Wednesday, October 08, 2014

Krabi, Thailand ::Day 2::

Entry ni aku update khas untuk Kak Ani. Dah setahun baru perasan cite pasal Krabi tergantung tak bertali. Wakakakakakakakaa. 

2nd day kat Krabi. Kan semalam kitorang dah beli pakej 4 Island. Pick up time kul 8.30 pagi. Konon-konon nak adventure la, kitorang ni pilih naik long tail boat. Harga long tail boat memang lagi murah dari speedboat. Tapi ya ampunnnnnnn. Memang aku TAKKAN naik dah long tail boat ni. Hahahahahaha. Rasa macam nak putus nyawa k. Maybe sebab bulan Oktober ni dah start hujan, cuaca pun tak berapa elok. Ombak besar, angin kuat. Masa pergi tu ok lagi. Masa nak balik boleh pulak ombak datang dari semua arah. Depan, belakang, kiri, kanan. Terhuyung hayang la bot tu sekejap. Semua yang dalam bot memang terdiam tak cakap apa-apa. Aku memang dok senyap je la sambil baca-baca apa yang patut. Lepas tu, boat-man tu (maybe sebab dah biasa kan cuaca macam tu), dia matikan enjin sekejap dan biarkan boat tu ikut arus ombak je. Bila ombak dah ok baru start balik enjin dan jalan. Dah la orang-orang lain ni tak pakai pun safety jacket. Aku sorang je yang pakai. Takut punya pasal kan. Haha.


  Ni masa kat jeti. Tengah tunggu bot


  Ni la long tail boat yang sangat menakutkan

Pakej 4 Island ni diorang bawak ke Phra Nang Cave, Poda Island, Chicken Island dan Tup Island. Mula-mula stop kat Phra Nang Cave. Omputih sume gigih la dok hiking kat cave tu. Aktiviti lain kat sini selain hiking, boleh la nak mandi-mandi, jalan-jalan tengok cave tu.
Iols pulak cuci mata tengok mamat-mamat ensem tu. Wakakakakakaka.





 
 Phra Nang Cave

 
 Tengok dari belakang pun dah nampak ensem kan uols? I is likeeeeee. Especially yang kat bawah tu. Hahahahaha.

Lepas tu, gerak ke Poda Island pulak. Jauh ok diorang parking. Terpaksa lah hubby aku kendong aku turun dari bot. Mostly pompuan dalam bot tu pun laki masing-masing kendong. Haha. 



 US & Poda Island


 Poda Island



  Chicken wings & pisang goreng ni ada jual kat Poda Island. Sedappppppp. Halal ye uols. 

Lepas dah puas mandi dan makan-makan kat Poda Island (lunch disediakan sekali dalam pakej), kami gerak pula ke Chicken Island. Kat Chicken Island ni diorang just berhenti kat tengah-tengah dan bagi peluang untuk sesiapa yang nak snorkeling. Dah la masa ni kamera buat hal pulak sebab terkena percikan air. Best shot Chicken Island ni tak dapat save. Ni je la yang mampu uols. Hihi. 

 Nampak tak ala-ala kepala ayam kat situ. Haha. Tak dapat snap semua sekali. 


Snorkeling di Chicken Island

Lepas dah puas bersnorkeling kat sini, kitorang ke Tup Island pulak. Dalam banyak-banyak pulau. Aku rasa Tup Island ni paling cantik. Pasir pun lembut je. Air pun cantik. Subhanallah. Memang cantik. 





Tup Island. Memang cantikkkkkkkk

Lepas bermandi manda dan lepak-lepak kat Tup Island ni, kitorang gerak balik. Dalam perjalanan balik lah terjadi peristiwa agak menakutkan bagi aku. Bukan aku sorang je kot. Semua mamat-mamat cina dalam bot tu pun tak bersuara sepatah pun sampai la kitorang selamat tiba kat jeti. Hahahaha. Tau korang takut kan. Tapi serius, memang scary sangat ok. Sampai kat hotel awal lagi. Dalam pukul 3 ke 4 kot. Kitorang rehat-rehat kejap, mandi dan terus keluar. Ke mana lagi kalau bukan ke Yaminla Pancake. Pancake yang paling sedap. Makcik Yaminla tu pun peramah. Boleh la cakap melayu sikit-sikit. Aku memang rekemen sape-sape yang nak rasa pancake, WAJIB pergi sini. Dari 1st day aku memang mencari Yaminla Pancake ni tapi makcik tu tak meniaga. Memang terbaek laaaaa!!!!


Meleleh je ailio tengok gambar-gambar ni. Atas tu banana cheese pancake. Yang bawah banana nutella pancake. Delicioussssssssssss wehhhhhhhh! Harga baru 35 Bhat (RM3.50). Yang aku peratikan, harga makcik Yaminla ni murah 50 sen dari stall lain. Tq to Cujen yang rekemen makcik Yaminla ni. Ada tiket murah-murah nanti memang nak ajak hubby repeat Krabi lagi sebab nak makan pancake ni. Hihihi. 





 Ni lah makcik Yaminla. Peramah dan banyak mulut. Hihi.

Ni stall dia. Kedai dia yang last sekali kat deretan stall motor tu. 

Lepas makan pancake, hubby pergi hantar motor sebab dah dekat 24 jam sewa. So, budak tempat sewa motor tu hantar balik hubby ke stall pancake ni dan kitorang jalan kaki je santai-santai tengok souvenir. Lepas tu jalan-jalan tepi pantai Aonang tu. Layan gambar je la eh.

 Tempat wajib bergambar. Hihi.

 Masa ni dah start hujan renyai. Tu yang gambo tak cantik sangat. Hihi. 



 Depan deretan kedai souvenir kat area pantai Aonang


Dinner kat stall motor tu lagi. Tapi kali ni try kedai lain pulak. Harga lebih kurang je. Dlm RM20 total. Lauk pun sama je aku makan. Tomyam, telur dadar, udang tempura (takde dalam gambar sebab belum siap). Masa ni hujan renyai-renyai lagi. 

Lepas makan kitorang dah tak larat nak jalan. Naik tuktuk je. Haha. Harga takde la mahal tapi harus la ko kena tawar k. 

 Haramjadah sangat gambar. Pic lain sume kabur. Haha

No comments:

Post a Comment