Last month, aku dan family ke Johor Bahru kerana menghadiri majlis pernikahan dan persandingan Alai dan Irene. Amir Fakhry atau panggilan manja dalam keluarga, Alai. Ni actually family angkat angah aku dari Brunei. Angah aku kenal family diorang ni masa dia jadi anak angkat untuk Program Pertukaran Belia Asia tahun 1990-an dulu. Dan pertalian tu masih utuh sampai sekarang. Alai ni anak bongsu dalam family. Kebetulan isterinya orang Johor, maka family aku pun ikut menghantar ke sana. Family daripada Brunei datang lebih kurang 70 orang. Mak dan ayah aku dah pergi awal dengan rombongan Brunei.
Aku dan yang lain pergi ke JB hari Jumaat. Dok dekat Scholar's Inn kat dalam UTM tu. Nikah pagi sabtu tu. Jam 9.00 pagi. Lama jugak dok tunggu Tok Kadi tak sampai-sampai. Hehe.
Adat orang Johor pulak sebelum pengantin lelaki nak naik ke pelamin tu, akan ada lah sedara mara ramai-ramai jaga 'tol'. Tiap kali nak lalu kena la bayar 'tol' tu dulu. Tol paling mahal mesti la kat pengapit yang dok tutup muka pengantin perempuan kat atas pelamin tu.
Aku dan yang lain pergi ke JB hari Jumaat. Dok dekat Scholar's Inn kat dalam UTM tu. Nikah pagi sabtu tu. Jam 9.00 pagi. Lama jugak dok tunggu Tok Kadi tak sampai-sampai. Hehe.
Pelamin
Pengantin Lama
Ketibaan Pengantin Perempuan
Pengantin Lelaki menanti
Tok Kadi baru sampai
Sah dengan sekali lafaz
Bergambar kenangan dengan pengantin
Gila kamera!
Gediks
Lepas nikah balik bilik kejap untuk rehat dan tukar baju untuk majlis persandingan pulak. Untuk majlis sanding, kitorang pakai baju tema kaler electric blue. Buat pengetahuan korang, lelaki Brunei kalau ke kenduri kahwin memang diorang akan pakai baju melayu lengkap, siap bersamping bersongkok. Adat orang Johor pulak sebelum pengantin lelaki nak naik ke pelamin tu, akan ada lah sedara mara ramai-ramai jaga 'tol'. Tiap kali nak lalu kena la bayar 'tol' tu dulu. Tol paling mahal mesti la kat pengapit yang dok tutup muka pengantin perempuan kat atas pelamin tu.
Menunggu
Tol pertama
Tol kedua
Tol ketiga
Tol keempat
Finally, dapat jugak pengantin naik pelamin. Hihi
Lepas bersanding, diadakan pulak 'Adat Berbasuh Kaki' di mana saudara mara terutamanya belah pengantin lelaki akan membasuh kaki pengantin dan memberi wang yang akan diterima sepenuhnya oleh pengantin. Adat ni merupakan adat puak Tutong dari Brunei. Biasanya, akan disediakan 1 tempat letak kaki atau kolam kecil dan di dalamnya diletakkan parang dan pengasah parang. Kemudian kaki pengantin akan diletakkan di atasnya di mana kaki pengantin lelaki di atas dan pengantin perempuan di bawah. Duit yang diperolehi dari Adat Berbasuh Kaki ni biasanya digunakan oleh pasangan pengantin baru untuk berbulan madu. Setelah selesai, beberapa orang ahli keluarga akan terus mengira duit yang diperolehi dan diumumkan pada semua. Boleh rujuk gambar ya.
Parang dan pengasah parang
Bapak Bolhassan selaku tukang cerita
Kaki pengantin diletak bertindih di atas parang dan pengasah
Adat dimulakan oleh bapa pengantin lelaki
Beratur dulu
Gambar kenangan bersama pengantin
SELAMAT PENGANTIN BARU ALAI DAN IRENE. MOGA BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT.
Xoxo,
amboi seronoknya dapat duit untuk berbulan madu. kenapa melayu tak ada adat macam niiii? huuhuuhuu..
ReplyDeleteYelah jue-a.. Aritu pun dpt 3k++.. Dec nnt wedding kat brunei pulak. Mesti buat lg adat berbasuh kaki ni. Masyukkk la. Bole g maldives uolssss. Hehe
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMy name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com
Thanks :)
Salam Ms Norain,
DeletePlease check your email, ya :)
Thanks.