Dah lebih 2 minggu balik dari Perhentian tapi tak sempat-sempat nak update blog. Banyak info pun dah ingat-ingat lupa. Sebelum banyak lagi info aku lupa, let's jom update trip ke Perhentian ni. Plan ke Perhentian ni decide last minute. Sebabnya asyik teringat-ingat je laut lepas balik Redang aritu. Aku pun pantas la survey flight tiket, kalau ada murah proceed je ke Perhentian. Kalau mahal, postpone dulu. Harga tiket dalam RM146 untuk 2 orang. Terus la aku booking date seminggu lepas tu.
Booking details. RM73/pax (return)
Terbang di subuh hari
Dalam masa yang sama aku call chalet-chalet kat Long Beach, Perhentian Kecil. Mostly suruh walk in je nanti sebab aku tak nak amik pakej. Nak uruskan sendiri je. Long Beach jadi pilihan sebab tempat ni paling happening kalau kat Perhentian. Just suka-suka nak tengok 'ke-happening-an-nya'. Redha je la tak booking chalet. Dari airport Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut aku booking dengan geng group travel aku je, Yoe. Yoe ni boatman kat Perhentian. Memang anak jati Perhentian. So, deal return van dan return boat dengan Yoe. RM50/sorang untuk van (pergi balik) dan RM50/sorang untuk bot (pergi balik). Harga sebenar bot RM70 tapi Yoe bagi diskaun. Hehe.
Dah sampai. Jeti Kuala Besut
Membelah samudera di pagi hari
Aku memang amik flight paling awal sebab nak masuk Perhentian awal pagi. Sebab utamanya kerana nak walk-in cari chalet. Kang pegi lambat-lambat takde bilik ada yang kena tido atas pasir beratapkan bulan dan bintang je nanti. Haha. Flight dari KL jam 6.35 pagi. Sampai di KB jam 7.35 pagi. Driver van dah siap menunggu dengan nama aku. 4 orang je penumpang yang ada. Kebetulan sama flight dengan aku. Perjalanan dari airport ke Kuala Besut 1 jam. Sampai di Kuala Besut jam 8.50 pagi. Terus ke office Perhentian Trans untuk uruskan pembayaran. Lepas tu bayar dulu RM5/sorang untuk Taman Laut dan terus naik bot.
Perjalanan ke Perhentian lebih kurang dalam setengah jam dengan speedboat. Mula-mula hantar orang lain dulu ke Coral Bay, Perhentian Besar, last sekali baru ke Long Beach, Perhentian Kecil. Speedboat ni akan berhenti kat tengah-tengah sikit. Nanti ada la water taxi yang akan amik kita dan bawak ke tepi pantai. Bayaran RM2/sorang. Sampai-sampai je kat Long Beach, Ya Allah.... Seriously cantikkkkk sangat. Pendapat peribadi aku Perhentian lagi cantik dari Redang. Tapi dua-dua pun aku suka oiiiiiiiiiiiiii... Hubby aku laaaaaagi la. Pantai dan laut memang favourite dia. Tiap kali nak pergi bercuti pun hubby prefer ke pantai/ pulau. Ketagih laut kekdahnye.
Ok, sambung balik setelah almost 4 bulan. Huaaaaaaaaaaaaaaaa. Sadis betul tulis entry macam ni pun berbulan-bulan.
Sampai je kat Long Beach tu, kitorang cepat-cepat la mencari chalet-chalet yang aku dah finalize sebelum datang. Mula-mula pergi ke Lemongrass. Location ok, chalet pun nampak ok tapi tak boleh tengok bilik lagi sebab ada orang. Tengahari nanti bila diorang check out baru boleh tengok bilik. So, kitorang jalan-jalan tengok chalet lain pulak. Pergi ke Rock Garden. Menapak sket lah naik tangga hoiiii. Tapi takpe lah, anggap je tu exercise. Bila tanya kat receptionist, diorang kata tunggu kul 11 kalau ada orang check out. So kitorang pun tunggu la kejap. Standard room (fan) with bathroom RM130/night. Mahal sikit sebab aku pergi ni weekend. Tak tunggu lama pun, receptionist bagitau ada bilik. Terus setuju je lah. Tapi nak booking 2 malam terus diorang kata 1 malam je dulu. Esok baru tengok balik ada bilik ke tak. Aku pun tak paham apesal. Tapi receptionist ni bagitau omputih kat sini kadang bila tiba hari check out, tiba-tiba diorang nak sambung stay situ. So, diorang pun tak tau ada bilik kosong ke tak. Alah panjang sangat la aku membebel.
View Long Beach dari Rock Garden Chalet
Bilik basic je. Jadik lah.
Kipas dinding. Tu pun sejuk malam-malam weh.
View dari bilik kami
Chalet-chalet
Chalet kami
Straight to the point je lah. Lepas setel bayar, kami pun check in. Rehat-rehat kejap lepas tu terus turun. Tak sabarrrrr dah ni. Hehe. Mula-mula plan nak pegi lunch dulu.
