Friday, May 08, 2015

Redang Part 2 : Day 1

24hb, lepas check out hotel aku dan hubby jalan kaki je ke Jeti Syahbandar. Jeti ni terletak bersebelahan dengan Pasar Payang. Jam 8 pagi, kitorang dah tercongok kat situ sebab agen aku suruh datang jam 8 pagi. Macam semalam, booking kitorang still bermasalah (nanti aku cerita details). Akhirnya dapat jugak naik feri pukul 9.30 pagi. Actually jadual feri sebenarnya pukul 9.00 pagi, 10.30 pagi dengan 3.00 petang je tapi sebab hari cuti (Jumaat), ramai la yang nak masuk ke Redang. Jadi diorang tambah perkhidmatan feri tu. Perjalanan dengan feri lebih kurang 1 jam 40 minit. Aku macam biasa la, of coz tidur sebab ombak kuat dan feri terhuyung-hayang sikit. Daripada sakit kepala baik la aku tidur je.

 'Q' dulu

 Finally, selepas bersusah-payah dapat jugak tiket feri ke Redang 

Dekat nak sampai Redang, kitorang kena tukar ke feri lain pulak. Sebab feri yang biasa tu tak boleh hantar sampai ke tepi pantai. Takde jeti. Sampai hotel dalam 11 lebih. Check in tapi bilik tak siap lagi. Makcik owner tu suruh lunch dulu. Wahhhhhhhhhhh!!!! Banyak gila kot lauk dia! Aku ni dah la cerewet dan memilih bab makan, tapi makan kat Redang Lagoon ni aku boleh bagi 5 bintang ya. Hihihi.

Nyummm...
 Lauk-pauk

Lepas lunch, jumpa balik makcik tu. Bilik dah siap tapi kitorang dapat bilik untuk 4 orang. 2 tingkat lagi. Hehehe. Rehat jap dalam bilik. Tukar baju dan siap sedia untuk 1st snorkeling trip. Snorkeling di open sea katanya. Dalam kul 2.30 petang, staff yang akan bawak kami snorkeling dah suruh berkumpul. Sewa life jacket dan snorkeling equipment (mask dan snorkel). RM10 each. Means RM20/pax untuk 3 hari tu. Sepanjang 3 hari tu, life jacket dan mask tu memang kita yang simpan.

 Simple je bilik dia. Cuma aku prefer kalau guna cadar putih tutup sampai bawah tilam tu

 Toilet pun simple. Bersih










Snorkeling kat open sea (Pulau Lima) ni memang aku tak berani la nak turun. Aku ni nama je suka bercuti kat pantai dan pulau-pulau tapi tak pernah sekali pun aku try snorkeling. Penakut. Menggelabah pun ye nak-nak bila kat tempat yang dalam. Kaki tak dapat jejak pasir. Biar lah orang cakap pakai life jacket takkan tenggelam, memang takkan dapat BERANIkan aku. Hahahaha. Snorkeling kat sini dalam sejam lebih. Kitorang pergi 3 bot semuanya. Ada la dalam 60-70 orang kot. Ke lebih ntah. Aku dok je la dalam bot snap gambar. Ada gak orang lain yang tak turun. Mostly budak kecik la. Termasuk aku. Kihkihkih. 












Lepas siap snorkeling, balik ke chalet. Sampai je chalet minum petang dah siap! Macam tau-tau je kan balik snorkeling penat dan lapar. Eh memang la diorang tau kot tu pasal diorang dah siapkan. Minum petang hari ni, cekodok pisang dengan bubur kacang. Dapppppppp. Cuma cekodok tu kurang pisang sikit la. Hihi.


 Tea time

Lepas minum petang, rehat kejap. Then aku dan hubby pegi jalan-jalan kat pantai. Sambil usha-usha hotel lain. Paling penting harus la berwefie. Hahahaha. Nasib la jalan berdua je. Gigih pi beli monopod tau sebab nak wefie. Kalau tak merasa la bergambar sorang-sorang. Wishlist lepas ni kena gak beli gopro. Ke ada orang nak hadiahkan? ^__* 











Jalan-jalan sampai senja. Balik bilik mandi. Terus ke tempat makan sebab dinner start kul 7.00 malam. Macam biasa lauk nya memang banyak dan memenuhi seleraku jugak. Dah habis dinner berebut la hammock kat depan Redang Lagoon tu. Best betul. Perut dah kenyang, baring pulak kat situ sambil mengadap laut. Takleh mengadap hp sebab hp buat problem tak boleh on pulak. Lepas tu jalan-jalan sampai hujung sana, takde apa sangat malam-malam. Ada la hotel/chalet yang happening sikit kat belah-belah sana. Happening pun takat orang nyanyi-nyanyi je la. Ntah lagu apa dia nyanyi aku tak tau. Dengar macam omputeh, tapi macam siam pun ada. Hikhikhik.










Bersambung...

Xoxo,
 

Thursday, April 30, 2015

REDANG Part 1

Last week aku dan hubby ke Pulau Redang. Boleh dikatakan last minute plan jugak la. Tetiba je rasa macam nak pergi. Nak-nak bila baca geng-geng travel promote habis Perhentian dan Redang ni. Actually mula-mula aku nak ke Perhentian tapi semua date yang aku nak fully booked. Yelah, bulan Februari baru pulau-pulau ni dibuka semula untuk pelancongan. Rupanya ramai la yang dah book awal-awal lagi.

So, tukar plan ke Perhentian. Mula-mula nak pergi masa cuti panjang awal Mei tapi dah nama pun public holiday harus la fully booked kan. Last-last aku jumpa dalam instagram pakej ke Redang (Redang Lagoon). Redang Lagoon ni salah satu chalet yang highly recommended by geng-geng travel. Sebab awal Mei dah penuh, aku tukar date 24-26 April. Pun xde kosong jugak. Cuma agen tu bagitau kalau ada yang cancel dia akan inform aku. End of March, agen tu whatsapp dan bagitau ada yang cancel dan aku boleh pergi. Harus la lompat bintang kan. Hahahahaha. Lepas dah discuss  sikit-sikit, aku bayar deposit pakej (mostly kat Redang ni, kena beli all include package contohnya macam aku amik pakej 3D2N - feri pergi balik ,chalet 2 malam, snorkeling 3 kali, bfast, lunch, tea time, dinner/BBQ). Harga dalam RM260 - RM300++. Bagi aku  worth it la harga tu sebab dah siap semua. Harga tiket feri je pun dah RM110 kalau beli kat kaunter. 

Ada la sikit masalah sebelum aku masuk ke Redang tu. Yang ni aku cerita dalam entry lain la. Ni entry happy je dulu ek. So, aku ke Kuala Terengganu dengan pesawat Malindo Air (my first time naik Malindo). Not bad jugak even plane dia macam kecik sikit. Naik di Subang Airport.


Malindo Air

 Subang Skypark Terminal






Snack


 Airport Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

Sampai di KT, jalan-jalan dan lunch dulu kat Pasar Payang. Lepas tu aktiviti jalan-jalan cari makan. Panjang gila kot list tempat makan best-best aku bawak. Tapi masa pun pendek, dapat la pergi sikittttt je. Tu pun nasib baik kawan hubby bagi pinjam kereta dia. Jimat duit tak yah sewa kereta. Hahahaha.

 Pasar Besar Kedai Payang


 Batik-Batik (shocking pink tu I likeeee)



Mula-mula ke Warung Pok Nong. Banyak sangat dah aku baca pasal Celup Tepung kat Pok Nong ni. Femes sangat sampai tiap kali pergi ke kedai dia memang confirm kena beratur. Hihi. Jadi, jom kita rasa. Warung Pok Nong ni kat Mengabang Telipot. Aku ikut je direction yang kawan hubby bagi. 

 ABC. Tak sedap.


Tak pasti harga sebab bergantung pada saiz
 
3 ekor RM5


Sotong celup tepung dan udang celup tepung
 
Sila gunting sotong anda sendiri!

 Sos pencicah


 Orang ramai

 Jangan berebut ye kak..


 Abang baju biru sampai mengantuk. Hihi


 Depan Warung Pok Nong

Warung Pok Nong 

Kesimpulannya, biasa je pada tekak aku. Boleh la nak merasa. Orang memang sentiasa ramai. ABC tak sedap. Kacang keras. Hihi. Kadang-kadang agak lambat diorang bersihkan meja. Mungkin kebizian sangat kot. Heeee. Total aku makan tak sampai RM20.

 Lepas makan singgah solat di Masjid UNISZA

Dalam perjalanan nak ke bandar, nampak pulak kedai ni. Air Buah Gelas Besar Terengganu. Ada gak dalam list aku. Singgah la jugak even kenyang dah masa ni. Kedai ni femes sebab air buah gelas besar tu la. Aku tak tau saiz paling besar macamana. Tapi aku order yang sedang (sederhana) je. Fresh orange. Share dengan hubby. Hahaha. Masa ni nak maghrib, jadi takde la ramai sangat kat kedai tu. Harga fresh orange RM2.80. Senak perut nak habiskan. Hihi.

 Air Buah Gelas Besar Terengganu



 Air dan bulan




 Lampu-lampu di Kuala Terengganu
Lepas tu, terus ke bandar nak cari hotel. Walk in je. Dapat la bilik kat hotel ni. Tapi yang tinggal bilik ala apartment. 3 bilik 1 apartment tu. Bilik air pun kena share. Jadi la. Untuk tidur je pun. Harga RM59/night. Dah tak larat nak jalan-jalan cari hotel. Letih sangat dari pagi tak rehat. Hahaha. Sebab aku bayar cash takde la GST. Tapi kalau guna CC, kena tmbh GST.



 Hotel Citi Point

Bersambung..

Xoxo,