Tuesday, April 21, 2015

JAKARTA Part 1

Awal Mac aritu, aku dan hubby ke Jakarta lagi. One of our favourite city, Macet City. Hahaha. Macam biasa la, trip business kecil-kecilan ku dan yang paling penting, MAKANNNNNNN!!!! Jakarta memang syurga makanan bagi aku. Nampak je kecik tau tapi aku suka makan. Cuma memilih sikit je. *fliptudung*

Trip kali ni kawan aku Kak June dan suami join sekali. Jadi, 2nd day tu kami sewa kereta untuk jalan-jalan sekitar Jakarta. Kesian kat hubby. 3 kali datang Jakarta asyik tak sempat nak jalan-jalan beria sangat kat sekitar Jakarta ni. Kali ni memang dah plan nak jalan-jalan on second day tu. 

Flight pagi dari KL ke Jakarta dengan Airasia. Tiket ni beli dah lama. Murah jugak la. RM115 sorang untuk return tiket.



Kalau ke Jakarta aku biasanya menginap di Amaris Hotel Thamrin City. Senang dok kat sini. Jalan kaki je ke Tanah Abang dalam 10 minit. Nak ke Grand Indo atau Plaza Indo pun boleh jalan kaki. Nak makan senang. Yang paling best ada Ayam Bakar favourite aku dan hubby kat foodcourt. Murah dan sedap!!!! 

Mula-mula aku dah booking terus dari hotel sebab harganya lagi murah. Tapi tak lama lepas tu Tiket.com ada buat promosi. Dapat la harga murah sikit dari harga hotel (kena rajin survey). Hihihi. Lepas booking dan buat payment di Tiket.com ni, nanti diorang akan hantar Hotel Voucher melalui email. Print dan bawa ke hotel nanti.



Sampai je di Terminal 3, Soekarno Hatta International Airport atau bahasa Jakarta nya BANDARA (Bandar Udara), aku memang dah plan nak naik bas Damri je ke hotel. Bas Damri ni memang ada route terus ke Amaris Thamrin City. Tapi kena tanya la. Jangan pulak naik bas Damri ke tempat lain. Tak silap aku, bas Damri ke Thamrin City ni ada sejam sekali. Harga tiket Rp40,000. Aku recommend bas ni sebab selesa dan mudah. Tapi kalau jenis tak sabar menunggu boleh la naik teksi. Rate sekarang aku tak sure.

Terminal 3
Boleh tunggu bas Damri kat sini
Dalam bas Damri. Van kot tapi lagi besar 
 Tiket

Tak jem sangat nak ke Jakarta. Sampai je kat Amaris Thamrin City, terus check in tapi tak boleh masuk bilik lagi. Tinggalkan beg kat kaunter hotel dan terus turun ke foodcourt di tingkat 2. Apa lagi, nak lepaskan rindu dendam kat ayam bakar!!! Hihihi

 Kedai signboard purple ialah favourite aku! 

 Suasana foodcourt. Besar dan selesa

 Sedapnyeeee. Terliur pulak tengok balik gambar ni :(


Lepas makan terus cari simcard. Hihi. Banyak pilihan. Aku beli yang murah je. Rp20,000 kot. Dah makan, aku dan Kak June berpecah. Aku kena cepat nak setelkan hal kain dulu. Hihi. Jalan kaki je ke Tanah Abang. Exercise sambil cuci mata gitu.

 Thamrin City Mall

 Raja Molen dan Pastel Panggang

 Stick Kentang dan Cimol Bandung
 Aneka Gorengan

 Jus-Jus Instant

 Tanah Abang dari kejauhan

 Pempek

 Rambutan


 Kue Kamir 

 Carpet-Carpet





Beg plastik barang. Aku recommend beli aja di sini dari penjual di depan Tanah Abang. Harga fix. Kalau di Tanah Abang tu berganda-ganda mahalnya diorang letak harga. Tapi kalau pandai tawar boleh je gunakan skill tu. Hihihi.

Sampai je di Tanah Abang, apa lagi. Terus bershopping tak hengat dunia. Beli stok-stok kain apa yang patut. Termasuk la stok kain tuan belog sekali. Hahahaha. Yang tu paling penting. Cuci mata sikit jom..

 Kain sulam

 Cotton batik

 Cotton silk


 Cotton silk. Tengah tu aku yang punya. Hahaha.
 Cotton

 Cotton lagi

 Ce-cotton lagi


Balik tu naik bajaj je. Malas nak jalan kaki. Tengah peak hours kan. Barang pun boleh tahan berat. Tambang bajaj sekangkang kera dari Tanah Abang ke Thamrin City lebih kurang Rp15,000 - Rp20,000. Pandai-pandai la tawar. Hihi.

Sampai hotel terus amik kunci. Check in terus. Rehat kejap kat bilik. Siap-siap ke Grand Indo dan Plaza Indo. Takde nak beli apa pun. Saja melawat kawasan. Hahahaha. Kak Jun dah tunggu kat Magnum Cafe tapi dia kata muak la makan kat situ. Terus aku cancel nak pegi. Jalan-jalan je kat Grand Indo. Lepas tu ke Plaza Indo. Beli pastry je. Cuci-cuci mata pulak dengan orang-orang yang meniaga kat kaki lima depan Grand Indo tu. Sebelum naik hotel, singgah jap Lotteria. Simcard yang aku beli asyik la hantar sms BUY 1, FREE 1. Beli shrimp burger, dapat free 1 shrimp burger. Mula-mula aku tak nak. Macam pelik je burger udang. Tapi hubby la beria nak try. Eh!!! Sedap rupanya. Hahahaha...







 Nampak tak tu peniaga kaki lima antara Grand Indo dan Plaza Indo tu. Macam-macam ada jual. Tapi tak sempat nak try apam manis sebab dah tutup :(

Grand Indo

Balik bilik. Makan burger. Zzzzzzzzz. Esok nak bangun awal.


Xoxo,

1 comment:

  1. Aslmkm.. Bg bg email x..? Nk ty psl jakarta. My email.. khalina_ali@yahoo.com

    ReplyDelete