Lunch kat Long Beach dulu. Family Café
Bandung dan Nescafe Ais
Alas perut dulu. Total RM35. Mahal ke idokkk?
Lunch di pasiran pantai
Lepas tu nak ke Coral Bay kat belah belakang ni nak cari pakej snorkeling. Dari review yang aku baca masa dok survey pasal Perhentian ni, ramai yang cakap area Long Beach tu mahal sket. Kalau kat Coral Bay mostly harga murah la dari Long Beach ni tak kisah la makanan ke, air mineral ke, pakej snorkeling ke, kayak dll. Memang harga di Coral Bay lagi murah. Tapi kena gigih la sket 'jungle trekking' dari Long Beach ke Coral Bay tu. Kalau korang ber'untung' macam aku, memang tiap kali 'jungle trekking' akan jumpa biawak. I is phobia, u know.
Jalan punya jalan, survey punya survey, akhirnya kitorang decide amik pakej kat sini. Paling murah kot kat Coral Bay ni. Korang kalau nak cari pakej snorkeling pegi la Coral Bay pastu cari kedai colour kuning nih.
Short trip RM25/pax, Long trip RM30/pax
Yellow Station
Ni pakej ke Pulau Rawa. RM50/pax
Kitorang amik pakej snorkeling long trip. RM30/sorang. Harga tu dah termasuk peralatan snorkeling. Fin pun dia bagi sekali. Nak suruh ko berenang laju-laju kekdahnya. Kitorang amik trip pagi. Start jam 10.30 pagi - 3.30 petang. Lebih kurang 5 jam lah. Next entry lah aku cite pasal snorkeling trip ni eh. Dah janji esok pukul 10 pagi kat depan Yellow Station.
Nak balik ke Long Beach tu, singgah jap kedai beli mineral water. RM3. Kalau kat Long Beach RM4. Hehe. Lepas tu singgah pulak kat café ni. Sebabnya nampak ada aiskrim kelapa. Tipah tertipuuuuuuuuuuuuuu bang. Tipah tertipuuuuuuuuuu. Sobsobsob. Aku ingatkan aiskrim perisa kelapa macam Sangkaya tu rupa-rupanyaaaaa....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cenggini jah. Aiskrim vanilla dalam kelapa. Kat menu tulis Aiskrim Kelapa!!! Apakah?
Zoom sket. Harga RM12. Huhhhhh...
Amelia Café n Shop
Jom cuci mata pulak..... Ni dekat Long Beach, Perhentian Kecil
Jom cuci mata pulak..... Ni dekat Long Beach, Perhentian Kecil
Bubu Villa. Antara chalet mahal di Long Beach
Jom tengok Coral Beach pulak....
Bakawan Divers
Ewan's Café
Dah, jom balik ke Long Beach.................
Chalet kat bawah tu lah Lemongrass. Rock Garden yang kat atas. Kena menapak naik tangga. Fuhfuhfuh.
Kedai makan
Selipar aku *wink*
Sotong berjemur ^_*
Bubu Long Beach Resort untuk orang ada-ada. Hehe
Personally, aku sangattttttttttttttttttttttttttttttttttttt suka Long Beach. Pantai dia pada aku ala-ala White Beach, Boracay cuma pasir kat Boracay lagi putihhhhhh. Padan la dengan nama White Beach tu kan. Seriously tak puas takat 3 hari kat sana.
Dah petang tu, kitorang just jalan-jalan dan berendam kejap kat Long Beach. Dekat nak maghrib baru naik atas. Konon nak mandi dan turun bawah balik untuk dinner. Kebetulan malam tu ada Zombie Night pulak. Nak la menengok omputih-omputih tu bertukar jadik zombie. Masa nak naik ke chalet tu tengok ramai dah omputih dengan mekap ala-ala zombie bagai. Wahhh, macam happening je. Tapi dah naik atas lain pulak yang jadi. Kononnya nak rehat kejap je. Tapi nan adooooooooooooo. Tido sampai esok katnya. Hahahahaha.
Bersambung....
Xoxo,
besah, last time kitorang dok kat cocohut. tengok blog ina. pasir situ putih, pantai lebih cantik. tapi tak happening macam long beach, macam agak jauh sebenarnya dari long beach. tapi aku personally pon memang suka perhentian lagi dari redang. but both awesome.
ReplyDeletejuea! cocohut kat perhentian besar ke? aku mmg gedik nak dok long beach sbb happening.. ok jugak sini. kalau coral bay pasir x putih n x brp cantik.. maybe sbb teluk kan. xpe, next year kita pegi ke 'sinunnnnnn' pulak eh :D
DeleteHai..boleh bg contact num yoe?
ReplyDeletenurul wahida : 0195584736 (Yoe)
ReplyDelete