Friday, May 15, 2015

Redang Part 3 : Day 2

2nd day di Redang. Pagi-pagi aku dah bangun. Nak menikmati pagi di tepi pantai kononnya. Haha. Padahal nak makan je lebih. Bangun terus siap-siap, keluar breakfast. Mengadap laut lagi uols.. Kalau lah hari-hari macam ni kan best. Tenang je. Stress pun hilang. Hihi. Sampai je kat tempat makan, hujan turun selebat-lebatnya. 


Breakfast


 Hujan lebat

AKu dah risau dah cemane nakg snorkeling nanti. Sure ombak kuat sebab hujan. Eh, ada kena mengena kan? Tapi hujan tu tak lama pun. Dalam kul 8 lebih macam tu hujan pun berhenti. Snorkeling kul 9.30 pagi. Ada masa lagi nak jalan-jalan kat pantai kejap. Lepas tu baru balik bilik dan siap-siap untuk pergi snorkeling. Kali ni snorkeling kat Marine Park. Tiket RM5/seorang dan perlu dibayar kat kaunter di jeti sebelum naik feri. Nanti staff Redang Lagoon yang bawak pergi snorkeling ni akan kumpulkan tiket-tiket tu. Masa nak pergi ni, hubby cakap tak yah pakai selipar. Ingatkan naik bot kat tempat semalam, kat depan pantai ni je. Rupanya kali ni naik bot kat belah belakang. Jauh gak jalan kaki. Tu takpe. Tu takpe. Yang sakit hati tu sebab jalan bertar dan berbatu. Woihhhh, sakit la kaki aku. Sakitnya tu di sini, di tapak kaki ku. Grrrrrrrr. Merasa la dua-dua sakit kaki sebab tak pakai selipar. Eh, tapi ramai je rupanya yang tak pakai selipar. Hahaha. Padan muka korang. Aku pun sama. ^___*


Pose 'mental'. Hihi

Aku ingatkan naik bot kat sini gak macam semalam. Rupanyaaaaaa...

Jeti kat belah belakang






Snorkeling di Marine Park

Kalau korang nak tau, walaupun aku selalu memilih bercuti di pantai/pulau, tapi ni la first time aku try snorkeling. Sebabnya, aku penakut dan cepat panik kalau dalam air. Ni pun memang tak plan nak snorkeling, tapi hubby suruh try. Kalau kat open sea yang dalam tu memang aku takkan la berani nak try, tapi sebab Marine Park ni belah-belah tepi tu tak berapa dalam, finally..... aku cuba snorkeling sambil hubby pegang. Hahahahaha. Best tu memang best tapi aku snorkeling kat tepi-tepi je uols. Bila hubby ajak ke tengah, aku cakap aku dah puas tengok. Padahal, asyik la nampak ikan bawal je. Wakakakakaka.. Snorkeling kat sini dalam sejam lebih. Tak puas sebenarnya sebab aku tak sewa mask dan snorkel set tu mula-mula. Kena la share je dengan hubby sebab diorang takde bawak extra set. Huhuhu.

Silau wehhhh!





Nampak tak belah atas kiri tu? Ya, penyu!!! Tapi masa ni panas terik, main snap je gambar sebab excited sangat. Dapat la separuh penyu. Hehe.. Ni dalam perjalanan balik, sampai kat satu tempat ni, staff tu bagitau kat sini banyak penyu tapi kena senyap. Enjin bot pun diorang matikan. Kalau bising-bising penyu tu malu. Hihi. Jakun la kejap bila nampak penyu tu. Besar rupanya. Aku ingatkan kecik je macam kura-kura tu. Hihi.
Selamat sampai kat jeti

Bila sampai je, lunch dah siap. Terus pergi lunch sebab lapar. Maklum la, bila berendam dalam laut ni perut cepat je lapar. Hihi. Ni lauk aku. Yang lain aku tak makan. 
 

Lepas lunch, rehat kejap kat hammock depan chalet tu. Tetido kejap kat situ sebab kenyang sangat kot. Letih pun ye jugak. Al-maklum la, first time snorkeling kan. Wakakakaka. Poyo je lebih. Kejap lagi kul 2.30 petang ada last session untuk snorkeling. Hujan lebat sebelum pergi tu. Masa naik bot, masih hujan lagi dan ombak agak kuat. Dah la aku naik tongkang kali ni. Tapi lepas tu hujan mula reda. Kali ni pergi open sea lagi. Jadi, aku cuma jadi penonton lah. Hihihi. Balik je dari snorkeling terus minum petang. Laparrrrrrr. Menu petang ni adalah cucur dengan bubur pulut hitam. Cucur ni sedappppppppppppppppppppppppppp gila woihhhhhh. Banyak gila kot aku makan. Makan kat gazebo depan chalet mengadap laut. Hujan lagi masa ni.







 Happy sangat dia tu!

 Cucur dan bubur pulut hitam

Lepas minum petang dan hujan dah berhenti, hubby nak pergi snorkeling dekat pantai kat area chalet kami. Tu pun lepas ada sorang akak yang sama-sama pergi snorkeling bagitau kat situ ada baby shark dan nemo. Hubby snorkeling, aku pulak duduk-duduk kat tepi pantai. Lepas tu pergi mandi laut. Best gila weh. Jarang aku mandi laut puas-puas macam ni. Tapi kena hati-hati la sebab ombak besar gila. Nyaris tengahari tadi ada girl yang dibawa arus ke tengah. Nasib la ada yang menjerit mintak tolong. Cepat-cepat beach boy kat situ selamatkan. Laju gila dia lari. Sap sap sap panjat bukit lepas tu terjun ke tengah laut. Macam tengok Baywatch la pulokkk. Hihihi.

Dah puas mandi, hubby ajak panjat bukit kat pantai tu. Tapi gambar tak berapa cantik sebab dah nak senja dan guna kamera handphone je. Hihi. Layan gambar la eh. 




 




Balik ke bilik, mandi-mandi dan siap untuk aktiviti BBQ pulak. Rupanya pihak chalet cuma sediakan bahan-bahan siap perap sekali. Ada ikan, sotong dan ayam je. Lepas tu ada mi goreng, nasi goreng. Apa ntah lagi aku dah lupa. Kita bakar sendiri apa yang kita nak. Lepas tu makan la. Malam ni aku pilih nak makan kat gazebo. Nasib ada gazebo yang kosong. 

 
 Sotong

 
 Ikan 

 Ayam
 
 DIY




Tadaaaa... Dah siap

 Mi goreng dan nasi goreng disediakan
 Buggy Redang Lagoon

Lepas makan, aktiviti biasa la. Menikmati malam mengadap laut kat depan Redang Lagoon. Dok bersantai kat hammock. Bila dah betul-betul mengantuk dan tak tahan dengan nyamuk, aku masuk dalam bilik je. Tidur. Esok dah nak balik. Sobsobsob.

Bersambung..

Xoxo,

4 comments:

  1. penyu memang besar weeeeeeeh! hahaha...pengalaan tak dapat aku lupakan masa adalah berenang dengan penyu okay, tapi penyu dok bawah aku terpung kat atas sebab ada life jacket. gila best. tapi tu kan perhentian lah...

    and silalah cuba snorkeling kat open sea. dia punya corals gila gila terbaik! kalau dapat beach boy cool, dia boleh tangkapkan nemo untuk ko sekali..kehkehkeh.. boleh nampak segrombolan ikan todak, boleh nampak baracuda.. dengan warna warni nye.. memang gila best! totally a different world. tolonglaaaaah lepas ni gi snorkeling kat open sea ye.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jue-a : open sea tak berani wehhhh.... ko tau la kan kwn ko ni penakut. hahahahaha... cantik mmg cantik tapiiiiiiiiiiiiiiiiii... lusa wehh g Perhentian pulak.. last minute plan.. hotel sume tak booking sbb long beach diorg soh walk in je.. xde hotel merempat la aku tido atas batu. kahkahkah

      Delete