Friday, December 19, 2014

Entry Makan-Makan Part 1

Orang yang kenal aku tau la aku ni memang memilih makan. Banyak sangat pantang larang bab makanan ni. Hihi. Tapi aku memang suka makan. Dan perangai aku, kalau aku suka, asyik la nak repeat makan kat situ. Agaknya hubby pun dah naik boring makan kat kedai yang sama. Tapi sebab hubby aku jenis tak memilih, semua benda dia makan. So, setiap kali nak makan dia akan bagi aku yang pilih tempat sebab nanti kalau dia pilih ada je yang tak kena dengan selera aku. Hehe.

SECRET RECIPE


 Chicken Lasagna
Red Velvet Cake favourite aku!
Chicken Cordon Bleu
Licinnnn. Hahahaha
Aku kalau makan kat mana-mana, menu aku lebih kurang je. Aku bukan lah jenis orang yang suka try menu-menu baru. Salah satu favourite aku kat Secret Recipe, Chicken Lasagna. Yummy. Sebab apa chicken dan bukan beef? Sebabbbbbb aku tak makan daging. Apa jenis daging pun. Kambing ke, lembu ke, kerbau ke, rusa ke, gajah ke. Hihihi. Makan pulak dengan roti tu. Delicious sangat-sangat ni. Tapi aku pelik gak. Before ni aku penah pergi kat outlet mana ntah, tak ingat. Dia kata chicken lasagna dah takde. Yang ada beef lasagna je. Tapi ni aku order ada je. Lain outlet lain menu ke hape eh?


PLA PLA SEAFOOD, EQUINE PARK

Pla Pla Seafood ni aku baca dalam blog Kak Filla. Macam best la pulak. So, aku ajak hubby, mak dengan ayah pi dinner kat Pla Pla Seafood ni. Dah lama dah pergi sebenarnya. Bulan Ogos aritu kot. Hehe. Makanan dia pada aku ok lah. Sedap jugak. Especially sotong goreng tepung. Tempura sotong sebenarnya. Hihi. Harga ok lah jugak. Semuanya tak sampai RM100 kot. Pla Pla Seafood ni terletak kat Equine Park, Seri Kembangan. Sebenarnya aku tau jugak area Equine Park ni tapi shoplot ni macam aku tak pernah pergi. So, macam berpusing-pusing jugak la.



 

 



 
 


Sotong goreng tepung
Kailan ikan masin

ABC, sirap bandung, epal asam boi, asam boi

ABC

Kerang rebus
Siakap steam. Ada tiga pilihan. Steam halia, steam limau atau steam asam boi

Licinnnn kauuuuuu
Suasana di Pla Pla Seafood. Selesa. 

Anak-anak boleh main kat sini.

Suasana kat sini pun best. Tak sesak sangat. Kedai besar jugak. Korang boleh pilih nak makan kat dalam kedai macam aku ataupun yg kat luar ni. Yang penting harga reasonable. Korang boleh check Facebook Pla Pla Seafood. Diorang selalu update kalau ada menu baru. So far, menu siakap steam limau yang paling orang suka. Kalau nak buat apa-apa majlis pun diorang boleh aturkan. Alamat Pla Pla Seafood seperti di bawah :

Lot 17G, Jalan Equine 1A, 
Persiaran Dr. George Lim Ah Soo,
Seri Kembangan.
013-2876614

 
PICCOLO CAFE @ PCLO CAFE

PCLO Cafe ni aku jumpa masa dok mengidam nak makan churros. Kisahnya dok scroll IG asyik la nampak churros ni. Teringin pulak nak rasa. Google punya google, jumpa la PCLO Cafe ni. Ok, ada branch kat Bangi dan Bangsar. Petang tu jugak aku pergi. Try dulu. Kalau tak kena dengan tekak, lepas ni tak yah pegi dah. Bila dah try, hmmmmmm ni salah satu cafe yang aku akan pergi bila teringin nak makan churros or baked macaroni. Harga pun tak mahal. Churros tu RM6 je. Boleh pilih nak dip salted caramel atau coklat. Aku suka salted caramel. Hehe. Baked macaroni tu RM9 rasanya. Tapi tak banyak pun menu kat sini. Aku prefer branch kat Bangi dari Bangsar tu. Korang boleh tengok Facebook PCLO Cafe. Alamat Piccolo Cafe @ PCLO Cafe adalah :

C-03-G Paragon Point,
Seksyen 9, Bangi.

 Ice Chocolate. Kurang sedap. Aku prefer apple juice.
Churros dan coklat

 Baked macaroni

My favourite! Churros dan salted caramel

 Cool kan?

PCLO Cafe ni kat belah belakang kedai superbike, Bikers Rendezvous. Sederet dengan Restoran Jemari, Bangi. Korang try la nanti.


BEN'S

Ben's ni pulak aku pergi kat KLCC. Sebenarnya nak makan pavlova. Tapi tiap kali pergi asyik habis je. Tak paham aku. Last-last order ni je. 

 Pad Thai Seafood Linguine

Spiced Wedges

 Tuan belog



Korang boleh check Ben's. Boleh tengok jugak menu dan harga kat Menu. Selain dari KLCC, Ben's ada jugak kat Pavilion, Bangsar Shopping Centre, Publika Solaris Dutamas dan Gurney Paragon, Penang.

Banyak lagi entry makan aku nak cite ni. Kot-kot la boleh bagi idea kat korang nak makan kat mana. Hehe. Tapi, nanti la sambung new entry eh.

Xoxo,

No comments:

Post a Comment