Monday, October 13, 2014

Krabi, Thailand ::Day 3::

3rd day kat Krabi. Lupa nak cite masa jalan-jalan kat Aonang semalam, kitorang ada beli pakej Emerald Pool + Elephant Trekking. Harga dalam 700 - 750 Bhat kot. Macam biasa la, dalam pukul 8.30 pagi diorang akan pick up kat hotel. Semangat campur takut ni nak tunggang gajah. Hahaha. Tapi ada cite menyanyat hati yang berlaku. Tu salah satu sebab yang membuatkan aku nak repeat pergi ke Krabi lagi ni. *Alasan*

 Harga minyak kat Thailand mahal ya uols...

Mula-mula jom kita ke Emerald Pool. Jauh gak perjalanan pegi Emerald Pool ni. Aku siap tido-bangun-tido-bangun lagi. Haha. Dah la jalan rosak. Berbonggol-bonggol. Sakit bontot dok dalam van tu. Haha. 

 Before tidur kita selfie dulu! Muka laki berparut macam samseng akibat jatuh basikal. Hihi.


 360 ye uolsss. Jangan tertipu

Setelah lama perjalanan, maka sampai lah kami ke Emerald Pool. Aku baca dalam forum, Emerald Pool ni salah satu tempat WAJIB pergi kalau kat Krabi. Memang cantikkkk tapi sayangnya masa kitorang baru sampai, hujan pun dah start turun. Kejap renyai-renyai, kejap kang lebat pulak. Nasib la aku memang bawak raincoat yang aku beli masa 1st day tu. Sebab cuaca kat Krabi masa tu memang memanjang hujan je. Sobsobsob. Tu sebab aku kena repeat pergi Krabi ni nanti. *Alasan lagi*

Kat dalam van, ada 1 couple melayu jugak. Sempat lah kenal-kenal dan tukar-tukar jadi cameraman masing-masing. Wakakakakaka. Tapi seriously terlupa nak snap gambar sama-sama. 







Ni kedai-kedai kat luar Emerald Pool tu. Boleh la nak beli makanan/air kat sini. Tapi makanan goreng-goreng tu aku tak berani nak beli. Lagipun masa berhenti kat petrol station tadi kitorang dah beli roti dengan air untuk alas perut. Emerald Pool jauh ke dalam lagi. Kena berjalan lebih kurang 15 - 20 minit kot. Ke setengah jam eh. Lupa dah. Tapi takde la jauh sangat cuma masa kitorang nak start jalan tu hujan dah mula turun. Orang lain sebok beli payung. Dah la mahal. Aku pulak keluarkan raincoat dari dalam beg. Rasa hebat kejap. Hahahahahaha.



 

 
Masa diorang tengah mandi tu, hujan makin lebat. Dah la ada 1 je pondok kat situ. Berhimpit-himpit pulak sekalian bangsa kat bawah pondok tu. Hujan memang tak berhenti sepanjang kat sini. Tapi diorang ni tetap teruskan aktiviti berendam. Hihi. Tak lama pun kat sini. Dalam 2 jam je kot. Lepas tu siap-siap balik ke van pulak. On the way jalan kaki nak ke van tu, sempat la jugak berposing dalam hujan. Hihi. 



Lepas semua dah ada, diorang susun balik orang mengikut pakej yang dibeli. Ada yang kena tukar van lain. Then, kitorang teruskan perjalanan. Bila sampai, rupanya diorang bawak ke Hot Stream (Air Panas). Aku dah rasa lain macam. Tapi aku diamkan aje. Ingatkan diorang bagi complimentary ke apa. Haha. Tapi sebab hujan lebat, kitorang tak masuk pun ke dalam. Dalam 15 minit lepas yang lain masuk, driver pi cari diorang. Sebab hujan lebat, so tak digalakkan masuk ke dalam tu. Entah ye ke tak aku pun tak tau. Tapi posing tetap posing uols. Hujan pun hujan lah.

Laki muka redha. Haha.

Then teruskan perjalanan ke Elephant Trekking. Aku dah excited dah bila diorang bawak masuk hutan-hutan. Dah doa-doa jangan la gajah tu mengamuk masa bawak aku. Haha. Sekali diorang bahagi orang lagi. Kitorang dia suruh naik lori ni. Aku cakap dalam hati maybe lori ni nak bawak masuk ke dalam lagi kat tempat gajah-gajah tu. Lori pun start jalan. Tup-tup korang tau dia bawak kitorang ke mana? BALIK HOTEL!!!!!!!!!! Aku tak puas hati, bila aku tanya driver tu dia mcm blur. Dia cakap aku punya pakej Emerald Pool + Hot Stream. Dah la tiket kitorang driver pagi tadi dah amik. Aku tak tau miscommunication ke apa. Tapi sakittttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttnya hati aku tak dapat naik gajah tauuuuuu. Baru fefeeling macam cite Ong Bak tu. Wakakakakaka. 

 Masa ni belum tau nasib yang bakal menimpa diriku. Senyum lagi. Haha

Antara restoran halal yang ada kat Krabi. Restoran Lemon dan Restoran Bamboo. Harga mahal sikit dari stall halal atas motor kat area Krabi Resort.

 Dihalau keluar dari hotel.

Haha. Tak lah. Kitorang kan pergi 4D3N. 2 malam dok kat Hotel Ao Nang View La Villa. Mur-mur je. Lagi 1 malam tu kitorang pindah ke The L Resort. Aku memang dah survey dan booking awal-awal. Punya lama dok survey harga dalam website, dalam agoda, booking.com bagai, last-last aku amik keputusan email manager The L Resort tu. Bila tanya harga, manager tu bagi special price which is memang paaaaaalinggggg murah dari website lain. Aku memang gila la kot tengok resort ni especially interior design bilik dia. Moden, purple lagi. Memang taste iols. Hihi. Resort ni betul-betul depan Aonang Beach. Lintas jalan je dah sampai pantai. Layan pic The L Resort dulu eh. ID resort ni memang da bomb. Pada pendapat aku lah. Kalau korang rasa tak, pedulik hape aku. Hahahaha.










iPad ni memang diorang bagi masa check in. So kalau nak order apa-apa, boleh order dari iPad ni.


 Apa kejadahnya sampai 2 katil diorang bagi. Haha. Tapi memang semua bilik camni kot. 


 Ni masa tanya harga. Mula-mula plan nak dok 2 malam. Tapi cancel sebab aktiviti full. Rugi pulak rasa. Tapi diorang still bagi same rate.

Aku dok bilik paling murah. Lite Bungalow. Harga 2,200 Bhat/malam. Kat dalam official website The L Resort, harga masa tu dalam 3000+ Bhat. Dalam agoda, booking.com sume lagi mahal. 4000+ Bhat untuk Lite Bungalow. Harga tu dah termasuk tax, breakfast untuk 2 orang (Halal). Masa aku check in tu, manager dia datang. Omputeh. Michael Krummenacher. Peramah kauuuu. Dia siap ingat lagi nama dan email aku. Hihi. Layanan pun ala-ala first class. Aku memang rekemen hotel ni especially untuk sapa-sapa yang nak honeymoon. Boleh request utk deco bilik honeymoon gituuuuuu. 

Lepas rehat-rehat kejap, mandi sume. Kitorang keluar balik. Ye, aku kalau travel memang tak suka dok memerap dalam bilik. Sebolehnya aku akan spend time jalan-jalan, tengok-tengok tempat orang dan makan-makan. Sebab aku travel untuk pergi tengok tempat orang. Bukan tidur dalam bilik. Haha.




Gigih hujan-hujan pun keluar gak. Sebabnya  perut lapar. Nak makan pancake mancik Yaminla dan nasi goreng kat stall halal atas motor tu. Sebelum tu singgah kat booth tempat aku beli pakej Elephant Trekking & Emerald Pool tu. Nak mengadu domba jap. Tapi bagus la agen tu. Dia mintak maaf sebab ada misscommunication. Then dia pulangkan sikit duit. Hihi.


 Makcik Yaminla dan pancake nya. AGAIN!

 Tiap kali aku tengok pic pancake ni, tiap kali tu lah rasa nak terbang pi Krabi. 

 Sebab dah kebulur sangat, terus hadap nasi goreng sekali. Haha. 

 SELFIE at Aonang Beach

Lepas makan, balik hotel jap. Tido jap. Lepas maghrib keluar balik nak jalan-jalan dan makannnnnn lagi. Haha. Tapi hujan masa ni. Maka, dua laki bini siap bawak payung sorang satu. Payung ni memang ada dalam bilik ya.




 Ni lah suasana malam kat halal stall atas motor dekat area Krabi Resort tu. Happening kan??? Jalan kaki dari The L Resort dalam 5 minit je. Dekatttt. 




 Ke mana lagi aku kalau tak ke Yaminla Pancake. Seriusssss aku memang gilakan pancake ni!!!!!

Shopping t-shirt Krabi kat kedai ni. Kedai ni dekat je dgn The L Resort. Betul-betul depan Aonang Beach tu. Memang aku tawar habis-habis dengan dia. Boleh cakap melayu sikit-sikit. Belakang kedai-kedai ni ada la pub. Pub kat sini tak banyak dan tak se'daring' Phuket. Dekat Phuket dulu sepanjang jalan penuh pub. 

Singgah booth dekat-dekat ngan hotel. Nak cari tiket bas untuk balik esok. Mula-mula plan nak naik van. Harga sama je. 300 Bhat untuk 2 orang. Tapi sume booth dah kehabisan tiket van. Bas pun bas lah. Ada aku kisah. Hihi. Kitorang beli tiket jam 11.00 pagi.


 Swimming pool The L Resort di waktu malam

Dah setel makan, dah setel beli tiket bas, t-shirt dan souvenir sikit, kitorang pun balik la ke bilik. Nak kemas-kemas barang sikit. Esok dah nak balik. Sedihhhhhhhhhhhhhhhh. Sobsobsob.





2 comments: