Wednesday, December 10, 2014

Boracay, Philippines ::Day 4 - Last Day::

Last day, pagi-pagi aku dah bangun konon-konon janji dengan Mimi dan Jue-A nak jalan-jalan kat White Beach sambil mandi-manda gitu. Tapi nan adoooooo. Semua kemalasan. Akhirnya, pukul 7.00 pagi aku dan hubby keluar jugak ke White Beach. Dating berdua saja. Tapi hubby malas nak mandi, so kitorang just jalan-jalan. Morning walk, kata orang putih. Gituuuu. Hubby ajak pergi balik ke Willy's Rock sebab gambar petang semalam tu ada yang gelap sebab cahaya matahari. So, marilah kita.












Willy's Rock di kejauhan
Willy's Rock
Willy's Rock lagi


















Jalan punya jalan, baru tersedar jam dah pukul 8.30 pagi. Kena rush balik hotel nak amik beg dan breakfast. 9.30 pagi staff Southwest akan datang pick up. So, berjoging la kami pagi-pagi ni di tepian pantai gitu. Tapi mak mengah noks. Kejap-kejap kang jalan laju-laju. Kejap-kejap kang joging balik. Gitu. Sampai je hotel, terus naik ke bilik dan amik beg. Turun balik terus breakfast. Yang lain dah selesai breakfast tapi diorang tak bawak lagi beg turun. Breakfast ape je la yang mampu kat sini. Roti je. Jadik la kan buat alas perut. Dah abis breakfast, tak lama lepas tu staff  Southwest pun sampai. Dia pakaikan sticker supaya tak hilang. Hehehe. Aku dan hubby sempat lari jap pi beli t-shirt kat Island Souvenirs sementara tunggu Jue-A turun. Fuhhhhhhh. Nasib baik sempat. Main sambar je t-shirt. Takde pilih-pilih dah. Kami kena jalan kaki sikit ke depan sebab van tak boleh masuk. Sambil jalan harus la aktiviti bergambar sekali.


Breakfast kat sini. Ngadap laut uols. 



Sempat lagi. Hehe. 





Van hantar sampai ke Aklan Jetty. Tunggu feri yang akan membawa kami ke Caticlan Jetty. Perjalanan sama macam masa datang hari tu. 10 minit je dah sampai. Sambil tunggu feri tu, diorang ni nak merasa lagi mango shake. Pegi la beli. Sebab dia tulis kat signboard tu, LAST CHANCE IN BORACAY. Hubby aku kata wajib rasa ni sedap ke tak. Hehe.



 Korang boleh imagine tak kalau view kat terminal feri pun dah cantik dan clear macam ni, apatah lagi kat White Beach tu. Memang heavennnnn!


 Dah sampai kat Caticlan Jetty

 Caticlan Jetty

Sampai je Caticlan Jetty, kitorang tunggu bas yang akan bawak kitorang ke Kalibo Airport. Nanti staff kat situ akan bagitau. Jangan salah naik bas ke airport lain pulak. Hehe.

 Kalibo International Airport

Setelah 1 jam lebih perjalanan dengan bas, kami pun sampai di Kalibo International Airport. Perjalanan balik kali ni lebih cepat dari datang hari tu. Sepanjang perjalanan cuci mata tengok air laut yang cantik, sawah padi, kampung-kampung. Sampai di airport, kami check in beg dulu. Kalibo airport ni masih old school lagi ye. Penimbang beg pun manual uols. Hehe. Tapi takde la leceh pun. Oh, airport tax kat sini 500 peso/pax ye. Make sure korang simpan siap-siap airport tax tu. Nanti lepas check in beg, sebelum masuk tu dia akan suruh bayar airport tax dulu. Flight kami lambat lagi sebenarnya. So, decide nak dok kat dalam je. Mula-mula dok pikir ada aircond tak kat dalam. Rupanya bukan takat aircond, ada je kedai-kedai kat tingkat atas. Kitorang ni ingatkan takde apa-apa kat dalam tu. Hehehe. Bye, Bye Boracay. Sedihhhhhhh ......  

Xoxo, 

2 comments:

  1. gambo ko cantik2 la..go pro ke?

    ReplyDelete
  2. X la weh. X beli pun lagi go pro. Haha. Ni guna Samsung galaxy camera ngan camera hp..

    ReplyDelete