Tuesday, November 18, 2014

Boracay, Philippines ::Day 1::

 *Amaran. Entry ni akan dipenuhi gambar. Sila jangan muntah. Kikiki.

Actually, plan nak ke Boracay dah lama. Dalam setahun dua ni. First time tau pasal Boracay bila kawan aku, Perol dok suggest sebab pantai cantik katanya. Sambil-sambil tu aku Google dan dok cari info dalam forum. Mula-mula memang tak banyak info yang aku dapat tapi lately ni memang ramai dah yang pergi ke Boracay ni. So, info pun dah makin banyak. Thanks to kawan forum aku, DUJUAN dan MAMA74 yang banyak membantu bagi info. Lagi 1, blog rujukan aku, SUPERMENG MALAYA. Memang terbaik blog ni. 

Start dari last year, aku dah mencari tiket ke Boracay. Tapi memanjang je mahal. Finally, dapat jugak beli masa bulan Ogos aritu. Ada promo apa ntah kat Airasia. Harga flight takde la murah mana tapi tak la mahal macam selalu aku tengok tu. Aku dapat RM363/person. Mahal jugak untuk harga promo tapi sebab nak menggeletis sangat nak pergi, aku beli jugak. Dasarrrrrrrrrrr. Haha. So far, flight ke/dari Boracay ada 1 je sehari. Agak membazir masa jugak sebab sampai Boracay dah senja. So, 4D3N adalah sangat tak mencukupi. Hewhewhew. Sila pergi atleast 5D4N ya!


Oh lupa nak bagitau. Aku plan ke Boracay ni dengan schoolmate aku, Azmilia atau nama manjanya Mimi dan hubby, Adam. Dia pun gedik macam aku jugak. Nak sambut anniversary kat Boracay kekdahnya. Kahkahkah. Lepas 2,3 ari aku ada upload gambar Puka Beach kat Boracay. Then schoolmate lagi sorang, si JUE-A dok tanya kat mana tu. Terus aku whatsapp dia dan dia suruh aku belikan tiket ke Boracay jugak. Masa ni harga tiket dah naik sikit tapi tetappppppp tak membantutkan hasrat dia. So berenam la kami ke Boracay ni. Aku dan hubby, Mimi dan Adam, Jue-A dan Azmi. Nak dijadikan cerita, kebetulan anniversary kami berturut-turut. Aku 23 Oktober, Jue-A 30 Oktober, Mimi pulak 10 November. 

Lepas dah beli tiket, bermula lah episod 'study' thread Boracay di forum dan blog. Then, aku akan take note. Sambil-sambil tu, dok survey hotel-hotel kat sana. Last-last, decide dok 2 malam kat MNL BEACH HOSTEL BORACAY. MNL ni ada dorm jugak. Tapi kami pilih Private Room with Bathroom. MNL ni dalam 5-10 mins walking distance ke White Beach, pantai yang popular dan happening kat Boracay. MNL ni dekat dengan Bulabog Beach. Tapi Bulabog Beach ni tak berapa cantik dan tak menjadi tumpuan pelancong pun. Kalau ada yang datang pun untuk kite-surfing sebab angin kuat. Bulabog Beach ni jugak tempat untuk tengok sunrise. If nak mandi agak tak sesuai. Dah la jalan nak ke Bulabog Beach ni agak kotor. Banyak taik hanjing. Hewhewhew. 

Harga pun ok lah. Twin Room tu RM150/night. Deck Suite pulak RM165/night. Staff kat sini happy go lucky dan happening. Malam-malam boleh lepak kat rooftop tengok bulan dan bintang gituuuu. Setiap hari staff MNL akan update di blackboard, apa aktiviti pada malam tu. Ada karaoke, fullmoon party dan macam-macam lagi. Mostly omputih la yang dok sini. Kitchen tools pun ada. Hotel ada sediakan simple breakfast. Roti, jem, butter, telur, pisang, orange juice. Tu je. Nak makan berat-berat sila bawak sendiri. Hihi.

Last night kitorang decide nak dok di DE PARIS BEACH RESORT, betul-betul dekat White Beach. Saja nak dok hotel ngadap pantai pulak. Harga takde la mahal sangat. Hotel ni pun macam lama sikit tapi untuk tidur ok je. Selesa. 

Harga pulak lebih kurang RM180/night termasuk breakfast. Tapi of coz la roti je pun yang boleh makan. Hihi. Hotel ni betul-betul berdepan dengan laut. Keluar je dari pintu hotel, boleh pijak pasir yang lembutttttt sangat kat White Beach. Lari sikit dah boleh masuk dalam laut. Hahahaha.

Okay, start first day. Flight jam 10.50 pagi. Dah janji dengan diorang, jam 7.30 pagi jumpa kat KLIA 2. Aku & hubby naik ERL je dari Bandar Tasik Selatan. Ok, 1 tips dari aku. If korang nak naik ERL dari Bandar Tasik Selatan ni, kalau terus ke KLIA 2 harga tiket ialah RM26.50/pax. Kalau 2 orang dah lebih RM50 kan. Tips nya ialah buat macam aku. Mula-mula aku beli tiket dari Bandar Tasik Selatan - Putrajaya (RM5.30). Lepas tu beli pulak tiket dari Putrajaya - KLIA 2 (RM6.20). Total baru RM11.50/pax. Berapa banyak dah jimat tu. Cuma kena la tunggu kejap next ERL kat Putrajaya tu. Aku pun tak tau kenapa beza sangat harga if naik terus dari Bandar Tasik Selatan - KLIA 2. Tapi harga tu agak tak masuk akal lah. Boleh check kat sini ya KLIA TRANSIT FARES.

Nampak tak? Cuba kira perbezaan dia.

Okay, sampai je kat sana. Tunggu kejap Mimi sampai. Terus packing balik barang-barang makanan dalam 1 beg untuk check in luggage. Dah settle check in, breakfast dulu kat Oldtown White Coffee. Lepas tu terus masuk dalam. P21. Ya ampunnnnnnnnnnn. Jauhnya kena menapak wehhhhhh. Dah la P21 tu pintu paling last. Memang kena masuk awal la if not harus tak sempat nak sampai flight dah jalan. Hahahaha. Nasib baik la ada 'walkalator' tu. Membantu la jugak. Tibanya masa yang ditunggu-tunggu. Aku macam biasa la. Perut dah kenyang. Masuk je dalam flight, baca jap magazine dia. Lepas tu zzzzzzzzzzzzz. Lama jugak perjalanan dari KL ke Kalibo. Dalam 3 jam 55 minit. Hampir 4 jam kauuuuuuuuu! Tambah lagi 2 jam dah boleh sampai Korea! Hehe. 

Sampai Kalibo International Airport dekat jam 3.00 petang. Airport dia kecik je uols. Jauh sangat beza dengan KLIA 2. Dah setel dengan Imigresen, amik beg, Kastam dah check beg, kitorang pun keluar. Dari jauh dah nampak orang tunggu dengan sign nama aku. Orang tu dari pihak Southwest Tours. FYI, aku memang dah book Roundtrip Door to Door with Fees (Kalibo) dengan Southwest Tours ni. Harga semua korang boleh check SOUTHWEST TOURS.



Isi je borang dalam website tu, nanti diorang akan bagi quotation. Sebenarnya kena bayar dulu deposit. Tapi aku email diorang bagitau nak bayar cash je kat airport. So, bila sampai kat booth dia, setelkan payment dulu dan dia akan bagi sticker dan boarding pass bas. Kelasssssssss kau bas pun siap ada boarding pass bagai. Lepas tu staff Southwest akan bawak sampai kat bas. Sebelum bas jalan, staff diorang akan ambil balik boarding pass td. Perjalanan dari Kalibo International Airport ke Caticlan Jetty mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan boleh lah cuci mata tengok pemandangan sawah yang terbentang luas. Bila sampai di Caticlan Jetty, hari dah senja. Ya, senja kat sini ialah pada jam 5.30 petang uolsssss. Sobsobsob. Kan aku cakap dah rugi 1 hari. Sebab kitorang dah beli pakej siap fees, maka tak payah la bersusah payah nak beratur lagi membeli tiket. Dok jap tunggu feri. Perjalanan dari Caticlan Jetty ke Aklan Jetty (Boracay) sekejap je. Tak sempat pun nak duduk lama. Dalam 10 minit dah sampai. 

 Hello Kalibo!
 Kalau nak gamble je survey dan beli, boleh cari booth mcm ni kat luar Kalibo International Airport tu ya. Keluar dari pintu airport, pergi ke kiri.

 Kalibo

 Dalam perjalanan ke Caticlan Jetty. Hari dah gelap.

 Bas Southwest Tours.

 Caticlan Jetty. Kecik je. 

 Bangka Boat.

 Naik feri.

Bila sampai tu, akan ada staff Southwest yang menunggu kat jeti. Diorang akan panggil ikut nama hotel. Kat situ dia akan bagitau bas trak mana kita kena naik. Dari jeti Southwest akan hantar sampai ke hotel. Jarak jeti ke MNL Beach Hostel dalam 10-15 minit. 

 Bilik aku di Tingkat 4. Deck Suite. Harga 2200 Peso/night.

 
 Simple je biliknya.

 Lobby kekdahnya

 Front Desk/ Receptionist

 Bilik di Tingkat 2

 

Lepas check in, letak barang kejap dalam bilik. Kitorang keluar balik. Nak jalan-jalan kejap. Tapi masa ni tak tau lagi nak pergi mana sebab masa sampai pun dah gelap. Bas trak tu ikut jalan lain tadi. Kitorang jalan je tup-tup dah sampai D'Mall. D'Mall ni salah satu tempat shopping kat area White Beach. Tapi barang-barang kat sini harga mahal sikit. Nanti aku bagitau kat mana tempat shopping murah! Jalan-jalan lagi ke White Beach. Masa ni tak teruja tengok laut sebab gelap kan. Bukan nampak apa. Ada la yang offer pakej Island Hopping kat kitorang. Lepas tawar-menawar, akhirnya dapat la 2000 peso untuk 6 orang (tak termasuk insurans, entrance fee). Tapi kira boleh la sebab tengok pakej kat hotel lagi mahal. Hahaha. 

Suasana di D'Mall
Crazy Crepes

Hungry Monkey. Jual fruit shakes.
 White Beach di waktu malam. Happening!

Balik dari White Beach malam masih muda. Kitorang lepak dekat rooftop hotel sambil menikmati makan malam dari pek Brahim's. Hahahaha. Setel hari pertama.

Xoxo,

2 comments: