Tuesday, October 01, 2013

Seoul, Korea ::Day 2::

Ok. 2nd day. Bangun pagi-pagi sebab plan asal nak ke Nami Island. Breakfast dulu kat bawah. Makan maggi dengan roti yang dibawak dari Malaysia gitu. Malaysiaku Tanah Airku. Mulanya plan nak naik Subway je ke Yongsan (station ITX untuk ke Nami Island). Tapi bila nak keluar dari guest house tu, salah sorang pekerja diorang, John nak balik rumah. Dia pelawa naik dengan dia sebab kebetulan dia lalu di Cheongyangni (boleh jugak naik ITX dari station ni), so takkan la nak kecewakan orang kan. Kitorang tumpang je la John. 

Bila sampai Cheongyangni, dengan hati yang berkobar-kobar aku nak beli tiket ke Nami Island (Station Gapyeong). Eh, rupanya tiket yang ada seat dah sold out. Yang ada tiket STANDING je. Lepas discuss lebih kurang, kami ambil keputusan beli tiket untuk esok je lah. Naik dari Yongsan. Tiket jam 9 pagi gitu. Dah tu ke mana kita hari ni? Tukar plan pergi ke Lotte World. Route subway dari Cheongyangni ke Lotte World tak ingat pulak sebab adhoc plan gitu. Hihihi. Tapi nak pergi ke Lotte World ni kena turun di Jamsil (Subway Line 2). Pandai-pandai uols la nanti nak susun itinerary ikut kesesuaian. 

Jom camwhore dulu




 Sesak gila sebab peak hours kononnya. Hihi

Breakfast yang dijual di laluan station subway

Welcome to Lotte World!


Camwhore lagiks...

Kitorang tak masuk pun Lotte World ni. So just snap gambar sikit-sikit (sikitttttt la sangat). Lotte World ni dibuka dari 9.30 pagi - 11.00 malam. Tiket pulak ada bermacam harga. Boleh click sini Lotte World

 Harga tiket Lotte World

 Lotteria. Fastfood Korea. Kat Ho Chi Minh pun adoooo.


Comel kan beg ni? Tapi tak tanya pun berapa harga sebab of coz la mahal kat Lotte World ni. Hihi

Perempuan ni nak beli boots lagik. 15,000krw je. Nangissssss kalau tak beli. Haha

Kat sana asyik la minum coffee je. Bersepah coffee house. Tapi iols tak minum coffee. Hot chocolate saja lah *__^

Dari Lotte World ni kitorang bergerak pulak ke Geongbokgung Palace. Dari Jamsil (Subway Line 2) - turun kat Euljiro 3 (sam-ga) dan tukar ke Subway Line 3 - turun di Gyeongbokgung (Subway Line 3) - Exit 5.

 Apa ntah nama benda ni. Tapi kononnya kalau lalu bawah tu orang tu akan panjang umur ke apa ntah. Dah lupa. Haha



Kami masuk dari pintu belah kiri Gyeongbokgung Palace. Dan kebetulan juga tengah perarakan tukar shift pengawal "Changing Guard Ceremony". Click sini Gyeongbokgung Palace untuk maklumat lanjut. Jommmmm layan gambar. Hehe












Disebabkan perut pun dah lapar, kebetulan masa datang tadi memang dah perasan satu kedai pastry yang cantik dan sedappppppnya bau dia. Haha. Balik ni singgah la makan kat situ. Paris Baguette!!! 














Tempting kan?????

Jangan risau ye pasal status halal Paris Baguette ni. Ada pengesahan halal dari Korea Muslim Federation (KMF). Boleh tengok sini Paris Baguette

Makan jap...

Lepas siap alas perut, kitorang start balik berjalan. Kali ni plan nak ke Bukchon Hanok Village. Dari Gyeongbokgung (Subway Line 3) - turun kat Anguk (Subway Line 3) - Exit 3. Boleh tengok kat sini Bukchon Hanok Village 

Citernye macam ni, ikut direction tu macam tak jauh sangat Bukchon Hanok Village ni. Tapi jalan punya jalan tak jumpa-jumpa. Kawan ku dah tak larat nak jalan. Ikutkan hati memang nak pegi jugak sebab dah sampai kan. Tapi kaki mak dah letih nak.... Hihi. Tapi terubat jugak la hati ni dapat bercamwhore kat traditional house yang ada kat Bukchon Traditional Cultural Center. Dok tanya kat orang yang ada kat situ, diorang tak paham pulak english. Jadinya sampai kat sini je la kami sampai. Sedih :(










Dah puas camwhore kat sini, jom la kita pergi shopping kat Insadong pulak. Insadong ni tempat jual souvenir, handicrafts, art galleries dan macam-macam lagi. Ala-ala Petaling Street la tapi lagi teratur kot. Sebab Insadong ni kat Anguk jugak cuma berlainan exit iaitu Exit 6, jadi mari la kita exercise kaki ye adik-adik. Kitorang jalan kaki je ke Insadong ni. Sambil tengok map, tengok signboard dan tanya kat mamat-mamat Kpop. Haha.




Antara gambar yang sempat disnap sepanjang perjalanan exercise kaki :)

Akhirnya sampai gak kat Insadong. Takde la jauh sangat pun berjalan. Tapi sejukkkkkkkkkk lah. Masa sampai ni dalam kul 6 kot. Kejap je dah gelap. Pusing-pusing dulu tengok barang, tawar-tawar harga. Ada 1 kedai tu jual kuih korea. Buat dari madu dengan apa ntah. Dah lupa lah. Lepas tu patah balik.












Last sekali singgah kedai ni. Seller boleh cakap melayu sikit. Tawar punya tawar harga, mula-mula dia bagi 9,000krw untuk 2 helai t-shirt. Pujuk-pujuk lagi last-last dapat harga 4,000krw sehelai. Dalam RM12 lah. Beli 2 helai t-shirt kat sini. Banyak lagi yang dia jual. Ada keychain, fridge magnet, gambar-gambar artis Kpop, macam-macam lagi lah. Kedai yang kiri kat bawah ni ya :)

Boleh click sini untuk maklumat lanjut pasal Insadong


Masa kat Insadong ni baru kul 6 petang rasanya tapi hari dah start gelap. Dah habis shopping souvenir sikit-sikit, kami gerak balik ke Myeongdong. Dari Anguk (Subway Line 3) - turun kat Chungmuro dan tukar ke Subway Line 4 - turun kat Myeongdong (Subway Line 4) - Exit 7 sebab nak pergi area Myeongdong dulu untuk dinner dan jalan-jalan kat night market. Malam ni kami dinner di Yoogane (kawan-kawan kat forum yang suggest). Kami order nasi goreng seafood untuk 3 orang. Tapi memang banyak la dan cukup untuk kami berempat. 


 Di hadapan Migliore


Suasana malam di Myeongdong. Happening!!!
 Yoogane


Masak-masak atas meja

Tak mahal sangat la makan kat sini. Ke consider mahal? Sebab nya kami just makan nasi goreng seafood. Air masak memang diorang bagi. Tak sampai RM15 sorang rasanya. Tak ingat dah harga betul. 

Lepas dinner, my friend dan hubby dia balik terus ke guest house. Aku dan hubby berjalan-jalan dulu kat area Myeongdong. Jom layan gambar.




 Myeongdong!

Paling best, masa jalan-jalan kat Myeongdong ni terjumpa Cat Cafe yang aku nak sangat pergi tu. Tak yah carik jauh-jauh sampai ke Hongdae! Hahaha. Dog Cafe pun ada. Mula-mula aku ternampak maskot kucing dan anjing. Diorang tengah promosikan Cat Cafe dan Dog Cafe tu. 

 Maskot Cat Cafe dan Dog Cafe bergabung. Hihihi

Jalan je terus kat belakang maskot ni. Nanti ada signboard. Masa aku pergi ni tempat tu ada renovation sikit. 

 Kat tingkat 3. Boleh naik lif kecik tu atau tangga

Ramai orang masa ni. So kami takde la masuk. Konon-konon nak datang semula nanti before balik. Tapi ada kisah sedih :(

Dah puas jalan-jalan ket Myeongdong, kami menapak pulang ke guest house kat seberang sana. Nasib baik lah sekarang ni dah ada zebra crossing. Tak yah la susah-susah turun naik tangga kat station subway tu. Hihi. 

Good night peeps. Time to sleep. Esok pagi-pagi nak bangun. Ada misi ke Nami Island. Hihi. 










Thursday, September 26, 2013

Seoul, Korea ::Day 1::

Dah dekat setahun balik baru la entry terpendam ni berjaya dipostkan. Banyak sangat halangan nak buat entry ni. Sebab utama M.A.L.A.S. Hihihi.

Actually takde pun dalam plan nak pergi Korea dalam waktu terdekat, tapi Kak Jun beria ajak pegi. Kebetulan pulak ada tiket yang agak murah jugak lah, maka ke Korea kita yoooooo. Jadik Kpop la kejap kat sana. Haha. Tiket ku beli 6 bulan awal. Airasia buat promosi masa tu.

 Flight details - RM1683 untuk 2 orang. Kira ok la tu. 

Aku pergi pada 17 - 22 Januari 2013 yang lepas. Kak Jun teringin nak berwinter sonata kat sana. Iols ikutkan aja. Hihi. So, kami pergi berempat. Aku, hubby, Kak Jun, Abang Mie. Maka gigih la aku study thread Korea di forum, baca blog kawan-kawan yang dah pernah ke Korea, study Subway Line, susun itinerary, print Subway Line dan info-info lain yang nak dibawa ke Korea sekali.

Disebabkan excited yang melampau, even lagi 6 bulan baru nak pegi, aku dah start survey barang-barang winter yang perlu dibeli. Aiyohhhh, mahalnya la aksesori winter kat sini. Akhirnya, aku beli kat Daiso (kedai barangan Jepun). RM5 je uols. Winter jacket memang dah beli masa kat Ho Chi Minh. Boots pulak tak beli kat sini sebab mahal sangat. 

 Ni lah antara barang yang ku beli kat Daiso. RM5/each. 

Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba lah hari yang dinantikan. Aku janji dengan Kak Jun nak jumpa di airport je. Flight jam 1.00 pagi. So setelkan barang-barang, let's check in! 6 jam lebih dalam flight, bangun tido bangun tido, akhirnya jam 8 lebih kami sampai di Incheon International Airport. Waktu Korea cepat 1 jam dari Malaysia. So takde la susah sangat nak tukar-tukar waktu jam bagai kan. Turun je dari flight tu, Ya Ampunnnnn... SejukkkkkKKKKKKKKKKKKKnyaaaaaaa!!!! Sejuk sampai ke tulang okeh. So, tempat pertama yang kami cari. TOILET. Nak gosok gigi, cuci muka, pakai baju tebal sket, pakai stokin etc. Lepas tu terus ke imigresen dan kastam. Selesai urusan kat sini, jom kita pergi amik Pocket Wifi.

Apa itu Pocket Wifi? Pocket wifi ialah wifi yang boleh dibawa ke sana ke sini dan boleh diletak di dalam poket anda. Aku memang suggestkan korang yang nak ke Korea ni better la sewa pocket wifi tu. If pergi ramai-ramai, share je lah sbb 1 pocket wifi tu boleh guna untuk 3 gajet. Maka salah sorang dari kami kena la beralah takleh guna. Hihi. Kami sewa pocket wifi ni di S Roaming. Actually ada lagi brand lain/ company lain tapi kawanku Chimei suggest sewa kat S Roaming ni je. Kak Jun yang buat reservation. Then, print dan bawak je reservation tu ke kaunter.


 Kaunter S Roaming di Incheon International Airport

Harga sewa pocket wifi masa ni 7,700krw/day + 10% VAT. So korang kira la berapa hari korang kat sana. Darab lah sendiri ya. :) Tapi, sekarang ni ada diskaun. 5,000krw/day + 10% VAT (untul 31 October 2013 ni je. Hihihi). Kalau korang berminat, click lah sini S Roaming 

Cara nak pergi ke kaunter S Roaming ni : keluar je dari arrival, belok ke kanan. Terusssssssss je sampai nampak pintu Exit 13. Tak payah susah-susah keluar pintu tu ye. Nanti korang nampak la kaunter macam kat gambar tu. Tunjukkan je reservation yang dah diprint tu, dia terangkan serba sedikit then setel lah. 

Ok, jom kita ke Myeongdong! Kami decide nak naik public bus je. Tapi bukan sebarang bas tau. Bas ada aircond siap ada safety belt lagik. Ok aku jakun. Hahaha. Patah balik ke Exit 5 dan cari signboard 6015. Korang yang duduk di area Myeongdong, akan turun kat last station - Sejong Hotel. Harga tiket 10,000krw/pax. Lebih kurang RM30 duit kita. Tiket boleh dibeli sama ada kat kaunter or bayar je masa nak naik bas. Perjalanan lebih kurang sejam. Korang boleh click sini  Airport Bus kalau nak check bas-bas ke tempat lain.

Signboard 6015

Nampak tak safety belt kat kerusi tengah tu? Hihi.

Lebih kurang sejam perjalanan, akhirnya kami sampai di area Myeongdong. Turun di Sejong Hotel dan lintas jalan untuk ke Namsan 3 Guest House. Namsan 3 ni saya dah buat reservation awal jugak. Just print confirmation dari Namsan dan bawak untuk check in. Tak payah bayar apa-apa. Masa nak check out nanti baru bayar. Boleh bayar cash atau credit card. Tapi credit card akan ada charge lain. So better sediakan cash je macam aku. Hihi. Actually Namsan Guest House ni ada 3. 1)Namsan 1 2)Namsan 2 3)Namsan 3. Aku pilih Namsan 3 sebab ni yang paling baru, ada lif, dekat sikit dengan subway. Tapi kalau korang nak exercise turun naik tangga boleh la try duduk Namsan 1. Haha. Boleh click sini Namsan Guest House


Harga pulak kira mampu milik lagi lah. 65,000krw/night. Lebih kurang RM195 duit Malaysia. Agak mahal lah tapi what to do. Memang macam tu rate nya. 

 Confirmation email dari Namsan



 Namsan 3 Guest House




Ok. Proses check in sekejap je. Lepas tu, masuk bilik, rehat kejap, baring-baring, mandi dan turun bawah balik untuk breakfast. Bilik Namsan 3 ni ok la untuk 2 orang. If 3 orang pun boleh tapi muat-muat gitu. Takde katil-katil. Just tilam je macam dalam cerita Korea tu. Soooooo Koreannnn. Bilik air pulak, memang kecik. Pandai-pandai la korang muatkan diri dalam tu. Kena pandai carik angle la. Kikiki. Namsan ni ada sediakan breakfast. Roti, planta, kaya, maggi. Tapi kami makan sendiri punya je. Kalau nak masak pun boleh tapi bawak la periuk sendiri. Ok, jom jalan-jalan. 

Mula-mula sekali sebelum naik Subway, kena la beli T-Money Card dulu. Harga 2,500krw. Tapi lepas tu boleh top up. Ala-ala Touch n Go la ni. Memang kena beli la untuk naik public transport. 

 Station Myeongdong (Subway Line 4)

Ada 9 line semuanya tapi tak silap aku, kami just pakai sampai Line 6 je kot. Setiap line berlainan warna. Contohnya Subway Line 4 warna biru laut. Ok. First, jom kita ke Deoksugung Palace. Dari Myeongdong (Subway Line 4) - turun kat Seoul Station dan tukar ke Subway Line 1 - turun di City Hall (Subway Line 1).

 Deoksugung Palace

Kebetulan masa kami sampai ni, diorang tengah tukar shift. Dapat la tengok sikit acara perarakan pertukaran shift tu. 

 "Guard Changing Ceremony"

Lepas habis acara tu, kami masuk ke dalam. Saja nak tengok-tengok apa yang ada. Macam biasa la, camwhore di setiap sudut. Hihi. Harga tiket masuk ke Deoksugung Palace ni 1,000krw/adult dan 500krw/children. Boleh try jugak Hanbok (pakaian tradisional Korea). FOC tapi peliknya kami boleh tak perasan padahal memang nak sangat try Hanbok tu. 

Hasil cam whore kat Deoksugung Palace :








Click sini Deoksugung Palace
  

 Kak Jun dah berboots, aku belum jumpa yang berkenan. Jadik, sport shoes saja lah. 

Dah habis melawat kat sini, kami teruskan perjalanan ke tempat lain. Hajat hati nak pergi Coffee Prince Cafe. Dari City Hall (Subway Line 2) - turun di Hongik Univ (Subway Line 2) - Exit 8. Jalan punya jalan punya jalan, tak jumpa-jumpa pun Coffee Prince Cafe ni. Dok tanya kat Korean yang lalu lalang kan. Cepat-cepat diorang google. Susah sket nak communicate sebab mostly diorang ni tak paham english. Last-last sorang ni bawak kitorang pergi situ. Laaaaaaaaa, rupanya ini tempatnya. Penat kitorang ulang alik kat depan tu. Tengah tutup sebab maintenance katanya. Cemane la kitorang nak paham, takde tulis english pun. Mana la aku reti baca. Haha. Buruk je Coffee Prince Cafe ni sebab dah lama kan. Patut la kawan forum aku otai Korea, si Chimei tak galakkan pergi. Haha.

Tutup pun tutup lah, camwhore tu wajib. Haha. 

 Ok. Beli boot merah ni. 10,000krw je wehhhh. RM30 duit Malaysia. Nangissss. Nasib baik lah aku tak beli kat KL. 

Suasana di Hongik Univ. Station

Ok. Lepas tu aku gedik nak pergi Cat Cafe lepas baca blog ni Travel Maniac. Tapi cari punya cari sampai nak tercabut kaki tak jumpa-jumpa gak. Last-last singgah Coffee Bean je sebab dah letih sangat. Haha. 

10,700krw ye adik-adik. Tak ingat ada order benda lain ke tak selain 2 air ni. Lebih kurang RM35.




 Suasana di Hongdae

Lepas tu, perut pun lapar mintak diisi. Berbekalkan nota yang aku bawak, ada kedai korea yang sedap kat sini. Tak susah pun nak cari sebab ada gambar. Menu utama : sambal sotong yang pedassssssSSSS gile! 







Ni la gambar kedai nya. Sotong tu dia akan masak depan kita. Memang sedap tapi sotong dia liat sikit dan pedasssssss sangat. Harga makanan kat sini mahal. Hidangan sotong-nasi 4-air masak 11,000krw/pax. RM33 sorang. Nama kedai ni Dokdo Jjukkumi - in hangul '독도 쭈꾸미'. Direction : Kedai ni berhadapan dengan Istanbul Kebab, Hongik Univ. Station Exit 9. Dish : seafood.


 camwhore lagik lepas dinner.. Hongdae

Hubby dan Abang Mie nak merasa Istanbul Kebab pulak. Layan je lah. Hihi. 



Harga kebab dalam 5,000 - 7,000krw kot

Perut pun dah kenyang, jom lah pulang ke sarang. Esok pagi-pagi nak bangun pulak. Dari Hongik Univ. (Subway Line 2) - turun kat City Hall dan tukar ke Subway Line 1 - turun kat Seoul Station dan tukar ke Subway Line 4 - turun di Myeongdong - Exit 2.
 
ZZzzzzzzZZZZZZZzzzzzzz. 

* Trick Eye Museum juga terletak di Hongdae (Hongik Univ Station). So kalau nak, boleh masukkan sekali dalam itinerary. Boleh click sini Trick Eye Museum



Friday, April 19, 2013

SENDU

Last entry April 2012, ni dah masuk tahun 2013 baru ada new entry. Sendu je blog ni. Hahahaha....

Sebenarnya, banyak entry yg nak dikongsi kat dalam blog ni tapi semua terperap dalam draft. Memang kemalasan melanda sampaikan nak log in kat blog pun tak kuasa. Hehehe.

Sorry la pada reader dan follower tersayang (bajet ramai sangat orang baca blog sendu ni kan.. wakakakaka). Mintak-mintak la lepas ni ada semangat sikit nak update blog ni selalu.