Wednesday, December 03, 2014

Boracay, Philippines ::Day 3::

Hari ketiga di Boracay. Rasa kejapnya masa berlalu. Alangkah bestnya kalau dapat bercuti macam ni selalu. Jauh dari hiruk-pikuk kebisingan kota. Tak payah bersesak-sesak merempuh kesesakan jalanraya yang tak pernah surut. Tak payah kerja. Ni la yang paling best! Hahahaha. Bestnya bila bukak je mata nampak laut yang indah terbentang luas di depan. Boleh lari-lari di pinggir pantai. Bergolek-golek di pasir yang lembut nan memutih. Eh melampau pulak imaginasi aku ni. Ni la padahnya bila dah start kerja. Berangan memanjang tak abis-abis. Hehe.

Pagi jam 5.00 aku dah bangun. Sebab semalam Mimi 'paksa' ajak tengok sunrise katanya. Tapi dah janji suruh je diorang ketuk pintu bilik aku if nak pergi. Sebab nak tengok kat rooftop hotel je punnn. Tak yah la mandi. Gosok gigi dan basuh muka cukup la. Hahaha. 5.30 pagi Jue-A ketuk pintu. Terus aku pakai tudung dan keluar. Baru jam 5.30 pagi ok, Tapi dah nak siang pun. Jue-A kata dia check sunrise keluar jam 5.48 pagi camtu. So ok la kan. Naik ke rooftop. Ada pulak yang tido kat situ. Tak tau la memang dari malam tadi dia tido situ or baru naik. Tunggu la aku berdua ni. Mimi?????? Nan adoooooo. Tak bangun. Hahahahaahahaha. Ampeh betul. Tengok cuaca macam mendung. Sunrise pun ala-ala malu je nak keluar. Hihi. Ada aunty Chinese dari Malaysia pun naik nak tengok sunrise. Dia tunjuk gambar sunrise semalam or kelmarin kot. Cantik gila wehhhh. Terang je. Tapi arini sunrise malap gitu. Tak kisah la. Saje je pun nak tengok. Sambil borak-borak dengan Jue-A. Lepas tu, balik bilik. Mandi dan bersiap nak breakfast dulu.


Berarak mendung kelabuuuuuu.. Sunrise pun tak nampak sangat sebab dilitupi awan.

Konon nak breakfast awal la kan sebab hari ni actually plan nak ke Puka Beach after breakfast. Tapi kata pun plan kan. Bila dah berjalan sendiri ni biasa la, tak punctual. Hehe. Tapi takpe lah. Datang sini pun nak santai-santai kan. So, tak yah nak rush sangat la. Mana yang sempat kita pergi. Yang tak sempat nanti kita datang lagi. Eh. 

Menu breakfast sama je macam semalam. Roti, Jem, butter, telur, pisang, orange juice. Aku bawak maggi jugak. So, makan je la ala kadar kan. Dah siap makan, ada yang balik bilik dulu. Aku masuk bilik jap amik barang-barang nak ke Puka Beach. Bila keluar dari bilik nampak Adam tengah berborak dengan mat salleh ni. Dari Portugal kalau tak silap aku. Dia datang memang nak diving je katanya. Panjang jugak borak. Dia memang puji habis Sipadan ok. Dari 200+ tempat yang dia pernah diving, Sipadan yang paling perfect. The corals, barracudas, sharks. It's perfect katanya. Siap suggest kitorang pergi. Memang hubby ajak pergi. Tapi banyak sangat kes culik kat sana. Arrrrrrr takut. So, KIV dulu lah. Lepas tu, aku turun bawah. Diorang berdua sambung borak lagi. Tunggu punya tunggu tak turun-turun. Haha. Arini kan kitorang kena check out hotel ni dan check in De Paris Beach Resort. So, aku tanya receptionist tu check out jam berapa. Jam 12 katanya. If lewat dia akan charge per/hour, berapa ntah aku tak ingat. Tengok jam dah dekat jam 9.00 pagi. So, decide nak check out terus sebab takut terlewat balik pulak. Kitorang pun balik ke bilik dan amik barang. Aku memang dah siap packing dari malam tadi. Maka, check out la dari MNL Beach Hostel tu. 




So, plan berubah la sikit. Dah check out tu, kitorang jalan kaki je ke hotel baru. De Paris Beach Resort. Sampai-sampai je aku tanya boleh check in terus ke tak. Hotel suruh tunggu setengah jam, diorang nak sediakan bilik. Masa ni lah, kitorang terjumpa orang yang jual package parasailing dan sailing. Bila tanya-tanya harga macam ok jugak. Aku memang takde niat langsung ya nak naik parasailing ni. Sebab aku ni tak adventure. Penakut. Bila makin tua matured ni memang dah tak rasa nak naik benda-benda yang bahaya macam ni. Tapi, Jue-A dok pujuk-pujuk soh try kan. Hmmm, aku 'terpaksa rela' la setuju amik package tu. So, bila deal harga, dia bagi 1200 peso (RM90) termasuk dengan insurans sekali. Insurans je 200 peso. So harga 1000 peso la untuk package 15 mins parasailing dan 2 hour sailing. Then, masuk bilik dulu letak barang lepas tu keluar balik jumpa orang tu. Aku lupa nama dia. Dodok ke Dedek eh Jue-A? Hahahaha.


 View dari pintu hotel.

 De Paris Beach Resort, Station 2, White Beach, Boracay.

 Front Room - 2800 peso/night (RM210)





Setelkan payment kat booth.

Lepas setelkan payment, kitorang pun gerak ke bot untuk melakukan aktiviti parasailing dulu. Mula-mula naik bot kecik, sampai tengah sikit diorang transfer ke speedboat yang besar. Dalam tu ada 3 org staff. Sorang driver bot, lagi 2 orang tu yang akan menyiapkan kami untuk parasailing. Sampai kat tengah laut tu, diorang akan berhentikan bot dan matikan enjin. First, diorang akan suruh kita isi borang. Nama, warganegara, dan nama hotel. Lepas tu diorang siapkan first group yang akan naik. Satu group 2 orang. Masa ni aku dah berbelah bahagi sebenarnya nak naik ke tak. Tapi tak macho la kan tiba-tiba nak tarik diri. Wakakakakaka. First group mesti la Jue-A dan Azmi. Hihi. Jue-A paling cool kot. Sebab dia cool la aku beranikan diri. So, kami yang kat bawah ni biasa la. Snap gambar. Amik video bagai. Parasailing ni first aktiviti adventure aku kot. Adventure la sangat kan. Then, patutnya aku dan hubby second group. Tapi Mimi volunteer nak naik dulu. So, aku ok je la kan. Hahaha. Tiba time aku, masa nak naik tu memang agak takut jugak lah. Bila diorang dah pasangkan tali semua tu, bila parasailing naik, aku ok je. Takde rasa takut. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
.........................




...........

....



.........


...............



...................



Bila dah ada kat atas tu, mula-mula dok tengok view keliling Boracay tu, Masya Allah.. Memang cantik. Tapi, aku dah spoilkan bila aku pandang betul-betul kat bawah aku, ya memandang tepat ke dalam laut. Mula la dalam otak ni pikir macam-macam. Kalau lah tali ni terputus ke, kalau lah lock tu terbukak ke. Kalau jatuh nanti staff diorang tu nak selamatkan ke tak. Laju ke tak laju dia berenang nak selamatkan kami. Arghhhhhhh tension tauuuu. Yang laki pulak, menambahkan perasaan sakit hati dan takut aku bila dia start lepas tangan sebab sibuk dengan video kamera dia. Rupanya dia dok record video. Yang aku pulak merepek-repek dah cakap kat atas tu. Hahahahahaha. Nasib baik lah boleh edit suara tu. Memalukan jeeee. Hahaha. 



Mimi dan Adam 




Tengok la muka aku tu. Haha. Senyum dalam tangisan gitu.

Aku tak reti nak rotate video. Boleh rotate ke uols? Cemane eh?

Naik parasailing tu tak lama pun. Dalam 15 minit kot. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, aku rasa lama ok. Sampai cramp la tangan aku dok pegang tali tu. Serius sakit gila tangan aku. Bila aku soh hubby buat isyarat tangan nak turun. Dia kata baru naik seminit la, tak puas la. Lepas tu isyarat lain yang dia buat. Aku tak nak buat sendiri isyarat tu sebab tak nak lepaskan tangan. Sakit betul hati. Hahaha. Bila diorang dah tarik tali tu, baru la rasa lega. Masa ni jugak la baru aku tau hubby record video dari tadi. Dan-dan aku berlakon konon-konon tak takut. Hahahaha. 

Lepas naik parasailing, kitorang berempat (aku, hubby, Jue-A, Azmi) teruskan naik sailing. Nak naik luxury yacht tak mampu uols. Naik la yacht ala-ala kat Boracay ni. Hehe. Mimi dan Adam ada technical problem sikit, so diorang tak join masa ni. Sailing ni aku suka, sebab damai je. Boleh baring-baring. Cuma kadang-kadang ada gak rasa takut. Yelah kan, belayar kat laut yang dalam tu. Dah la tak reti berenang. Mula-mula plan nak ke Puka Island by sailing tapi on the way nak pergi tu, kapten bagitau tak boleh teruskan sebab ombak besar sangat. Tak nak la menderhaka kan. Dan kitorang pun tak nak amik risiko. So, pusing balik dan belayar ke tempat lain. Masa ni kamera semua simpan dalam beg. Sebab takut basah. Bawak keluar handphone je. Layan gambar eh.

 
 Kapten kami.

Wing sebelah sana Jue-A dan Azmi. Assistant kapten tu akan duduk untuk seimbangkan kapal.

 Awwww. Bercanda di lautan biru.

 Jue-A dan Azmi


Tuan belog dan suami.
 
 Sunbathing kekdahnye.


 Kapten dan assistant.


 Singgah minum mango shake kejap.


 Hewhewhew.

 Berempat.

Dah 2 jam belayar, kitorang pun balik ke White Beach. Turun je dari 'yacht' tu, kitorang terus ke Station 3. Nak pergi Willy's Rock sebenarnya. Ni salah satu mercu tanda Boracay, aku rasa la. Sebab semua yang pergi Boracay 'WAJIB' datang sini. Rupanya ada patung sape entah kat situ. Tapi aku tak snap pun. Layan je la gambar kitorang kat Willy's Rock ya!

 



Willy's Rock



Cantik kan?

You jump, I jump. Kononnnnn. 








Ni lah Jonah's Shake yang famous gila kat Boracay. Tapi iols tak sempat try sebab masa ni baru minum mango shake juga.






Sand castle ni memang budak-budak kat White Beach ni buat. Tapi awas ya. Nak amik gambar sila bagi tips. Hehe.



 
Dah puas bergambar kat Willy's Rock, kitorang decide nak ke Puka Beach dengan tricycle je. Tambang tak mahal. 150 peso (RM11.20) untuk 1 tricycle. Tak kisah la naik sorang ke, 2 org ke, 5 org ke. Jarak perjalanan dari White Beach ke Puka Beach lebih kurang 15-20 minit perjalanan. Naik bukit turun bukit akhirnya sampai la kitorang ke Puka Beach. Puka Beach ni salah satu tempat yang aku baca 'MUST VISIT'. Puka Beach tak ramai sangat orang. Masih belum komersial, mungkin. Atau mungkin juga sebab terletak agak jauh sikit, jadi tak ramai yang nak datang. Memang cantikkkk. Tapiiiii ombak masa ni kuat dan besar sangat lah. Tak berani kitorang nak mandi uols. Maklum la tak reti berenang kan. Jadi, kita penuhi aktiviti dengan posing sepanjang masa. Dalam masa yang sama, dok seronok melayan budak-budak Pinoy yang jual air kat situ. Mango shake kat sini jadi berganda mahal ya dari White Beach. Alasan diorang sebab situ takde elektrik. So diorang masih menggunakan generator. Tu sebab mango shake mahal sebab guna generator. Aku ye kan je lah. Hahahahaha. Tapi air kelapa pun mahal. Apa kes? Hihihi.


Puka Beach


Hubby iols pun nak meniru jugak tapi nan adoooo je gayanya. Haha.
Diorang nakkkk jugak bergambar kenangan. Dia pulak yang suruh kita snap gambar. Lepas tu excited nak tengok balik.



Warna air laut yang cantik! 3 layer gituuuu.





Hubby dan kawan baru. Kikiki.

Cantik kan Puka Beach ni? Masa kitorang datang ni ada la 2,3,4 orang yang mandi. Omputih belaka. Ombak besar kalau surfing seronok la kan. Tapi nan adooo nya kami ni tau surfing bagai. Kikiki. Dekat pukul 5 petang kitorang dah gerak ke White Beach sebab nak tengok sunset. Sunset dalam pukul 5 lebih. Boleh pergi je kat tricycle yang banyak-banyak tengah tunggu penumpang tu. Nanti diorang akan bagitau naik tricycle yang mana sebab ada sistem giliran. Tambang sama jugak. 150 peso. Turun dekat D'Mall. Singgah Crazy Crepes jap beli crepe. Aku amik Strawberry Chocolate Crepe kot. Hubby amik Banana Chocolate. Hmm. Taste so-so je uols. Aku ingatkan crepe tu ala-ala Hot and Roll punya crepe. Bukan rupanya. Crepe dia tak rangup. Lembik je macam lempeng nipis. Haha. Tapi habis jugak uols. Maklum la tengahari tak lunch pun sebab nak kejar masa ke Puka Beach. Dok makan roti-roti, biskut dan coklat je.














Lepas beli Crazy Crepes ni la aku terpisah dengan Jue-A. Dah la bateri kamera dia dah habis masa tu. Aku dok cari dia tapi tak jumpa. Masa sampai kat pantai pun tak nampak dia. Sunset pun dah nak turun. Kejap je rupanya. Sempat la aku snap beberapa gambar kenangan dengan hubby. 









Lepas tengok sunset, balik bilik, rehat kejap dan mandi. Lepas tu keluar balik. Nak dinner dan jalan-jalan kat D'Talipapa. Ada lagi souvenir yang aku nak beli. So, malam ni free and easy la. Masing-masing buat aktiviti sendiri. Huhuhu. On the way ke D'Talipapa, lalu kat seafood restaurant dekat-dekat dengan hotel kami. Tengok ramai sangat orang berkumpul, aku harus la nak menyebok. Rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


.
.
.
.
.
.
.
 . 
.
.
.
.
.
.
.
.







Gangnam Style exclusive from Boracay gitu. Ni sume chef dekat restoran tu. Maybe salah satu tarikan supaya orang datang restoran diorang. Hehe. Balik dari D'Talipapa aku nampak tiga orang perempuan filipino berdiri depan receptionist. Aku dengar diorang dok sebut-sebut nombor bilikku. Aku macam blur. Scam ke ni. Hahahahaha. Rupanya Mimi dah bookingkan massage untuk kami bertiga. Buat kat bilik je. So, kami berkumpul kat bilik Jue-A. Kebetulan bilik Jue-A ada 2 katil queen. So the ladies bermassage kat bilik, guys pulak keluar pi jalan-jalan kat White Beach. Murah je harga massage ni. Lagi murah dari harga kat tempat massage area White Beach tu. Lepas je massage memang rasa ringan je badan. Dah setel semua, aku balik ke bilik dan terus packing beg. Kemas apa yang patut sebab esok pagi Southwest akan datang jemput pukul 9.30 pagi. Daaaaaaa.....




2 comments:

  1. besah hang lupa ka pasai kita pergi massage tu? hew hew... aku and laki jalan laju sangatlah kot tak tengok belakang terus hangpa hilang. hahaha.. by the way cantik gile gambar sunset hang!

    ReplyDelete
  2. alamakkkkkkk juea... lupaaaaa psl massage. jap update balik. haha

    ReplyDelete