Wednesday, December 24, 2014

SHOPPING ONLINE.......................

Shopping online. Addicted? Hmmm... Kadang-kadang bila hantu shopping dah sampuk, terus menggila aku dok shopping online. Memang kadang-kadang rasa upset bila barang yang sampai tu tak macam yang kita imagine tapi tetappppp tak insaf uols. Pastu, bila shopping sorang-sorang mesti la tak best. Kena la hasut orang lain beli gak. Haha. Bulan ni, hantu shopping dah start menyampuk aku. Sume benda rasa nak beli. Rasa nak hempuk diri sendiri sebab tak abis-abis nak membeli. 

Beza shopping online dan shopping di mall. Pada aku sama je. Ada yang kata bila shopping di mall feeling lain je bila keluar dari kedai sambil jinjit paperbag. Tapi bagi aku, sama je feeling nya bila parcel sampai lepas satu, satu kat atas meja. Rasa tak sabar, excited, teruja, sume ada. Hehe. Dah namanya gila shopping, tak kira la kat mana kan asalkan shopping. Banyak sangat word shopping aku taip ni. Hahahahahaha.

 First Parcel 

 Baju-baju, crumple shawls dan earing Shida

Dah lama jugak aku usha NILE.COM.MY ni. Baju-baju dia memang murah-murah. Lepas pilih-pilih aku try jugak beli. Next entry la aku bagi review pasal Nile ni eh. Ada yang aku puas hati. Tapi ada jugak yang aku tak puas hati dengan material dia. 

Ni barang-barang aku dan Shida. Huhu

 Second parcel

 One of my favourite perfume!

 Aquolina Pink Sugar

Aku memang agak memilih perfume. Cuma bau-bau yang sweet dan fruity je yang aku rasa sesuai dengan aku dan aku akan pakai. Kalau bau-bau lain tu tak payah la nak beli. Memang aku takkan pakai. P Lepas tu menyesal. Haha. Selain dari Aquolina Pink Sugar ni, favourite perfume aku ialah yang paling tersukaaaaaaa sekali Ralph by Ralph Lauren, Fantasy Britney Spears, Paris Hilton, Guess, Estee Lauder Pleasure Exotic dan DKNY Be Delicious. Dulu aku sangatttttttttttttttttttttt la gilakan Escada Pacific Paradise dan Ralph Lauren Hot tapi sayangnya dua-dua tu limited edition. Memang dah takde sekarang ni kecuali perfume tiruan. Huhu. Meh aku belanja sikit gambar perfume kegemaran aku. Mana la tau ada yang nak belikan. Hahahaha.

Oh, btw perfume ni aku beli online dari Fiqeera Perfumes. Boleh tengok kat facebook ya. Banyak perfume ready stock. Yang penting harga lagi murah dari kaunter dan authentic. Servis pun cepat. Hehe.

 









Third parcel hari ni, dari Mysale.

Aku dah lama berkenan dengan barang-barang dalam Mysale ni tapi shippping cost dia mahal pulak. RM15. Tak silap aku kalau beli lain brand, maka bertambah la shipping cost dia. So, simpan dulu hasrat tu. Yang ni sebab kebetulan ada 20% additional discount. Lepas tu shipping cost jadi flat rate RM8. Cepat-cepat la aku beli. Mysale ni ala-ala preorder ya uols. Kalau rasa kurang sabar sila jangan beli. Sebab kena tunggu atleast paling kejap 2 minggu. Tu pun kalau takde apa-apa masalah. Tapi sebab sabar tu separuh dari iman, maka aku tak kisah tunggu lama sikit. Lagipun tak urgent pun nak pakai. Hehe. Tapi hari-hari jugak dok check tracking number. Wakakakakaa.

Sebenarnya kat Mysale ni ada jual macam-macam jenis barang. Dari baju-baju, kasut, sampai la ke barang-barang rumah. Payment pulak boleh guna online banking. Senang. Hehe. Tapi, untuk permulaan aku beli yang kecik-kecik dan murah-murah dulu. Tu yang paling penting. Jom tengok apa yang aku beli......
 
Third parcel

 Taraaaaaaaa



130 Professional Palette

Blusher (6 warna)

Tribal Brush Set (7 pcs)

Lace Brush Set (7 pcs). Ni Shida punya

Ok. Eyeshadow palette tu memang aku dah lama cari. Aku tak nak yang sikit-sikit tu. Nak eyeshadow yang banyak kaler. Sebabnya bila aku nak pakai eyeshadow, ada je warna yang kurang or takde. Masa tu rasa sakit hati. Hahaha. Murah gila weh eyeshadow palette ni. Cuba korang teka berapa..... RM49 je senah. Ada 130 warna (matte dan shimmer). Tak murah ke tu????! Blusher tu pulak sebab aku berkenan dengan warna-warna dia. Ada dua pilihan tak silap aku. Satu lagi nude/natural colour kot. Yang aku beli ni pink. Senang ada 6 kaler gini. Blusher pun ada matte dan shimmer. Aku dah try pakai blusher ni. Kena pakai sikit je especially warna pink pekat tu. Huhuhu. Harga blusher ni RM15 je. Last sekali, aku beli brush set. Senang ada semua jenis berus yang aku nak. Yang ni harga dia RM19. Kalau korang nak beli, boleh tengok dalam Mysale. Tapi... Tapi.. Tapi.. Mysale ni konsepnya korang kena tunggu sale tu open baru boleh beli. Nanti dia akan tulis lagi berapa jam baru sale tu dibuka dan bila sale tu ditutup. Kalau sale tu dah abis memang korang tak boleh beli. Kena tunggu next sale. Banyak gila brand dalam Mysale ni. Yang aku beli ni semuanya dari Beauty Treats. So, kena tunggu lah bila next sale dari Beauty Treats ni. Hehe. So far, aku puas hati dengan barang-barang yang aku beli dari Beauty Treats.

Fourth parcel

 Naelofar Hijab!

Kegilaan kat Fareeda dah berlalu. Now, it's Naelofar Hijab baybeh! Hehe. Aku beli Naelofar Hijab ni kat Aina Othman. Tau pun dari salah sorang kawan FB aku. Aina ni salah sorang agen Naelofar Hijab. Susah betul nak dapat Chic & Basic ni. Nasib la Aina banyak stok last week. Cepat-cepat aku order. Bukan untuk aku sorang ni. Hehe. Apelah ertinya shopping kalau sorang-sorang. Harus la hasut orang keliling. Kekekekeke. Senang nak berurusan dengan Aina ni. Korang yang tengah mencari Naelofar Hijab, boleh la tengok facebook Aina.

Ada lagi barang yang aku order tapi belum sampai. Yang ni memang pre-order la. Bayar deposit dulu. Lepas tu bayar ansuran lagi 2 bulan sebelum barang sampai. Barang-barang ni dari UK. Aku beli dengan Kak Nani. Korang boleh check Facebook Asnani Kamarudin. Kak Nani ni salah sorang agen Barangmurahukdotcom. Boleh jugak beli direct dengan BMUK. Tapi aku malas nak check Excel file tiap-tiap bulan nak tengok diorang update payment ke tak. So, aku order je dengan Kak Nani untuk memudahkan kerja aku. Harga sama je dengan BMUK jual. Nak tau apa aku beli? Hehe. Dah kahwin ni kan, kena la beli barang-barang yang memudahkan kerja aku sebagai wanita bekerjaya gitu. Jadi aku beli la ni. Hehe. Dasar pemalasssss kan.

 Tadaaaaaaaaaaaa... Actifry!

Aku dah lama nak beli Airfryer Philips tu tapi bila baca review ramai yang suggest Tefal Actifry ni dari Airfryer. Kebetulan pulak hari tu ada promotion price kat BMUK. RM699 utk 1.2kg including shipping ke Malaysia. Boleh bayar 3 kali. Barang ni dijangka sampai Feb 2015. Buat hadiah birthday untuk diri sendiri la nampaknya. Hihi. 

Actifry ni selain memudahkan kita memasak, yang paling aku suka sebab cuma menggunakan 1 sudu minyak masak je. Kononnya untuk kesihatan kan. Nak kurangkan pengambilan kolestrol gitu. Harapnya jangan la actifry ni jadik tukun kat dalam kitchen cabinet nanti. Wakakakakaka. 

Xoxo,


No comments:

Post a Comment