Thursday, March 17, 2016

BALI ::Part 2::

Hari kedua di Bali.
 
Hari ni plan tour ke Kintamani. Bukan Eko yang bawak kitorang tapi Joni. Joni datang amik aku dan hubby dulu di hotel, lepas tu baru amik mak and the geng. Aku terus check out hotel sebab nak check in hotel lain pulak arini. Muehehehehe.
 
 Hotel Rabasta Mahayana, Kuta
 
 Eh!
 
 

 
Urusan check out mudah je. Lepas tu terus pegi amik mak and the geng kat hotel. Mula-mula Joni bawak singgah kat tempat membuat silver dan emas. Tak lama pun kat sini. Korang kalau tak singgah pun takpe kecuali kalau korang memang suka silver. Kitorang pun tak membeli kat sini. Memang cantik-cantik lah silver tu, tapi harga pun cantik. Hahaha. 
 
 Dalam perjalanan. Banyak gila kot kedai yang jual benda nih
 
 Pembuatan silver
 
 Bersama rombongan Cik Kiah
 
 Tuan belog dan hubby
 
 Nak masuk ke tempat pameran dan jualan. Tak boleh amik gambar katanya
 
Tuan belog dan hubby lagik
 
Perjalanan diteruskan ke Pura Tirtha Empul (Tirtha Empul Temple) yang terletak di Tampaksiring. Harga tiket Rp30,000/seorang (wisata asing). Kami dapat harga lokal, murah la sikit.
 
"Tirta Empul is an important temple complex and holy mountain spring, located in the village of Manukaya in central Bali. The site serves as a legendary setting of a traditional tale about good versus evil. It is also a national cultural heritage site.
 
Tirta Empul, meaning ‘holy water spring’ is actually the name of a water source located within the temple. The spring feeds various purification baths, pools and fish ponds surrounding the outer perimeter, which all flow to the Tukad Pakerisan River. Various sites throughout the region and many other archaeological relics relate to local myths and legends."
 
Dari Tirta Empul ni boleh nampak Istana Tampaksiring milik Presiden Soekarno. Istana tu terletak di atas bukit.
 
 Kami
 
 Sila baca.
 
 Atas bukit tu Istana Tampaksiring
 

 Berdua je
 
 Posing ni pakcik photographer yang suruh buat. Ikutkan je laaa. Hihi
 
 Diorang yang tengah mandi tu untuk menyucikan diri katanya. Tapi ada gak tourist yang saja-saja join kot
 
 Iols paling suka pic ni!!!! Macam sesuai je tudung dengan rumput tu kan? Lagi satu, sebab nampak tinggi. Suka suka suka!
 

 
Lama jugak kitorang kat sini. Siap ada sorang photographer ikut sebab nak amik gambar dan jual kat kitorang. Dah siap letak dalam frame hard cover paper tu. Harga Rp25,000 untuk sekeping gambar. Banyak jugak makcik-makcik ni memborong gambar. Hihi.
 
Okay, jom ke Oka Agriculture (Ladang Kopi Luwak) pulak. Dulu masa 2009 aku pernah pergi dengan hubby. Tapi ni pergi lagi sebab mak and the geng tak pernah sampai lagi. Lagipun aku suka sebab nanti dapat minum teh halia free. Sedapppp! Kopi luwak tu aku tak rasa sebab aku tak makan kopi. Tapi orang-orang yang rasa memang cakap sedap lah. Harga almost RM100 untuk 50gram. Masuk adalah free ya.
 
 
 


"Kopi luwak or civet coffee, refers to the coffee that includes part-digested coffee cherries eaten and defecated by the Asian palm civet (Paradoxurus hermaphroditus).[1]
Producers of the coffee beans argue that the process may improve coffee through two mechanisms, selection and digestion. Selection occurs if the civets choose to eat cherries. Digestive mechanisms may improve the flavor profile of the coffee beans that have been eaten. The civet eats the cherries for the fleshy pulp, then in the digestive tract, fermentation occurs. The civet's protease enzymes seep into the beans, making shorter peptides and more free amino acids.[2] Passing through a civet's intestines the cherries are then defecated with other fecal matter and collected."


 Demo kopi luwak. Harga Rp50,000/cup
 
Ni yang aku paling suka!
L-R : coffee ginseng, ginger tea (favourite aku), bali coffee, lemongrass tea, pure bali cocoa, rosella tea, coconut coffee, juice kulit manggis
 
 

Lepas dah licin air tu kitorang kerjakan, diorang bawak la ke tempat jualan. Aku mesti lah beli ginger tea tu kan. Hubby pulak beli Bali Coffee nak bagi kawan-kawan dia rasa. Makcik-makcik mestilah memborong lagi banyak. Hihi. Mak aku pun sama naik :D
 
Oka Agriculture Bali 
 
Perjalanan diteruskan ke Gunung Batur, Kintamani. Tiket masuk Rp30,000/seorang. Yang ni pun kami bayar harga lokal je. Kat sini boleh tengok view Gunung Batur. Tapi masa ni hujan, ala-ala berkabus gitu. Lepas tu lunch buffet kat sini. Harga Rp135,000/ seorang. Makan sampai puas. Kalau tak nak buffet boleh order ala carte tapi kalau ala carte akan ditambah dengan harga tax.
 








 Gunung Batur
 
Sampai kat Kuta hari pun dah gelap. Singgah kat Restoran Pawon Pasundan tapi tapau je. Aku dan hubby tak tapau sebab tak lapar lagi, dah tu kononnya nak JJCM kat area hotel je nanti. Balik tu hantar mak and the geng dulu baru Joni hantar aku dan hubby kat Palloma Hotel. Aku booking dalam AirasiaGo. Harga RM72.99/malam.
 
 Restoran Pawon Pasundan
 
 
Signature Dish Pawon Pasundan. Flying Gurame. Aku tak rasa sebab masa singgah tu perut kenyang lagi. *Gambar diambil dari FB Pawon Pasundan.


Check in kat sini pun mudah je. Kejap je. Diorang cuma mintak booking kita, lepas tu settle. Tak perlu bayar deposit ke apa. Aku pilih hotel ni sebab perabot dia moden dan warna tiffany blue gitu. Kriteria utama pemilihan hotel aku, kalau boleh perabot moden, warna-warna ceria dan toilet bersih dan paling penting harga TAK MAHAL. Hehehehe.
 
 Superior Double Room
 


 
 

Lepas rehat kejap dan bersiap, aku dan hubby jalan kaki je keluar dari hotel ke jalan besar. Ingatkan dekat je kedai-kedai makan yang aku nampak berderet tadi, rupanya JAUH jugak. Sebenarnya tak jauh mana tapi sebab dah letih seharian berjalan kan, rasa seksanya la hai nak sampai. Dok cari-cari kedai halal. Last-last aku google je. Jumpa la Warung Bu Umi Brunei ni. Aku tak tau la owner dia orang Brunei ke apa. Tapi kedai ni ala-ala kedai hipster gituh. Lama aku dok tak tau nak order apa. Akhirnya order pisang goreng cheese ni. Kelat sikit pisang dia. Aku suka pisang yang betul-betul masak dan manis. Ada lagi 1 menu kitorang order tapi aku dah lupa sebab tak snap gambar masa tu. Harga kira ok la. Mampu makan lagi. Hehe.
 
 Mango blended dan ice chocolate
 
 Pisang goreng cheese
 
 Deko dalam kedai
 
 View dari luar
 
Balik tu, aku dah tak larat sebab perut kenyang + mengantuk gila. Mata dah tak boleh bukak weh nak jalan kaki. Tahan teksi balik hotel. Sampai hotel tidooooo. Esok pagi nak kuar awal lagi.
 
 
Bersambung....
 
Xoxo,
 
 
 

 


 


 


No comments:

Post a Comment