Tuesday, December 08, 2015

LOMBOK - Day 1

Last month, sempena wedding anniversary, macam biasa lah aku dan hubby dah plan nak bercuti. Kali ni destinasi pilihan kami ialah Lombok, Indonesia. Sebelum ni orang-orang Malaysia tau pasal Lombok pun sebab katanya ada anak gadis Malaysia yang dibawa lari ke Lombok. Aku pun tak tau kenapa aku pilih Lombok tapi rasanya sebab aku dan hubby kan prefer pantai. Bila tengok gambar Gili Trawangan terus jatuh cinta. Google lagi, jumpa Air Terjun Benang Kelambu pulak. Cantikkkknya.
 
Ok, tiket dah dibeli awal masa promo Airasia tahun lepas. Hihi. Nak murah kan kena la plan dan beli tiket awal. Dapat lah RM165/sorang untuk return ticket. Aku pergi berempat. Kak Jun dan suami pun join sekali. Flight dari KL jam 8.40 pagi.
 

Hotel dan sewa mobil aku dah setelkan awal-awal. Hotel beli dari Agoda je. Lama jugak la aku memilih hotel yang sesuai dengan bajet kitorang. Flight ok, takde delay. Aku risau jugak kalau delay sebab tengah jerebu masa tu kan. Sampai di Airport Lombok lebih kurang jam 12 tengahari. Pak Ibrahim, supir kami di Lombok dah menunggu kat luar.
 
 Dari dalam flight
 
 Pak Ibrahim
 
Welcome to Lombok Sumbawa
  
Tempat pertama yang dituju mestilah tempat makan. Sebelum pergi jalan baik lah isi perut dulu. Baru best. Hehe. Pak Ibrahim bawak singgah makan Nasi Balap Puyung. Tak jauh pun dari airport.
 

 Nasi Balap Puyung (Plus Ayam Kampung)
 
 Nasi Ayam Kampung
 

Antara menu yang ada
 
Pendapat aku yang cerewet bab makan ni, nasi balap puyung ni sedap! Dah la sedap murah gilaaaaaa pulak tu. Menyesal aku pilih nasi ayam kampong je. Pastu tak puas hati curi ayam balap puyung hubby. Hehe. Harga dalam 5 ringgit lebih (Rp16,000) je. Kak Jun excited sangat sebab murah gila. Lepas dah kenyang makan, kitorang teruskan perjalanan meneroka Selatan Lombok ni. Mula-mula ke Sasak Village.
 
Sasak Village ni kira perkampungan orang-orang asal Lombok iaitu suku Sasak. Masih berpegang teguh pada adat perkahwinan Lombok dan uniknya rumah mereka diperbuat dari simen dan dicampur tahi lembu. Takde entrance fee tapi boleh la derma seikhlas hati. Kat sini jugak ada jual souvenir dan kain-kain tenun. Nasihat aku, pandai-pandai korang la nak gunakan still menawar terhebat kat sini. Hihi.
 

 Tulis nama dulu
 
 Sasak Village
 
 Souvenirs
 
 Kain tenun
 
 Kain tenun lagi
 

 Dapur
 
 Dalam rumah
 
 Pintu memang sengaja dibuat rendah supaya tetamu yang masuk menundukkan kepala, sebagai tanda hormat kepada tuan rumah
 
 Akak menenun
 
 Antara bahan-bahan tenun. Yang aku kenal kapas je. Hihi
 
 Masjid di Sasak Village
 
Dah habis tour Sasak Village

 
Ok, jom teruskan trip Selatan ke pantai pulak. Yeayyyy! Mula-mula kami singgah di Tanjung Aan. Pantai di Tanjung Aan ni cantik tapi banyak rumpai laut. Ada jugak peniaga-peniaga di sini. Kami minum air kelapa, sebiji tak sampai RM5 (Rp15,000). Ok la tu kot. Diorang pun tau kita ni pelancong kan. Jom layan pic Tanjung Aan dulu.
 
 Batu Payung tak sempat pegi sebab kena naik bot bagai :(
 
 Tanjung Aan yang cantik
 
 Pantai di belah kanan
 
Pantai di belah kiri
 
 Sebiji kelapa di Tanjung Aan
 
 Kat sini pun sempat shopping *__^
 
 

 Pondok di Tanjung Aan
 
Damai di Tanjung Aan
 
Lepas tu singgah pulak kat Pantai Kuta. Jangan salah paham ye. Ni bukan Kuta kat Bali tu tapi Kuta di Lombok. Kat sini ramai budak-budak kecik yang meniaga. Jual gelang-gelang. Dia akan ikut je sambil paksa-paksa beli. Kalau tak nak beli tak yah la layan or tanya-tanya ya. Kalau tak sampai ke sudah la dia ikut bontot korang.
 








Dah puas di Pantai Kuta, Pak Ibrahim bawak pulak kami ke Pantai Mawun. Snap gambar kejap je. Banyak anjing kat sini.




 Pantai Mawun
 


Jam 5.45 ptg kami ke Pantai Selong Belanak. Masa ni hari pun hamper gelap. Pak Ibrahim ajak gerak cepat sebab nanti kalau malam jalan kat situ sunti, gelap dan selalu berlaku rompakan. Mula-mula aku ingatkan Pak Ibrahim saje nak takutkan kami, tapi rupanya memang betul. Kawasan tu kerap berlaku rompakan terhadap pelancong terutamanya pelanncong omputih. Make sure korang hati-hati kalau nak ke sana ya. Jangan pergi malam-malam pulak.
 

Sunset di Selong Belanak
  
Perjalanan ke Senggigi lama jugak. Dekat 2 jam ke lebih. On the way tu, Pak Ibrahim berhenti di Ampenan sebab kami dah tak tahan sangat nak makan martabak terang bulan. Hihi.
 




 Ala-ala apam balik. Tapi ada pisang, cheese parut dan chocolate rice. Cheese pun tak kedekut. Hihi.
 

 Martabak Terang Bulan. Sedappppp weh. Rp25,000
  
Singgah dinner di Nada Alam Nyaman. Makan ayam taliwang. Salah satu makanan khas Lombok yang popular. Harga Rp272,000 untuk 4 orang. Mahal sikit lah. Tapi standard harga untuk pelancong la kot.
 
 





Lepas tu baru check in hotel. Lebih kurang jam 10 mlm. Nasib baik lah aku memang dah bagitau yang kami check in lewat. Kami dok 2 malam di Bumi Aditya Hotel, Senggigi. Harga di Bumi Aditya Hotel tu lebih kurang RM80/malam (termasuk breakfast). Ni harga utk bilik standard double aircond. Kalau yang takde aircond dalam RM50+ je.
 
Bumi Aditya Hotel
 
Lepas check in terus masuk bilik dan berehat. Esok nak ke air terjun pulakkkkk..

 
Bersambung...
 
Xoxo,
 
 




2 comments: