Thursday, April 02, 2015

TIPS HO CHI MINH : Airport, Bas Awam, Teksi Dan Hotel

Sebenarnya ni kali ke-6 kot aku pergi ke Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon. Sebelum ni tak pernah rasa nak share trip ni sebab biasanya aku pergi untuk short trip a.k.a business trip. Jadi aku fikir takde yang menariknya trip aku ke HCM ni. Tapi kali ni aku nak share serba sedikit tips dan tricks ke HCM. Gambar akan bercampur dari tahun 2011-2015. Ya, first time aku berjinak-jinak dengan HCM ni pada tahun 2011. Ok, let's jom aku cerita sikit pasal HCM ni.

AIRPORT - Airport HCM ni takde la besar sangat. Jalan pun tak berapa jauh. Bila sampai kat imigresen tu, tak yah la korang nak senyum sangat. Buat muka selamba je. Sebabnya imigresen diorang ni sombong. Muka masam je. Pastu nak tengok kita atas bawah macam orang salah. Hehe. Dah setel dengan imigresen, turun je escalator, lalu kat Kastam dan terus keluar (sebab takde luggage, so tak payah la pergi tunggu kat tempat luggage tu).

BAS AWAM (PUBLIC BUS) - Bila keluar je dari pintu airport tu, sila la terus ke kanan. Jalan terus sikit nanti korang akan nampak bas tunggu/ berhenti kat situ. Sila perhatikan nombor bas dulu ya. Jangan main naik je. Hehe. Bas 152. Bas ni akan berhenti di bus stop kat Ben Thanh. Tambang masa mula-mula aku pergi dulu 4000 Dong je. Sekarang dah naik sikit ke 5000 Dong (dalam 90 sen). Perjalanan dalam 30-45 minit. Airport ni dekat je sebenarnya dengan Ben Thanh, tapi biasa la naik bas slow sikit. Nanti masa naik tu bagitau je kat driver tu, Ben Thanh. Sebab kadang-kadang diorang tak paham English. Kecuali lah korang tau cakap Vietnam. Haha. 

TEKSI - Kalau korang tak nak naik bas, boleh je naik teksi. Tambang teksi lebih kurang 200,000 Dong. Boleh naik teksi Vinasun atau Mai Linh.

Bas 152
Jalan kaki ke hotel
Ben Thanh


Ok. Dah sampai Ben Thanh ni boleh la turun dan lintas jalan. Tips 1) lintas jalan di HCM - jangan lari, jalan je slow-slow nanti motor tu yang akan elak. Tak boleh teragak-agak bila nak lintas jalan. Sebabnya kenderaan utama kat HCM ni adalah motor. Sentiasa ada motor. Kadang-kadang ikut diorang je nak lawan arus ke apa. So, beware ye.

Bila dah lintas jalan ni, nanti korang akan jumpa dengan pakcik-pakcik kayuh beca. Tips 2) AWAS DENGAN BECA melainkan korang bersedia untuk ditipu atau korang lagi terer menipu. Hehe. Sebabnya MOSTLY orang-orang yang naik beca ni memang akan ditipu. Macam kawan aku, sebelum naik pengayuh beca tu janji harga 100,000 Dong. Bila dah pusing-pusing (dekat area Ben Thanh je pun), diorang charge USD100. YA USD ya adik-adik. Mula-mula kawan aku argue jugak, tapi sebab kat tempat orang kan, malas nak gaduh beria sangat. Bayar je la. Memang ramai kawan-kawan group travel aku yang dah terkena. So, hindarkan diri dari beca ya. Aku memang bolayan beca-beca ni semua. Nanti mula la diorang tunjuk testimoni orang Malaysia puji-puji servis diorang. Aku teka testimoni tu ditulis sebelum orang Malaysia ni sedar diorang ditipu. Hikhikhik.

Pasal hotel pulak, aku cadangkan dok dekat Lorong Nguyen An Ninh tapi di kalangan orang Malaysia, lorong ni dikenali sebagai Lorong Melayu. Lorong ni kat sebelah kiri Ben Thanh. Antara hotel yang ada kat lorong ni - Saigon Pink 2, An Tam Hotel, Thanh Tu Hotel, Hotel Hoang Hai Long 2, Gia Huy Hotel. Harga dari RM90 ke atas. Ikut la bajet korang berapa. Ni antara hotel yang aku pernah duduk di HCM.
 AVA Hotel. AVA Hotel ni bukan kat Lorong Nguyen An Ninh tu ya. Yang ni kat belakang Ben Thanh. Kena jalan kaki dalam 5-7 minit.



 A EM Hotel 150 Le Thanh Ton. Ni salah satu hotel favourite aku. Harga dalam RM100+. Betul-betul belakang Ben Thanh. Lintas jalan je sampai Ben Thanh terus. Hehe.




A EM Hotel 60 Le Thanh Ton. 

Ingat ye. Kalau tujuan korang memang nak bershopping kat Ben Thanh, jangan sesekali booking hotel ni!!!! Hahahaha. Aku ni dah tersilap booking. Konon nak dok A EM Hotel kat sebelah Ben Thanh tu. Nampak macam best je. Sekali silap percaturan la pulak. Rupanya jauhhhhh sikit dari Ben Thanh. Terpaksa pulak aku sewa motor sebab malas nak jalan dan tak larat nak mengangkut barang yang MAHA BERAT. Hihi.

Bersambung.....

20 comments:

  1. assalam..
    nak tanya..tek pergi ye ben they?

    dia depan sikit dari china town

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius cut : wslm. so far dah bape kali ke sana memang tak penah g bin thay sebab memanjang tak sempat. Hihi. Tapi next trip maybe akan terjah Bin Thay ni..

      Delete
    2. Bin Thay tmpt shopping borong jugak Ibu Lala..

      Delete
    3. Wow murah x baranga kat bent thant?

      Delete
    4. kena pandai bargain la.. diorg mmg akan letak harga melampau. hehe

      Delete
  2. Salam. Hotel-hotel kat HCM ni boleh bayar dgn credit card tak? Saya baca ramai yang bawak USD utk bayar hotel, tak pernah jumpa yang sebut pasal credit card. T/kasih.

    ReplyDelete
  3. Liz S : sy x penah byr guna credit card la pulak. biasanya sy book kat agoda dah siap bayar.. tp penah book direct dgn hotel, mmg byr pakai usd cash je

    ReplyDelete
  4. Sewa motor kat sana berapa harganya?mahal tak..berapa 1 hari?dan kat mana nak sewa motor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x silap sy dlm RM30 mcm tu per day. boleh byr guna USD/ Dong. biasanya dkt hotel boleh sewa motor tu.

      Delete
  5. Assalamualaikum
    dari airport naik bas tu, last stesennya mmg di pasar ben thanh tu ke? nanti driver bas tu cakap x kalau dah sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...
      Bas 152 tu last station mmg di Ben Thanh. Masa naik tu ckp je nak pegi Ben Thanh. Uols tgk dia stop kat ala2 station bus tu bole la turun.. Tanya dulu if x pasti

      Delete
  6. Hi saya nak tanya, kalau book hotel through booking.com mmg dia mintak details pasal credit card semua tu eh ? Sy igt book je xpyh bg details credit card then bayar je cash masa sampai hotel nanti. Mintak tunjuk ajar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dah lama tak booking guna booking.com. biasa guna agoda. cc details mmg dia akan mintak dan slalunya sy byr terus je.. hehe. rasanya mcm x boleh byr cash..

      Delete
  7. Kalau dari Ho Chi Minh nk ke airport kena naik bas yg sama kat station yg sama ke mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. naik kat bus stop kat tmpt kita turun tu.. sy biasanya naik taxi bila balik sbb bwk beg byk sgt. hehehehehe

      Delete
  8. Assalamualaikum. Nak tnye. Klw dr airport nk ke ho chi minh city ada ke bas ke hcmcity tu ??? Klw ada bas nbor bape yee ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Ho Chi Minh City tu maksud awak kat area Ben Thanh ke? Bas 152

      Delete
  9. Salam. Kalo naik teksi dari epot ke ben thant, 200000 dong tu utk satu taxi ke utk sorg? Saya plan pergi ber6. Muat x satu taxi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Harga tu utk 1 taxi. Kalau naik taxi ala2 avanza tu muat kot 6 org tp takut sempit sebab ada beg lg.. if not kena amik 2 taxi lah

      Delete