Myeongdong. 

Sekian saja aktiviti di hari ketiga. Hewhewhew.








No comments:

Post a Comment