Wednesday, October 21, 2015

Fesyen Lelaki Berkulit Gelap


Siapa kata lelaki berkulit gelap tak menawan? Siapa kata lelaki berkulit gelap tak boleh berfesyen? Salah ye adik-adik. Bak kata YB KJ, tall, dark and handsome. Lelaki berkulit gelap pun boleh berfesyen asalkan mengikut beberapa panduan berfesyen supaya memiliki penampilan yang sempurna. Penampilan yang sempurna dan fesyen yang bersesuaian adalah penting untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Untuk lelaki yang inginkan penampilan sempurna, juga wanita yang inginkan suami atau kekasih korang sentiasa berfesyen dan sentiasa menarik, ada beberapa tips fesyen lelaki yang boleh dijadikan panduan;
 


Hitam? A big no no no. Jika mempunyai tona kulit yang gelap, JANGAN memakai pakaian yang berwarna gelap juga. Warna-warna seperti hitam, biru tua, hijau tua atau ungu tua adalah warna yang harus dielakkan. Oh, tak boleh pakai warna hitam. Jom pakai warna cerah lah pulak.
 

Off white? Ni lagi satu warna yang tak berapa sesuai dengan lelaki berkulit gelap kerana padanan warna yang kontra dengan kulit. Tapi jangan risau. Kalau nak jugak memakai pakaian berwarna cerah bolehlah memilih pakaian berwarna beige atau krim.
 

Nak tau tak warna apa yang sebenarnya sesuai dengan lelaki berkulit gelap? Pilihan tona lembut adalah pilihan paling ideal. Isteri-isteri take note ya. Pastikan pakaian berwarna pastel menjadi pilihan. Warna-warna seperti lavender, light pink, baby blue dan mint green haruslah berada di dalam koleksi pakaian lelaki berkulit gelap.
 
 
Untuk seluar pulak, bolehlah memilih seluar berwarna gelap. Jika ingin memakai seluar berwarna coklat, pilih light brown atau khakis untuk penampilan yang sempurna.
 
 
Stoking pulak? Pakai sarung kaki atau stoking berwarna hitam. HANYA HITAM!
 
 
Xoxo,
 


2 comments: