Friday, September 25, 2015

Pulau Perhentian Part 2 : Day 2

2nd day di Perhentian. Bangun tido je terus cuci mata mengadap laut. Besarnya kuasa Allah. Cantik betul laut ni. Tenang je bila tengok. Hilang stress! Pagi ni siap-siap sebab nak jalan kaki ke Coral Bay. Breakfast pun kat tempat makan dekat dengan receptionist tu. Tapi sebab dah lewat sangat, makan maggi cup dengan roti je. Dah janji jam 9.30 tunggu di depan Yellow Station untuk snorkeling trip. Snorkeling trip ni start jam 10.30 pagi. Tapi biasa lah, ada taklimat sket. Lepas tu nak pilih-pilih snorkeling equipment lagi. Okay, jam 10.30, semua dah berkumpul. Kami pun gerak dengan En. Aziz. Ada lebih kurang 10 orang semuanya. Ke lebih ek. Aku pun dah tak ingat. Maklum la, lama sangat dah kan. Hikhik. Tapi 4 orang je melayu. Aku dan hubby, lepas tu ada couple melayu lain juga. Yang lain omputih.
 
 
Aku pun tapaham kenapa aku blur sangat pi bawak henbeg skali. Oh, sebab banyak benda dalam tu rasanya. Last-last simpan je dalam bot.
 
 
Coral Bay di waktu pagi
 

Aku dan hubby amik pakej long trip. Dari jam 10.30 pagi hingga 3.30 petang. Lebih kurang 5 jam lah. Kitorang akan dibawa ke 6 tempat. Mula-mula ke Coral Garden. Snorkeling dulu kat sini melihat keindahan batu karang yang ada. Aku macam biasa lah, memang tak snorkeling la kat tempat-tempat dalam macam ni. So, aku cuma tunggu dalam bot je. En. Aziz ajak juga turun. Dia nak bawak aku tapi takpe lah. Ketakutan mengatasi. Hehe. Lebih kurang 45 minit di Coral Garden, kami bergerak ke Shark Point. Hubby cakap seronok dapat berenang sebelah ikan yu. Tapi sayangnya masa ni SJCAM kami dah kehabisan bateri. Lupa nak off agaknya sebelum tu. Tak dapat la nak rekod ikan yu berenang di sebelah atau di depan. Tu yang aku agak tak puas hati dan rasa nak repeat next time.
 
Coral Garden
 
 
 
 
Shark Point
 
Dah puas snorkeling kat Shark Point, kami ke Turtle Point pulak. Ramai gila orang, dan banyak jugak lah bot yang berhenti kat sini. Ada la jugak nampak sesekali penyu tu timbul. Tapi lepas tu diorang menyorok balik. Ada pulak group yang bising sangat. Jadi penyu tu macam malu-malu gitu. Hehe. Hubby turun jugak snorkeling kat sini tapi sebab kamera dah takde bateri, tak dapat la nak rekod penyu kat dalam laut tu. I is sad.....
 
Turtle Point
 
Penyu menangis
 
Orang-orang snorkeling dan mengejar penyu
 
Lepas tu, perut pun dah lapar. Singgah kat Kampung Nelayan (Fisherman's Village) untuk lunch. Lunch tepi laut sambil menikmati lauk-lauk kampung pulak, bukan kitorang je. Omputih-omputih tu pun bukan main over lagi menikmati lauk-lauk tu. Tapi memang sedap la jugak lauk-lauk kat situ (kat tekak aku la). Harga pun murah la sikit dari Long Beach. Dah siap makan, kitorang bergerak pulak ke Lighthouse. Hubby aku cakap kat lighthouse ni paling best snorkeling. Aku tak snorkeling jugak sebab kat laut dalam. Tak berani. Heeeeee.
 
Kampung Nelayan (Fisherman's Village)
 
Lunch tuan tanah
 
 Lunch hubby. Total lunch kami RM26 termasuk air
 
Makan kepok lekor pulakkk. RM2
 
 Lunch mengadap laut
 
Balik ke bot. Nak gerak pulak
 
 Lighthouse
 
Yang kelakarnya, kan aku tak snorkeling kat sini sebab laut dalam. So, aku dok je la dalam bot feeling-feeling ikan duyung gitu. Sambil tu bagi la ikan-ikan tu makan roti dan biskut. Berduyun la ikan dating tepi bot tu. Yang omputih-omputih ni pulak makin lama makin dekat dengan bot. Diorang berenang kat tempat ikan-ikanan tu makan. Tak lama lepas tu menjerit. Rupanya kena gigit dengan ikan-ikan tu. Hahahahaha... Ikan tu ingat diorang ni roti ke hape.
 


Bye, Lighthouse
 

Dekat sejam kat situ, kitorang singgah pulak kat Romantic Beach. Yeayyyyy, yang ni aku suka sebab boleh mandi laut. Tapi mendapat la sunburn kan sebab tengahari buta mandi laut. Sambil-sambil tu aku snorkeling la jugak. Yang ni aku berani la sebab kat tepi-tepi je. Hihi. Dekat sejam jugak berendam dan snorkeling lite-lite kat Romantic Beach ni. Bestttttt. Lepas tu terus gerak balik ke Coral Bay.
 

Romantic Beach
 



 Senja Bay di Coral Bay

Puas hati hubby dapat snorkeling dekat 5 jam. Sampai je Coral Bay, otw balik ke Long Beach singgah dulu kedai makan. Nak makan ringan-ringan je. Kitorang singgah Fatimah's Restaurant. Semalam ada dengar omputih-omputih tu order mango lassi. Semua pulak tu order yang sama. Mesti sedap, kata hati kecilku. Aku pun order la sardine roll dan mango lassi. Memanggggg sedappppp kooooooo! Ketagih aku. Hahahaha. Sardine roll dan mango lassi RM14.
 

 Mango Lassi
 
 Zoom
 
 Sardine Roll
 





 Sunset di Perhentian. Kalau nak tengok sunset kat Coral Bay yang lawa tapi malas nak menapak ke sana. Hehe


 
Balik bilik, mandi dan siap-siap. Malam ni kena turun jugak nak tengok happening ke tidak kat Long Beach ni. Esok dah nak balik. So turun la balik. Pergi dinner lepas tu lepak-lepak tepi pantai tengok orang main api, nyanyi-nyanyi la,
 



 Night life di Perhentian
 

 Daneila Café
 
 Mango lassi lagikkkkkk

Dinner nasi putih 2, tomyam, butterprawn, telur dadar, mango lassi, nescafe ais - RM47.50
 


  Layan pertunjukan api-api jap
 
Bila mata dah mengantuk tak boleh bukak dah, baru la kitorang balik ke bilik. Mula-mula plan esok macam nak ke Pulau Rawa tapi takut terkejar-kejar masa pulak. Nak pergi kincir angin lagi. So, plan ke Pulau Rawa maybe next trip. Hehehe. Alasannn lagi.
 
 
 
Bersambung....
 
 
Xoxo,
 
  

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete