Friday, October 09, 2015

TRIP BUDGET KE PULAU PERHENTIAN

Okay, entry ni aku just nak bagi details untuk trip budget aku ke Pulau Perhentian ni. Kot-kot la ada yang nak pergi Perhentian tapi tak tau berapa budget. Sebabnya bila aku pergi vacation mana-mana, kawan-kawan mesti cakap mahal la, takde duit lah, sebabnya diorang ingatkan budget pergi bercuti ni semua makan ribu-ribu je. Gila apa. Hahahaha. Kalau beribu sentiasa takde nya aku kemain ligat booking flight sana sini. Of coz la aku try sebajet yang boleh. Aku pergi berdua je. 3 hari 2 malam. Kalau pergi ramai-ramai, budget tu maybe boleh dikurangkan lagi. So, budget yang aku buat ni untuk 2 orang ye.

Tiket flight aku beli 2 minggu before pergi. Kebetulan AirAsia ada promo ape ntah. Thank you AirAsia. Now everyone can fly katanyaaaa. Van dan bot aku booking dengan Yoe, kawan aku kenal dalam group travel. Kalau sape-sape berminat boleh la contact Yoe : 019-5584736. Yoe ni boatman untuk company Perhentian Trans.

Chalet pulak aku walk in je. Tawakal je la masa tu. Kalau takde bilik harus aku tido atas batu kat Long Beach tu je. Hahahaha. Kebanyakan chalet kat Long Beach ni pun prefer kalau kita walk in kalau just nak sewa bilik (bukan amik pakej). Bilik yang aku amik ni takde aircond (perlu ke aircond kalau angin bayu pantai lebih menyegarkan, gituuuu). Hahaha... Bilik air attached sekali dalam bilik. If amik sharing bathroom of coz la lagi murah. Sharing bathroom kat Rock Garden ni bersih la jugak pada aku.

So, ni budget aku ke Perhentian aritu. Korang boleh la buat reference kalau nak. Harap membantu!

 
- Flight Kuala Lumpur - Kota Bharu (return) : RM146.26
- Van Airport KB - Jeti Kuala Besut (return) : RM100.00
- Boat Jeti Kuala Besut - Perhentian Kecil (return) : RM100.00
- Marine Park Fees : RM10.00
- Water taxi : RM4.00
- Rock Garden (1 night) : RM130.00
- Lunch (Family Café) : RM35.00
- Snorkeling Long Trip : RM60.00
- Mineral Water : RM3.00
- Aiskrim Kelapa : RM12.00
- Mineral Water : RM4.00
- Rock Garden (1 night) : RM130.00
- Lunch di Kampung Nelayan : RM26.00
- Keropok Lekor : RM2.00
- Mango Lassi, Sardine Roll (Fatimah's Restaurant) : RM14.00
- Mineral Water : RM3.00
- Dinner (Daneila Café) : RM47.50
- Breakfast (Timur Laut Café) : RM10.00
- Water Taxi (Kincir Angin) : RM40.00
- Kayak (1 jam) : RM15.00
- Lunch (Ewan's Café) : RM28.00
- Fridge Magnet : RM24.00
- Water Taxi : RM4.00

Total : RM947.76 (2 orang). So, RM473.88 seorang. Kalau korang pergi ramai-ramai 1 group boleh dapat lagi murah. Ni dah termasuk belanja merepek-repek aku kat sana. Hihi. Selamat bercuti! Memang tak menyesal lah kalau korang ke Perhentian ni. Tapi ni dah masuk bulan Oktober. Laut pun dah tak berapa cantik, ombak besar, chalet-chalet kat sana pun banyak dah nak tutup untuk musim tengkujuh ni. Tunggu next year lah baru pegi ek. Bulan Februari baru diorang bukak balik. Redang pun macam tu jugak. Kalau nak laut betul-betul cantik pergi la bulan April-Jun gitu.

Long Beach, Pulau Perhentian

Lap u. Hihi


Bye,


Xoxo.


8 comments:

  1. Replies
    1. hihi.. kalau vacation mmg enjoy sentiasa kan Anum :)

      Delete
  2. Nk tnye la, klo first time backpacker, ok ke walk in er? Ada lg x list chalet yg murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana_ena : nak dok long beach ke? kalau long beach mmg kena walk in kalau nak book chalet je without package. sy br blk dr perhentian smlm. dok kat lemongrass di long beach. harga bilik kipas with bathroom RM130/night. kalau bilik yg shared bathroom RM70/night.. btl2 dpn laut

      Delete
    2. Memang boleh conferm ke er akan ada bilik kosong? Sebab saya first time nk backpacker ni.. Yg nk pergi pulak semua perempuan.. Risau juga

      Delete
    3. byk je chalet situ.. tp kena walk in la satu2. awak nak pergi bila? if wiken kalau masuk jumaat pagi-pagi ok lah.. kalau hari sabtu sy x sure.. if weekdays ada je bilik.. hehe

      Delete