Friday, May 08, 2015

Redang Part 2 : Day 1

24hb, lepas check out hotel aku dan hubby jalan kaki je ke Jeti Syahbandar. Jeti ni terletak bersebelahan dengan Pasar Payang. Jam 8 pagi, kitorang dah tercongok kat situ sebab agen aku suruh datang jam 8 pagi. Macam semalam, booking kitorang still bermasalah (nanti aku cerita details). Akhirnya dapat jugak naik feri pukul 9.30 pagi. Actually jadual feri sebenarnya pukul 9.00 pagi, 10.30 pagi dengan 3.00 petang je tapi sebab hari cuti (Jumaat), ramai la yang nak masuk ke Redang. Jadi diorang tambah perkhidmatan feri tu. Perjalanan dengan feri lebih kurang 1 jam 40 minit. Aku macam biasa la, of coz tidur sebab ombak kuat dan feri terhuyung-hayang sikit. Daripada sakit kepala baik la aku tidur je.

 'Q' dulu

 Finally, selepas bersusah-payah dapat jugak tiket feri ke Redang 

Dekat nak sampai Redang, kitorang kena tukar ke feri lain pulak. Sebab feri yang biasa tu tak boleh hantar sampai ke tepi pantai. Takde jeti. Sampai hotel dalam 11 lebih. Check in tapi bilik tak siap lagi. Makcik owner tu suruh lunch dulu. Wahhhhhhhhhhh!!!! Banyak gila kot lauk dia! Aku ni dah la cerewet dan memilih bab makan, tapi makan kat Redang Lagoon ni aku boleh bagi 5 bintang ya. Hihihi.

Nyummm...
 Lauk-pauk

Lepas lunch, jumpa balik makcik tu. Bilik dah siap tapi kitorang dapat bilik untuk 4 orang. 2 tingkat lagi. Hehehe. Rehat jap dalam bilik. Tukar baju dan siap sedia untuk 1st snorkeling trip. Snorkeling di open sea katanya. Dalam kul 2.30 petang, staff yang akan bawak kami snorkeling dah suruh berkumpul. Sewa life jacket dan snorkeling equipment (mask dan snorkel). RM10 each. Means RM20/pax untuk 3 hari tu. Sepanjang 3 hari tu, life jacket dan mask tu memang kita yang simpan.

 Simple je bilik dia. Cuma aku prefer kalau guna cadar putih tutup sampai bawah tilam tu

 Toilet pun simple. Bersih










Snorkeling kat open sea (Pulau Lima) ni memang aku tak berani la nak turun. Aku ni nama je suka bercuti kat pantai dan pulau-pulau tapi tak pernah sekali pun aku try snorkeling. Penakut. Menggelabah pun ye nak-nak bila kat tempat yang dalam. Kaki tak dapat jejak pasir. Biar lah orang cakap pakai life jacket takkan tenggelam, memang takkan dapat BERANIkan aku. Hahahaha. Snorkeling kat sini dalam sejam lebih. Kitorang pergi 3 bot semuanya. Ada la dalam 60-70 orang kot. Ke lebih ntah. Aku dok je la dalam bot snap gambar. Ada gak orang lain yang tak turun. Mostly budak kecik la. Termasuk aku. Kihkihkih. 












Lepas siap snorkeling, balik ke chalet. Sampai je chalet minum petang dah siap! Macam tau-tau je kan balik snorkeling penat dan lapar. Eh memang la diorang tau kot tu pasal diorang dah siapkan. Minum petang hari ni, cekodok pisang dengan bubur kacang. Dapppppppp. Cuma cekodok tu kurang pisang sikit la. Hihi.


 Tea time

Lepas minum petang, rehat kejap. Then aku dan hubby pegi jalan-jalan kat pantai. Sambil usha-usha hotel lain. Paling penting harus la berwefie. Hahahaha. Nasib la jalan berdua je. Gigih pi beli monopod tau sebab nak wefie. Kalau tak merasa la bergambar sorang-sorang. Wishlist lepas ni kena gak beli gopro. Ke ada orang nak hadiahkan? ^__* 











Jalan-jalan sampai senja. Balik bilik mandi. Terus ke tempat makan sebab dinner start kul 7.00 malam. Macam biasa lauk nya memang banyak dan memenuhi seleraku jugak. Dah habis dinner berebut la hammock kat depan Redang Lagoon tu. Best betul. Perut dah kenyang, baring pulak kat situ sambil mengadap laut. Takleh mengadap hp sebab hp buat problem tak boleh on pulak. Lepas tu jalan-jalan sampai hujung sana, takde apa sangat malam-malam. Ada la hotel/chalet yang happening sikit kat belah-belah sana. Happening pun takat orang nyanyi-nyanyi je la. Ntah lagu apa dia nyanyi aku tak tau. Dengar macam omputeh, tapi macam siam pun ada. Hikhikhik.










Bersambung...

Xoxo,
 

4 comments:

  1. Replies
    1. Redang cantik Anum. My husband ckp snorkeling kat Redang lg best sebab cantik.. Teringin nak pergi Perhentian dan Mabul pulak :)

      Delete
  2. besah, best kan snorkeling kat sini? once snorkeling kat redang and perhentian, memang susah nak cari tempat lain yang lagi cantik selain mabul.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jue-A, best.. tp kat marine park je la aku berani.. open sea memang tak la.. haha. ape lg weh, jom mabul.. hahaha.. mabuk laut dah ni

      Delete