Monday, April 21, 2014

SALON DU CHOCOLAT

Aku ni kan pantang dok umah. Rasa pening je kepala kalau tak keluar bila ari cuti. Hihihi. So semalam cakap ngan hubby, boring dok umah. Nak kuar jalan-jalan. Sebenarnya teringinnnnn sangat nak pergi Dip n Dip. Tapi sebab aku tak berapa puas hati dengan dessert kat Dip n Dip, cepat-cepat la aku google mencari kat mana lagi dessert coklat yang sedap-sedap. Cari punya cari, jumpa lah beberapa tempat. Tapi akhirnya ada satu yang menarik perhatian aku. Chewahhhh.

Salon Du Chocolat. Bila aku tengok, macam lebih kurang Dip n Dip. Tapi harga murah sikit, takde tax dan yang paling penting baca review orang, mostly kata Salon Du Chocolat lagi sedap dari Dip n Dip. Ajak lah anak buah aku 2 orang sebab hari Sabtu tu birthday Iman, kira birthday treat dari maksu gitu. Lepas tu, aku bawak sekali Qalesha, anak kawan abang aku. 


 SALON DU CHOCOLAT

Salon Du Chocolat ni so far ada 1 branch je kat Publika Shopping Gallery. Sampai Publika, jalan-jalan dulu. Agak boring la tempat ni kalau nak shopping tapi kalau nak makan-makan memang best! Aku order Brownies Crepe (RM24.50), Banana Wrap (RM17.10), Waffle Stick (RM9.50) dan Molten Cake with Ice Cream (RM13.90). Coklat tu ada 3 pilihan iaitu Dark Chocolate, Milk Chocolate Dan White Chocolate. Aku soh campur je tiga-tiga jenis. Air pulak mineral je sudahhh sebab dessert tu semua dah manis gitu kan. 

Pendapat aku, seriousssssssly sedappppppp. Memang sedap dari Dip n Dip. Coklat tak manis sangat tapi memang sedap. Mula-mula aku order Brownies Crepe dengan Molten Cake. Sebab meja kecik gila, memang tak muat lah nak letak semua kan. Brownies Crepe ni crepe biasa tu tapi dalam dia ada brownies coklat. Lepas tu diorang letak pulak 3 jenis coklat kat atas tu. Memang terbaikkkk. Serius masa taip ni pun ailior aku nak meleleh je. Dah la puasa. Haha. Molten Cake pulak, sedap. Lava coklat kat dalam tu dah la panas-panas, tak pahit macam kat Dip n Dip, cuma molten cake dia kecik sikit lah. 


Brownies Crepe (RM24.50)


Molten Cake with Ice Cream (RM13.90)

Lepas dah habis 2 dessert tu, aku order pulak Waffle Stick dengan Banana Wrap. Waffle Stick dia memang tak cukup 1 ok. Waffle tu lembut je, bila gigit waffle tu, nikmat terasa sampai dalam perut. Hahahaha. Waffle tu pun aku soh dia campur tiga jenis coklat. Lepas tu Banana Wrap. Pun lagiii sedap dari Dip n Dip sebab pisang tak kelat (hubby kata Salon Du Chocolat ni pakai pisang montel, aku tak tau betul ke tak, yang aku tau sedap). Pisang tu dibalut dengan crepe dan dicurah tiga jenis coklat jugak. Ya Allah memang serius sedapppppp. 


 Waffle Stick (RM9.50)


Banana Wrap (RM17.10)

Cuma yang tak best nya, tempat ni kecik. Meja pun kecik-kecik je. Tak ramai yang boleh duduk makan. Rasanya ada dalam 10 meja je kot. Owner dia maybe lah kan, mamat Turki tu kot. Sebab hiasan lampu dan hiasan dinding pun ala-ala Turki gitu. Ketua chef dan cashier mamat Turki (aku dah check, memang owner dia orang Turki). Lagi satu, tak banyak sangat menu macam kat Dip n Dip. Hopefully menu tu akan bertambah nanti. :)





Kecik kan meja ni? Hihi.
Kesimpulannya, memang aku puas hati sangat dessert kat sini. Memang aku akan repeat weekend ni nanti. Aku tak kira. Aku tak kira (sambil hentak kaki). Kak Nora bagi 9.5/10 bintang. Korang pergi la ek nanti. Tapi ni sedap ikut tekak aku tau. Kalau tekak korang rasa tak sedap, pedulik apa aku. Hahaha. Bukan apa, ada kadang-kadang kawan-kawan ni bila tengok kita kata makan kat situ sedap, diorang pun nak pergi makan. Tapi bila tak sedap kat tekak dia, nak kondem-kondem pulak. Tak koser aku. 

Total makan kat Salon Du Chocolat ni, 4 dessert + 2 mineral RM68.80. Beza almost RM30 berbanding makan kat Dip n Dip aritu. 

Korang boleh click Salon Du Chocolat atau FB Salon Du Chocolat kalau nak tengok-tengok gambar, cuci mata dan cuci mulut sekali. Hihi.

Till then, 

Bye.

Thursday, April 03, 2014

A Taste Will Make U :)

Hamboiiii. Tajuk nak omputih sangat. Actually, dah lama sebenarnya aku pergi Dip n Dip ni. Tapi baru arini baru teringat nak up entry. Haha. 




 

Ari ahad kan, boring dok umah. Aku whatsapp SIL aku ajak pergi Dip n Dip. Lambat jugak aku keluar. Lepas asar macam tu kot. Pergi ke Amcorp amik SIL dan anak sedaraku. Naik satu kereta je lah memandangkan parking kat area Bangsar tu agak hazab jugak. So, berlima lah kami. Sampai depan Dip n Dip kami turun dulu sebab kena queue la pulak. My hubby pulak pergi carik parking. Depan kami ada lah dalam 2-3 group lagi yang tengah queue. Tak lama tu dapat la meja kat dalam. 

Bila dapat menu, alamakkkk.. Peningnya aku nak makan apa. Banyak sangat kot. Haha. Finally, kitorang just order yang ni je. Air harus la amik mineral je. Tak lalu aku dah makan coklat banyak-banyak lepas tu minum air manis pulak. Muak ok. Hihi.


 Fettuccini Crepe

 Banana Wrap

 Pancake Mini Tower

Fondant Chocolate Cake ke Molten Chocolate Cake ntah. 

Fetuccini Crepe tu sedap jugak. Tapi banyak gak. Kalau aku makan sorang harus la tak habis kan. So semua dessert ni kitorang share. Sharing is caring. Dapat la merasa semua kekdahnya. Banana wrap tu tak berapa sedap sebab pisang muda. Keras dan pahit-pahit sikit gitu. Kalau pisang tu masak laaaagi sedap kot. Pancake tu pulak so-so je. Molten cake tu tak sedap sebab coklat kat dalam tu pahit gila. Macam rentung je. Kak Nora bagi 6/10 bintang je. Hahahaha.

So far, Dip n Dip ni ada 2 branch kat Malaysia. Kat Jalan Telawi, Bangsar dan The Curve. Yang aku pergi ni branch kat Bangsar. Korang boleh tengok website DipnDip untuk maklumat lanjut. 


 The boys

Girls

Nak jugakkk. Hihi. 


Total untuk 4 dessert ni + 2 mineral almost RM100. Bagi aku sesekali lepas gian makan kat sini ok lah. Ni pun macam tengah mengidam je nak pegi Dip n Dip. Till then. 

Bye.


Thursday, November 14, 2013

Krabi, Thailand ::Day 1::

Dah sebulan balik dari Krabi, sebulan jugak lah entry ni terperam dalam draft. Kemalasan nak pilih gambar. Bila bos ada memang tak sempat lah kan nak fokus kat blog. Bajet busy sangat. Hihi.

Bulan Oktober biasanya memang aku dan hubby akan plan bercuti ke mana-mana. Kata anniversary kan. Hihi. Selalunya pergi time hujung bulan sebab anniversary kami pada 23 Oktober (merangkap birthday hubby). Tapi sebab kebetulan promo (tapi takde lah murah sangat pun), kali ni pergi awal bulan. Hentam je lah. Janji vacay kan.


Aku macam biasa lah, tiap kali vacation mesti nak kena ada baju baru. Gedik lebih. Haha. So, sebulan sebelum vacay ni, aku dah membeli sikit-sikit baju untuk diri sendiri dan hubby ku. Tiap kali nak bercuti pun mood tak menyabar je nak pergi. Hari-hari dok bilang berapa hari lagi nak pergi. 

Akhirnya 6 Oktober pun menjelma. Chewahhhh. Flight pukul 7.00 pagi. Untuk pengetahuan korang, percutian kali ni ialah percutian bajet. Kami just tukar duit RM1040 = 10,000 Bhat. Aku berazam tak nak withdraw duit or tukar duit lagi kat sana. Nantikan sama ada azamku berjaya atau nan adoooooo je. Hihi.

Perjalanan ambil masa dalam 1 jam je. Waktu kat Krabi ni lambat 1 jam dari Malaysia. So sampai sana lebih kurang pukul 7.00 pagi gak lah. Hihi. Iols suka naik flight pagi-pagi sebab dapat spend time lama sikit kat sana. Flight balik biar petang or malam. Lepas dah settle cop passport bagai, menonong la aku dan hubby mencari kaunter shuttle bus untuk ke Aonang. Harga tiket ke Aonang 150 Bhat/seorang (RM15). Jadinya 2 orang ialah 300 Bhat (RM30). Shuttle bus dia ala-ala macam bas city liner je. Tapi ok sikit lah dari public bus kat Ho Chi Minh. Hihi. Tambang pun harus la jauh beza, ok. 





Nota tambahan : Kalau nak ke Krabi Town, harga tiket 90 Bhat (RM9). If nak pergi tempat-tempat lain, sila rujuk gambar kat bawah ni. Hihihi.
 

Masa naik bas ni, hujan gerimis. Tapi dalam perjalanan hujan makin lebat dan lebat dan lebat. Sedihlah aku sebab trip kali ni asyik hujan je. Dah la aku ni bukan jenis dok memerap dalam bilik hotel. Kaki ni gatal je nak merayap. Haha. Bas gerak dalam 7.55 pagi. Perjalanan hampir 1 jam. Sampai Krabi Town, bas akan berhenti di agensi pelancongan. Ramai yang kata jangan beli pakej kat sini sebab mahal. Aku pun memang dah niat nak cari pakej dekat Aonang je nanti. Maka nya takde la aku turun dan survey. So, tak tau harga mahal ke murah. Dalam pukul 8.45 pagi, akhirnya kami sampai ke Aonang. Sebelum naik bas tu, diorang akan tanya duduk hotel mana. Nanti senang diorang berhenti terus depan hotel. Aku tempah hotel Aonang View La Villa. Tak famous sangat hotel ni di kalangan orang-orang kat Krabi. Haha. Dapat 1000 Bhat (RM100) untuk 2 malam. Kira ok la tu. Aku book hotel ni di BOOKING.COM. Bilik hotel ni kira ok la. Aku berkenan sebab design moden sikit. Kebanyakan hotel yang aku survey, mesti guna katil kayu design lama-lama macam dalam cite hantu. I is takut okeh. Hihi.






Hotel RM50/night - Aonang View La Villa Hotel

Oh lupa pulak nak bagitau, sebelum booking tiket ke Krabi ni, pleassssseeeee lah korang, tolong lah check dulu cuaca dan musim kat Krabi ni. Masa aku pergi ni tengah low season. Cuaca tak menentu. Dan yang sedihnya, kata receptionist, dah 3 hari berturut-turut hujan turun. Sobsobsob. Memang jauh berbeza harga hotel dan pakej semasa low season dan peak season. Peak season semua harga melambung naik. Hotel yang aku duduk ni, harga low season 450 Bhat je (RM45), tapi kalau peak season harga bilik jadi 1600 Bhat (RM160). Peak season start bulan Disember hingga Mei. Low season pulak start bulan Mei hingga November. Boleh check cuaca sekali dekat website ni WE LOVE KRABI. Tapi nasihat aku, kalau nak enjoy better lah pergi masa peak season. Memang akan sesak sikit dan semuanya melambung naik, tapi worth it lah sebab laut cantik, cuaca cantik, ombak pun tak sekuat masa aku pergi.

Lepas check in, rehat sekejap dalam bilik. Dalm 10.20 pagi, kami dah keluar untuk survey pakej-pakej yang ada. Perut pun dah lapar. Jadi marilah kita pusing-pusing Aonang dulu. Jalan kaki je. Baru la rasa macam backpackers. Haha. Lagipun time vacay je lah aku boleh berjalan kaki tanpa henti. Kalau kat sini, M.A.L.A.S gila nak jalan kaki. Rasa tak larat je. Haha. 11.30 pagi kami dah ada kat gerai tepi jalan area Krabi Resort. Kawan aku si CUJEN yang beria soh try makan pancake makcik Yaminlah ni. Aku cari bagai nak gila tak jumpa pulak. Aku pun tanya lah dekat gerai lain tu, dia bagitau makcik tu tak datang berniaga hari ni. So option lain, jom lah lunch je terus kat sini. 




Gerai ni berdekatan dengan Krabi Resort. Kalau datang dari arah pantai, Krabi Resort ni kat belah kiri. Jalan depan sikit. Dari jauh dah nampak banyak gerai atas motor ni. Diorang ni masak sambil duduk atas motor je. Kau hadoooooo???

 Bajet gadis melayu terakhir di Krabi gitu. Kihkohkihkoh.

 Udang tempura favourite aku. 50 Bhat/sepinggan (RM5)

Spring roll dan udang tempura
 

 Mango Shake. Sedapppppppppppp. Harga dalam 25 Bhat ke 30 Bhat gitu. 

Okey lah makan kat sini. Harga pun okey. Aku berdua makan tomyam seafood + udang tempura + kari daging + telur dadar (menu wajib) + 2 nasi = 270 Bhat (RM27). Tak macam harga kat Bamboo atau Lemon Restaurant. Orang kata agak cekik darah. Tapi aku tak sempat try kat sana. Next time, maybe.

Lepas perut dah kenyang, jom lah kita sambung jalan-jalan. 


 Tuk-Tuk. 20 Bhat (RM2) kalau naik sekitar Aonang.


 Lampu hiasan. Mahal gak. 300 Bhat (RM30)


Ni pakej ke 4 Island by Long Tail Boat. 
Aku dapat murah jugak lah. 700 Bhat untuk 2 orang termasuk return transport dari hotel ke jeti. Lepas tu, diorang siapkan lunch makanan halal. Tapi memang tobattttttt lah aku memang tak nak naik long tail boat ni lagi. Sebab apa? Nanti aku cerita dalam next entry. Hihi. 
Lepas tu kitorang pergi sewa motor kat area Aonang tu. Nak sewa motor pun lama sebab nak decide motor mana. Mula-mula nampak motor Manchester United. Sebagai isteri kepada MU Die Hard Fan, aku ingat hubby aku memang confirm lah pilih motor tu tapi rupanya tak sebab hubby ku memahami aku ni macam gedik nak motor PINK. Hahaha.  Lepas sewa motor, pergi makan pancake dulu sebab aku asyik lapoooooo je. Hihi. Kali ni pergi kat stall halal tu naik motor lah pulak. Kejap je dah sampai. Haha. 

 Motor sewa FINO. 150 Bhat/24 hours. Minyak sila isi sendiri. Aku isi 50 Bhat (RM5). Cukup lah pergi balik dan jalan-jalan kat Aonang sikit. Minyak kat sini mahal k.

 Macam comel jew. Macam comel jew. 

Makan pancake. Sebab makcik Yaminlah takde, aku rasa dulu lah pancake tempat lain. 

Aku beli kat sini. Pancake Popular. Mahal 50 sen dari makcik Yaminlah.
Sebenarnya mula-mula aku malas nak pergi night market ni sebab sure sama je ngan night market lain, lepas tu ramai je yang cite, night market dia ala-ala sendu gitu. Tapi ada yang suggest bagitau fridge magnet kat night market ni murah. Pergi jugak lah akhirnya. Dah lah masa on the way pergi night market tu, hujan turun. Kejap gerimis je, kejap kang tiba-tiba lebat. Nasib lah aku dah beli siap-siap raincoat tu. Hahaha. Ni 1 lagi tips, if nak beli raincoat ni, better beli kat convenience store. Sebabnya kalau beli kat kedai-kedai souvenir yang berderet tu, diorang mark up mahal gila. Masa aku tanya, dia bagi harga 150 Bhat untuk 2pcs raincoat plastik tu. Aku pun merajuk sebab mahal sangat. Tapi takut gak tiba-tiba kang hujan lebat pulak, singgah gak kat convenience store. Aku beli 2pcs. Cuba teka harga dia berapa? Ce teka.. Ce teka..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

58 Bhat for 2 pcs. 
Nasib baik lah aku tak beli tadi. Hahahaha. Ok, boleh lah terus ke Night Market. Dari Aonang ke Krabi Night Market ni adalah dalam setengah jam kot. Kematu bontot aku dok atas motor tu. Boleh pulak tengah syok merempit, tiba-tiba ujan lebat. Berhenti kejap kat kedai dan pakai raincoat baru tadi. Aku sampai kat sana baru pukul 6 petang tapi hari dah gelap. Takde beli apa sangat pun. Hubby beli tako tao 30 Bhat (aku tak makan). Beli sabun hiasan 100 Bhat (RM10). Beli fridge magnet 700 Bhat. FM kat sini memang murah dari kat Aonang. Aku borong banyak gila kot. Lepas tu aku mintak tempat gantung kunci free. Haha.
 Otw ke night market nampak masjid ni. 





 FM yang aku beli.

Balik dari night market ni, stall halal kat Krabi Resort tu pun dah tutup. Biasanya diorang tutup dalam pukul 8 or 9 malam. Bergantung kepada pelanggan dan cuaca. Jalan-jalan dekat dengan hotel, ada pakcik tu jual kue tiaw dan segala mee kat atas motor. Tapi kami tapau je sebab dah letih. Lepas tu beli pancake kat situ gak. Tak berapa sedap. Balik hotel makan, mandi dan terus zzzzzzzzzz. Esok nak bangun pagi sebab nak ke 4 Island. Yahoooooo.