Wednesday, April 22, 2015

JAKARTA Part 2

2nd day di Jakarta. Hari ni no more shopping. Dah janji dengan Kak Jun nak jalan-jalan sekitar Jakarta. Amik Dedi as our driver. Dedi ni kawan lama aku di Jakarta. Memang kerja bawak tamu. Aku pun malas nak survey-survey, deal je dengan Dedi terus. Pagi tu breakfast dulu di hotel. Menu simple je. Ada la 3-4 heavy breakfast. Nasi goreng/mihun goreng/mi goreng/maggi goreng. Ada bubur nasi. Roti bakar etc.

Sementara tunggu Dedi sampai, aku turun ke Lantai 5. Nak menjenguk Pasar Tasik kejap. Pasar Tasik ni pusat jualan borong. Cuma ada hari Senin, Khamis, Sabtu. Start jam 4 pagi. Tapi aku tak gigih nak bangun pukul 4 pagi tu. Harus shopping sambil tutup mata. Hehe.  Takde apa pun nak beli sangat sebenarnya. Cuma nak cari seluar cotton untuk along aku. Agak pening sikit la kat sini. Aku tak pernah tak sesat. Hihi.

 Pasar Tasik Thamrin City




Tak lama pun kat situ. Dapat whatsapp dari Dedi dia dah sampai. Mula-mula nak pergi ke Monas. Aku dah pernah naik masa tahun 2008 dulu. Sekali hari Senin Monas tutup la pulak. Hahaha. Silap hari la! Tapi kitorang memang takde plan nak naik pun. Just nak amik gambar kat situ je. Gambar kenangan di Monas. Hikhikhik.

 Group photo!

 Berdua lebih baik. Hehe

Lepas tu, singgah masjid terbesar di Asia Tenggara, Masjid Istiqlal. Tak jauh pun dari Monas tu. Memang besar masjid ni. Cantik senibina nya especially di bahagian luar. 

Dari Wikipedia :
Istiqlal Mosque, or Masjid Istiqlal, (Independence Mosque) in Jakarta, Indonesia is the largest mosque in Southeast Asia.[1] This national mosque of Indonesia was built to commemorate Indonesian independence and named "Istiqlal", an Arabic word for "independence". The mosque was opened to the public 22 February 1978. Within Jakarta, the mosque is positioned next to Merdeka Square and the Jakarta Cathedral.





Berhadapan dengan Masjid Istiqlal ni, terdapat Gereja Cathedral. 

Dari Wikipedia :

Jakarta Cathedral (Indonesian: Gereja Katedral Jakarta) is a Roman Catholic Cathedral in Jakarta, Indonesia, which is also the seat of the Roman Catholic Archbishop of Jakarta, currently Archbishop Ignatius Suharyo Hardjoatmodjo.[1] Its official name is Gereja Santa Maria Pelindung Diangkat Ke Surga (from Dutch, De Kerk van Onze Lieve Vrouwe ten Hemelopneming, in English: The Church of Our Lady of Assumption). This current cathedral was consecrated in 1901 and built in the neo-gothic style, a common architectural style to build churches at that time. The Jakarta Cathedral is located in Central Jakarta near Merdeka Square and Merdeka Palace, it stands right in the front of the Istiqlal Mosque.

Tapi tak masuk pun.  Snap gambar dari luar Masjid Istiqlal ni je. Gereja ni di seberang jalan. 

  

Lepas tu terus gerak ke Ancol. Ancol ni ala-ala theme park la. Tapi kitorang tak masuk pun theme park tu. Just nak pegi tengok dan makan-makan kat situ. Asyik ingat makan je la kan.. Hahaha. Mula-mula singgah kejap kat tempat parking bot mewah. Bot ni boleh sewa kalau nak ke pulau. Tapi of course la harga pun 'mewah' jugak kan.



 

 
 Black Pearl baru beli. Mihmihmih ^__^



 We-Fie

Ni actually kat tempat makan. Tapi sume gambar restoran, makanan dan yang paling penting gambar dan video apam manis sedappppppppp hilang dari hp aku. Tak tau apa gila sangat hp ni. Sakit betul hati! Makan kat sini ok la. Aku makan kat kedai tepi sekali belah kanan kot. Sup buntut dia sedap. Tapi aku tak makan buntut. Hirup sup je. Hihihihihi. Harga biasa la, kalau tempat-tempat macam ni harus la mahal sikit. Lepas makan-makan, ada la orang tempatan yang offer kami ni naik sampan diorang. Harga Rp200,000/sampan kot. Tapi aku macam tak yakin je. Hahaha. Tengok sampan tu ala-ala long tail boat. Serammmmm. Terus gerak keluar sebab panas gila masa ni. Tengahari kan.

Masa dalam kereta, Dedi suggest terus ke Puncak, Bogor. Bila fikir-fikir balik ok jugak sebab aku pun sepanjang berulang ke Jakarta-Bandung memang tak pernah singgah ke Puncak. Jauh jugak perjalanan. Dalam sejam lebih gitu. Yelah, Puncak ni dah dekat nak sampai Bandung. Harus la jauh kan. 

Sampai di Puncak singgah dulu kat masjid. Kat sini ramai penjual. Pandai-pandai la korang nak menolak sebab kadang-kadang diorang agak memaksa jugak. Aku beli tahu sumedang. Ingatkan ada kicap pedas. Takde rupanye. Dia bagi cili api sebiji-sebiji suruh kunyah. Gila ke apa. Hahaha. Gambar semua dah hilang. Sobsobsob. 







 Pics ni dari hp hubby. Cantik kan masjid ni

Pemandangan belakang tu la Puncak. Jom kita naik sana...

Sambung perjalanan ke Puncak. Dari masjid ni dah tak jauh pun. Nyaman je suasana kat Puncak ni. Sejuk je. Ala-ala Cameron Highland gitu. Ada ladang teh, ladang buah-buahan. Yang paling best kat atas puncak tu boleh buat aktiviti paragliding. Boleh buat tandem paragliding atau single pun boleh. Bayaran aku tak sure sebab memang aku tak berani la nak try. Mostly orang arab yang naik. Btw, tempat ni dibuat hasil dari fund orang arab mane ntah. Aku ada snap hari tu tapi gambar hilang. *Bencik* Layan pic je la eh.


 Tandem paragliding





2 gambar yang bawah ni hasil editan iphone Abang Mi. Hehe

Lama kitorang kat sini. Dok ralit tengok orang main paragliding tu. Sampai tempat tu dah nak tutup la baru kitorang turun. Rasanya dalam kul 4 or 5 petang kot. Seronok jugak pengalaman ke Puncak ni. Aku recommend sape-sape yang pergi ke Jakarta atau Bandung, singgah la ke Puncak. Walaupun orang cakap takde apa-apa tapi view cantik. Lagi 1, dekat Bogor ni ada Taman Safari Indonesia. Aku tak singgah la. Tapi macam best je kan pergi Safari. Runningman ada wat shooting kat sini dulu. Boleh drive sendiri dan merasai pengalaman dikelilingi haiwan tu tanpa pagar. Hehehe. Sape yang berminat boleh check kat sini TAMAN SAFARI INDONESIA. Harga tiket untuk pelancong Rp250,000 - Rp300,000. Kira ok la untuk pengalaman tu. Next time nak pergiiiiiiii.

Turun dari Puncak terus balik ke Jakarta. Nasib baik la tak macet teruk. Plan nak ke Hard Rock Cafe pulak. Aku nak beli fridge magnet (sekarang aku collect FM dengan glass Hard Rock je, dah malas nak beli t-shirt), Kak Jun pulak nak beli T-shirt. Singgah la kejap. Tapi aku lagi suka Hard Rock kat tempat lama dulu. Senang nak pergi. Dekat dengan Plaza Indo. Boleh la jalan kaki je. Tempat sekarang macam jauh sikit. 




Pacific Place, Jakarta. Shopping mall 5*

Balik dari Hard Rock Cafe, ingatkan nak pergi Kota Tua. Tapi tak jadi. Kak Jun merengek nak apam manis. Hahahahaha. Sebelum ni seriously aku tak pernah amik tau pun pasal apam manis ni. Tapi bila dah rasa, menangisssssss kau!!!! Sedap sangat kekdahnya. Sekarang ni pun rasa macam terliur je. Sedapnyaaaaaaa! Eh puasa lah!


 

 




Macam apam balik kan korang? Tapi seriously sedappppppppppppppppppppppp!!!! Maybe sebab aku sangat gilakan cheese dan coklat. Mas yang buat tu pun tak kedekut cheese  dan coklat. Mintak extra pun dia tak charge. Mas tu bukan nama dia tau. Mas tu panggilan abang kalau di Jakarta. Kadang rasa nak buat keje gila book tiket pegi sana nak makan-makan je. Hihi. Korang kalau pergi Jakarta tolonggggggggggggggggg la try apam manis ni. Yang aku makan ni kat Jl. Sabang. Gerai apam manis ni berhadapan dengan Bangi Kopitiam. Korang cari-cari la kat gerai banyak-banyak tu. Sakit hati aku sebab video pembuatan apam manis ni pun dah hilang. Gambar gerai semua pun dah takde dalam memory card. Uwaaaaaaaaaaaa. Apa kena ntah dengan memory card aku tu.

Lepas tapau (licin terus dalam kereta), kitorang terus balik ke hotel. Rehat kejap kat bilik. Lewat sikit turun sebab lapar. Nak cari makan kat  sekitar hotel banyak yang dah tutup. Nasib la Burger King bukak lagi. Makan fastfood je la nampaknya..

Hari last, sambung balik shopping sampai lebam. Gambar takde sebab gambar dalam hp sume hilang. Gila agaknya hp aku tu. Eh, memang dah gila pun. Sekarang langsung tak boleh on. Check out hotel kul 12. Pergi lunch kat food court Thamrin City tapi kedai feveret aku tutup lah pulak. Terpaksa makan kat kedai lain. Kul 4 petang naik bas Damri ke airport. Flight aku 8.25 malam sebenarnya tapi takut macet, gerak la awal sikit. Kang tak memasal kena tinggal flight. Hihi....


Xoxo,

8 comments:

  1. Replies
    1. Anum.. Jakarta mmg one of my fav city!! macet pun macet lah.. Hihi

      Delete
  2. tetiba aku pun terliur tgk apammm tuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cujen : sedappppp gila wehhhh!!!! tebal tp x muak.. maybe sbb cheese n choc feveret aku.. next year repeat blk :D

      Delete
  3. Itu martabak terang bulan namanya..bsalam kenal dr papua

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Syam. hehe.. ada jugak yg panggil martabak terang bulan kan? sy dpt tau di Lombok namanya begitu. Kalau di Jakarta mrk panggil martabak manis.. apa pun nama nya, rasaaaaaanya tetap sedapppppp :) thanks Syam.

      Kalau di papua punya beach yg cantik juga kan?

      Delete
  4. Aslmkm.. Bleh bg email x.. Nk ty psl jakarta.. Plan nk g thun dpn.. khalina_ali@yahoo.com.. Plzz...

    ReplyDelete